Tuesday, August 24, 2010

Jgn Pandang Enteng Lafaz "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"

ini adalah perbualan watashi dengan ady masa balik berbuka puasa di kampung haritu.

rumah sewa ady ni bebetul berhadapan dengan masjid kt area Utara ni.
so kiri kanan rumah bujang adik watashi ni mustilah dipenuhi oleh para ustaz-ustaz and imam2 yang menjadi AJK dan pengunjung tetap Masjid tuh..

satu petang, ady berbual dengan salah sorang jiran(ustaz)
ustaz ni ada satu kelebihan yg Allah bagi utk ubati orang sakit yg mistik.

so yang tak beshnya sembang dgn ustaz tu..tetiba terjegil mata dia.
malas nak tanya byk kenkadang ..so tunggu je ustaz tu bgtau sendiri,
antaranya Ustaz tu tekankan BETAPA PENTINGNYA KITA MULAKAN SESUATU PEKERJAAN tu dengan LAFAZ "BISMILLAHHIROHMANIRAHIM"

Contohnya ustaz tu bagi..semasa makan..
mata kasar kita ni takkan nampak apa yg berlaku pada makanan kita semasa kita menyuap tanpa kalimah bismillah...
hakikatnya;menurut ustaz tu, makanan/minuman kita di ludah,dimuntah,kencing and dinajiskan oleh segala makhluk yang kita tak nampak..

gamabaran ustaz tu memang meloyakan ok..tambah2 lagi masa kenduri kawen..
orang tengah happy2, boleh bayangkan meja panjang makanan tu penuh dgn makhluk2 atas meja berak atas makanan korang?ngeri ok..
kita ni tak dikurniakan pancaindera yg boleh melihat..cuba korang pk..kalo korang leh tgk camne ustaz tu?tak ke geli mat gitu?

and ada satu ayat yang ustaz tu kasi kalo kita terlupa baca bismillah..
tapi wtahasi dah lupa..so sape yg ingat tu boleh kongsi dgn watashi tak?eehehehhe

so pesanan watashi kt sini..jgn pandang mudah dgn kalimah bismillah ok..especially masa makan.sebabnya setiap apa yang kita makan akan jadi darah daging kita.
huhuhuhuh...

**korang tau tak?lebih afdal kalo korang memasak tu..masa nk basuh pape..baca selawat?
***korang tau kan?kalo korang buang air besar tu kena lapik apa2 atas kepala?tak pun just letak tgn korang atas kepala.

tu je nk bgtau.yg salah or buruk dari watashi, yg baik hanyalah dr Allah S.W.T.
:)

2 comments:

Anonymous said...

woh..kalau dah macam tu....penting sgt2..

Hazzy Ishak said...

mak long suruh hazz selawat waktu basuh ikan yang baru disiang.

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer