Raksaksa Comel dari langit biru yang Peramah Tapi Pemalu. -sumpah watashi tulis ni pun watashi rasa geli :P
Sunday, December 29, 2013
Saturday, December 14, 2013
masa akn cepat berlalu- hargai anak anak kita ye
ada sape tah share dalam fb.
kunun nya kata si anak la
"i wont always cary,mummy, when you leave the room and my supermarket tantrums will end too soon.
i wont alwayas wake, daddy. for cuddles through the nite & one day you will miss, having a chocolate face to wipe.
i wont alwayswake to find my foot
is kicking you out of bed
or find me sideways on your pillow
where you want to lay you head
You wont always to carry me
In asleep from the car
Or piggy back me down the road
when my tiny legs cant walk far
So cherish every cuddle
remember them all
One day mummy
i wont be this small
hoihhh bapak nya tacing watashi nih akakakaka
Friday, December 13, 2013
Panduan Penyusuan/Menyusu Bayi/Jumlah penyusuan dan tips penyimpanan susu ibu
Wednesday, December 4, 2013
Happy 3rd Year Anniversary
3rd anniversary cupcake safely delivered to king office |
credit to coklat manis2 u -kak ifa |
kunun takmocelebrate bagai kan.
sekali amik ko..watashi dah plan awal sebelum tu..mmg surprise diri sendiri dibuatnya..
tq kak ifa..hasil keja sentiasa memuaskan hati
siap datapat free tiramisu.sebab watashi regular customer kut
Anyway, happy 3rd anniversary huby!!
terima kasih utk sepanjang 3 tahun
ada suka ada duka.kalo kita gado tu biasala kan
kalo tak gado tak paham each other plak kan
akakakaak..
yes, u're still the one
sayang bangat sama kamu
satu bulu pun pompuan yg taklayak boleh sentuh kamu
kakakaka
------------------------------------------------------------------------
utk cupcake ni harganya rm40 (free postage utk kawasan yg dekat) and mana mana special occasion mmg watashi akan tempah dgn kak ifa sebab orangnya sangat mesra,peramah, kelakar and humble
so kalo ada sesapa berminat boleh tgk kt sini ekk
http://www.coklatmanis2u.com.my/
http://www.facebook.com/pages/Coklatmanis2u/312184725471137
017-356 8028 - kak ifa
Thursday, November 28, 2013
Lelaki Idaman Wanita.panduan wanita bujang :)
for masy with love.ahaha |
sharing is caring kan..~~ hohohoho
Read more: Sifat Lelaki Yang Perempuan Suka ~ Akal Emosi
Time Line of Adra Sofea
aritu kuar 2.8kg je
skang 4bulan 7kg
sihat selalu ye sayang
selalulah jadi penyejuk hati ibu daddy
kamu kan anak solehah ...
sayangggg adra~~~
Wednesday, November 27, 2013
Tuesday, November 26, 2013
oH mY wEEKkEND
Magic betul la
Mau tak nya..
Bangun lewwat sejam or setwngah jam je dari hari keja
Kalo hari keja bgn jam 5 15am
Hari cuti watashi bangun la 6.15am kan
Masak mcm biasa breakfast.lunch pun masak kalo xkemana mama
Weekend lebih memerap pada rumah sebab ms ni la boleh kerjakan 3-4 trip basuhan.ahhahahaha
Anak 2 dah kecohh kensss
So kalo dpt kuar jenjalan tu mmg besar rahmatttt miahhahah
But yet..tetap rasa xcukup masa weekend bersama anak anak dan suami.
Letihh mmg letihh tp tetap indah kannnnnn.haishhh kufur nikmat betul watashi nih
ahahaha titba mode ustazah kan
Friday, November 22, 2013
lesson hari ini..fahami anak anak kita.. dan cara kawal anak yg agresif/hyper active
Selalunya dia mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu.
Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka,
maka adakalanya jadi terlebih kasar. Apa yang ibu selalu lakukan pada
anak-anak kecil sebegini, ibu tolong pegang tangan mereka dan tolong dia mengawal
tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan;
‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’
Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.
Ramai yang masih menggunakan skil parenting semalam untuk menangani Gen Mil ini.
Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan.
Lebih baik outdoor. Bila mereka bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka.
Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga
negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat.
Cucu sulung ibu, baru-baru ini tiba-tiba suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kai balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang. Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.
Dan bila mereka tidak beri bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush
itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat
yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan
try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda.
Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu,
apatah lagi anak-anak kecil itu.
maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya.Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh
kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.
itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu
yang merbahaya baginya, seperti bermain di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi,
marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang
anak-anak kecil itu akan ikut.
Thursday, November 21, 2013
Nostalgia :Nilai Seekor ikan
dalam lingkungan 7-8tahun tahun cam tula..
to be honest ms tu family watashi sgt sgt sgt sgt Allah Taala uji dengan kemiskinan
tapi, dari padangan mata kecil watashi masa tu watashi bersyukur sebab dilahirkan dari family yg sentiasabersyukur
depan kami baik ayah atau arwah mak tak pernah merungut serba payah
masa tu rumah kami atap zink
bocor sana sini .kalai hujan kami akan letak pot or bekas yg kecik.kalo lubang besar mmg kena letak baldi.
bila ayah ada masa memang ayah akan tampal zink tp pepaham la kan zink dah reput.makin repair makin besar lubangnya :)
satu hari,hujan lebat
lebat sampai banjir 1 kampung
dapur minyak tanah |
hohohoho..
ms tu peti ais uzur kami kena letak atas meja makan yg tunggu masa nak roboh.ahahaha
makanan ms tu biskut kering
dapat makanan mewah ms tu adalah mee segera.arwah mak kreatif.
arwah mak tau megi 4 bungkus takkan cukup untuk isi perut kami 8 orang..jadi arwah mak celur bihun kering..kuah improvise skit letak garam..
masa tu watashi igt lagi dapur kami dapur minyak tanah.mmg agak itam idung ms tu sebab asapnya kan.ahahaha
so bila dah banjir surut almost 2 malam..
bekalan makanan pun dah makin kritikal
jadi arwah mak minta tolong watashi panjat meja makan utk buka peti sejuk
korang tentu pernah tgk bersamamu yg ada satu family ni buka peti sejuk yg tertanggal tu kan?
yessszaaaa peti sejuk watashi dulu cam tu arr..
heyybatt ok..mmg ayah beli yg terpakai,.tp tak sangka terpakai tak sampai sebulan dah tanggal pintu ahahha
but tp bg arwah mak and adik beradik yg lain ok jer,as long as ada peti sejuk semua dah happy ohohoh
so bila buka peti sejuk ..ada 4ekor ikan kembong size sederhana
dah agak lembik tp watashi tau arwah mak tak ada pilihan utk siang and goreng ikan kembong tu..
watahsi di sebelah arwah mak tengok mak siang ikan..
smbil tu arwah mak letak sekeping kertas di sudut sana utk buang isi perut ikan utk kucing.
dengan tak semena2..kucing tadi datang curi ikan yg arwah mak siang.
cecepat arwah mak suruh watashi kejar kucing yg amik ikan
sepantas kilat watashi kejar smbil jerit "jgn..jgn makan..!!"
maybe watashi bukan kudrat cheetah
tak dapat kejar kucing tu..kucing tu lari and panjat pokok belimbing di rumah arwah tok bersama ikan yg di gonggongnya
watashi goncang sekuat hati agar ikan dimulut kucing terlepas
tp kucing tu gigit kuat and dia cengkam isi ikan di dahan dan terus meratah.
watashi menangis di bawah pokok belimbing
terbayang nnt bahagian siapa yg kena bekorban?
4ekor ikan,di potong dua at least sorang dapat separuh bahagian
tapi sekarang sudah tinggal 3ekor..
habis kucing mkn ikan
watashi balik,nampak muka arwah mak terus mwatashi kesat airmata
watashi explain watashi tak sempat dapat ikan yg dicuri
arwah mak senyum urut belakang badan watashi
kata arwah mak.kita niatkan sedekah pd kucing tu
mungkin kucing tu lg lapar dari kita
maybe kucing tu dah beberapa hari tak makan sebab banjir,
at least kita dapat makan.dapat berlindung dalam rumah yg berbumbung.
waatshi diam.
"mak.nnt lauk kita tak cukup. "mata watashi dah mula berkaca.dalam hati kelaparan masa tu Allah saja tau..
arwah mak senyum..
"mesti cukup kalau kita berkongsi..mak buat nasi goreng letak isi ikan."
by lunch time kami makan sungguh berselera.
arwah mak layan kami .
makan nasi bertambah arwah mak ke dapur dgn ayat "kejap mak nak buat lagi"
watashi senyum..
senyumm...
dan senyummm
sampai satu masa bila watashi sudah cukup besar utk memahami istilah nasi goreng isi ikan.
watashi pelik..kenapa nasi goreng yg arwah tok goreng mesti dalam kuali.dengan api yg marak
sedangkan 'nasi goreng arwah mak' masa tu.hanya gaul dalam mangkuk saja?
watashi tanya dan bertanya ..
arwah mak diam seraya berkata
"kita bkn org senang,tapi kita kena bersyukur dgn apa yg kita ada.hargai apa yg masih tinggal pada kita.sebab rezeki kita setakat tu yg Allah beri utk hari ni"
watashi diam.sampai sekarang.
sampai sekarang bila kami adik beradik sebut nasi goreng mak mesti akan terbayang
bahan bahan nya
1. nasi putih
2.isi ikan
3.lebihan Minyak menggoreng ikan
4. garam secukup rasa
but yet,rasa nya tetap sedap,tetap mengenyangkan kami 6 beradik.sebab dalamnya ada doa dr arwah mak.dalamnya kami dapat rasa kasih sayang seorang mak.
hargai ibu korang selagi dia masih ada.doa ibu paling ikhlas dan berkat.
mak, Na Rindu~
note: arissa and adra, setinggi mana pun kedudukan kamu bila besar nanti, jangan lupa bumi yang kamu pijak ye sayang
Wednesday, November 20, 2013
Seribu Khasiat Halba.baru cek taww-->dalam nada gewwdixx
rupanya bukan utk banyakkan susu je.byk lg khasiat weyhh...ohhhh betapa ruginya diriku iniii.
confirm paas ni ada sepaket besar halba kt rumah .masak menda pun nak taruk halba..boleh??
tp watashi pernah ada memory dulu arwah mak suka masak ikan masak cuka letak halba..pastu wat bubur nasik pun letak halba.ish ish ish..pe la hana nih..
better explaination boleh baca kt bawah ni.tp watashi make it short la kan.mudah nak trace isi penting utk reference watashi nnt.hua hua hua
~dasar malas nak baca n nak cepat je kannn
"Sebenarnya halba mempunyai nilai perubatan yang amat tinggi.
Maha suci Allah yang telah menurunkan penyakit itu beserta penawarnya.
Halba adalah merupakan penawar yang amat hebat kepada pelbagai penyakit.
Dipercayai herba ini telah digunakan sejak zaman berzaman dan amat penting dalam perubatan islam ketika itu.
Rasulullah SAW pernah bersabda :
" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas " ( Books of Sufi Healing m.s.58)
" Gunakanlah Halba sebagai ubat"( Qamus Al-Tibb i Ahad Qodamah-Mesir)
Lihat, Nabi SAW juga menyuruh kita memanfaatkan herba ini.Hebat bukan!
kebaikkan untuk kaum lelaki:
hormon testosterone lelaki meningkat dan ini merangsangkan keinginan seks, mengelakkan ejakulasi awal dan melegakan kesakitan di bahagian prostat.
kebaikkan untuk kaumwanita:,
herba rempah ajaib ini dapat merangsangkan penghasilan hormon estrogen dan oleh yang demikian ia dapat merangsang pengeluaran susu ibu sehingga 900% dalam masa sehari dua sahaja. (ini berita gembira!!)
Antara lain Kelebihan & Khasiat Teh Halba adalah :-
- Mencuci perut.
- Mencuci darah kotor
- Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm badan.
- Membantu penggunaan kalori untuk meningkatkan tenaga secara semulajadi.
- Membantu masalah kegemukan
- Menguatkan fungsi jantung.
- Merawat masalah sembelit & buasir.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
- Melegakan masalah sakit kepala / migraine.
- Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim
- Mengetatkan & meremajakan rahim
- Menghilangkan lendir & sakit tekak.
- Membantu mengatasi masalah kekurangan darah.
- Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah.
- Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
- Memperbanyakkan air susu ibu.
- Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi!
- Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan.
- Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual lelaki & wanita.
- Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan.
- Memelihara keanjalan kulit
ni halba campur ye kanak kanak |
Cara-cara penyediaan halba sebagai penawar:
1. Teh - masukkan sesudu teh biji halba ke dalam 300ml air dan rebus. Halba boleh ditumbuk juga jika diingini. Minum semasa panas atau yang telah disejukkan.
2. Beberapa biji halba ditelan terus dan minum air. (yg ni watashi boleh wat.hohoho)
3. Tumbuk biji halba sehingga menjadi serbuk dan letak pada bisul atau kulit yang bermasalah.
Saya percaya selepas ini ramai yang 'buka mata' setelah mengetahui khasiat herba ini. Bagi saya inilah penawar yang paling ampuh dan memberikan kesan serta merta kepada pemakannya. Tak percaya? Cubalah!
Sumber: Wikipedia, Halaqah.net, Blog
Cekodok labu or jemput jemput labu
Tuesday, November 19, 2013
Rutin Sempurna and bahagia seorang Ibu dan juga Isteri
- bangun seawal jam 5am.
- susukan adra sambil tepuk2 tidurkan balik
- masuk toilet cuci muka
- masuk dapur masak nasi
- masak lauk bekalan watashi dan king
- masak bekalan lunch arissa
- sediakan breakfast arissa and Hi tea arissa
- solat terusss lepas azan kalo tak mmg babas wa cakap lu
- keluarkan EBM masukkan dalam 4 botol susu untuk bekalan adra.
- ceduk nasi,siapkan bekal masuk bag anak-anak and suami.
- cuci semua periuk belanga
- buat air minum utk king
- ke ruang tamu kemas skit skit
- pam susu utk session pagi
- abes pam rasa nak reward diri sendri bancuh milo
- duduk tersandar kt sofa berpeluh peluh sambil nak minum milo\
- tetiba suami keluar tegur "laa....tak siap lagi..jgn duduk saja..pegi siap cpt nnt lambat"
- yg penat terus penat.punya la bergelut bersilat tak dinampaknya..
ohhh im so old already la weyh |
Monday, November 18, 2013
Senarai tudung shawl, pash yg dilelong dgn serendah rm15, rm8, rm9and rm3
yg minta watashi reserve smpai hujung bulan pun dont worry
reserve rapat punya
makasey
Sunday, November 17, 2013
Bagaimana weekend watashi berlalu pergi
Yg si king plak bz dgn theses master dia.mmg pepandai la watashi handle semuanya
Xpe.watashi supergirl
#nak gak girl sbb bajet muda ayu jelita.uweksss
Wednesday, November 13, 2013
Super Lelong ,harga pitam harga rugi and harga kos tudung bawal shawl ,bawal LV ,bawal 2 corak
RM3.00 |
tudung2 yg watashi jual haritu.
reason?
1.kena kasi clear sebab dah lama sgt terperuk since watashi ngandungkan adra.sangatlah tak mampu seba asyik keluar masuk hospital ma
2.ruang rumah skang makin terhad
3.watashi tengah explore biz baru.miahahahha
ok price range ?
serendah RM3!
selected item la kan-itu harga rugi and harga watashi pitam
max price?RM 15- ini harga rugi skit jugak and mostly tudung bidang besar
miahahaha
RM8.00 bawal 2corak |
1st come 1st serve.
nak upload ka personal fb kemain susah sebab rmai ofismate situ
nak handle hana baiduri account wah wah..rs bersalah plak waktu keja kan.ahahaha
ok la korang.sila war2kan,.kena wat housekeeping balik.maybe resnab and check balik mana tau dah tak cun ke
-ye la sgt kan.tersimpan rapi dl;m kotak lalalal~~
RM15.00 -lace dgn bawal labuh |
kalo ada kawan berminat gitau ekk..
weekend ni nak check stok balik
makasey
Solution anak yg suka main selimut main khemah khemah
Sila mengaku..korng ms kecik pun suka main khemaah2 kan..kalo tak guna selimut.mesti korang susun guna kusyen buat ala ala kubu kan kan kan
Tak ngaku lette2w..
Actuly watashi oun dulu gitu.main selimut hampar kt 2 biji kusi.so duduk la dlm tu main masak2.akakkakka...paling best bila main zam zam alaa kazaammmmm .selimut ditarik ala upih pinant.rumah kampung kan ms tu
Riuh rendah suara kamu adik beradik main smpai berpeluh ketiak.
Haa...ani kids tent yg watashi beli lepas dikenal pasti pangai warashi turun pd arissa-padahal mmg fasa bebudak la main gitu kan.dgn tak sedo dirinya rumah kecik.watashi oun belilah utk anakanda tercinta
Over ok arissa...siap buat expr3ssi surprise dia mcm " oh my goddr "satu tgn di dada and 1 tgn lg tutup mukut ala terharu
Nak ko baru 2 tahun nak.pengaruh manala arissa nampak ni.ahahhah
Apapun harapan watashi agar tent ni dpt bertahan lama utk anak2 yg lain sama menikmati ecewahhh ayat.
Bukan hape.arissa kali mainan..2 jam baru kt tgn dia oun dh boleh lingkup.
Pftttt...hebat arissa!
Thursday, November 7, 2013
Tips asuh/ ajar anak berus gigi
Wednesday, November 6, 2013
Cameron Highlands Aku datang
watashi and king.preggy and idung kembang berpisah tiada. |
- of course mak yong ms tu taknak bajet hotel sbb tak sanggup nak memanjat tangga.
- plak tu situ kan dekat dgn pasar malam(tapi nan hado nya dapat pegi sebab king cakap susah nak bawak arissa)
- of course la sejuk2 nak makan steamboat kt situ wahahahahah..sebab diyakini coz ada siji; halal.1 pax rm25.harga still sama served with chinese tea.tp king tak reti minum walaupun ada darah cina dlm badan nak gak fresh orange.
Big Red Strawberry Farm-Hidungku kembang |
- big red strawberry farm- dah uzur weyhh last watashi pegi dgn family aritu..ye la tahun 2009.maybe penat nk maintain kut hua hua hua
- MARDI agriculture kappe - ni just nak jenjalan amik feel sejuk leh la..pun sama gak..maybe musim yg watashi pegi ni tak kena kut. dengan hujan bagai.ehh cafe kt situ bapaknya sadisss...sadis lg pilu.nak beli lapik perut pun tak sanggup.teh tarik je mampu
- BOH plantation- ini ok la..kalo nak makan scone dgn teh.tp be prepared dgn ramainya orang.plan asal nk gi kt sg palas tu..sebab watashi still igt dia punya suasana sgt best.tp tak mampu ko...perjalanan sungguh berliku liku kehidpuan..dgn tahap kesabaran king raasanya baik ko lupakan. tips nak makan sini.korang jadi VEGE je lah..kalo order ayam ala kenny roger tu gila sejuk gedi pluss tatau berapa lama ayam tu sebab rasa sesuatu je..
MARDI:see gagah gila watashi..hoohoho |
- time tunnel- ni kt brinchang.best ..yg tak best king sokmo kena dukung arissa.aakakak...
- KEA farm- pegi ms balik je.paksa king beli bung arose kt watashi.haishh..bila nak romantik tang king ni.nak kena hembus baru nak kasi,Dr Fazilah Kamsah satuuu...!! hohohoh
cantik kan |
sabo je la dua beranak nih |
ok king sy mmg hensem |
BOH: harap bersabar layan arissanak membesar |
BOH:last2 semua berebut mushroom soup saja |
BOH:ramai gini pun ayam still tak fresh.adoi |
osa passadenasteamboat yg di nanti. |
rosa passadena:tggu steamboat smpai |
drama la sgtkan .ahahaha |
dah mcm edry king ms nih ahahah |
tabung duit zaman dulu |
korang pernah ada tabung camni |
time tunnel:merdeka |
time tunnel |
arissa almost reach 2years ms nih |
tab penyelamat katanya.selamba berpampers je |
i love myself katanya |
- bawak bekas yg boleh simpan lama skit susu..so dia leh keep warm
- bykkan beli roti so that kt sini korang takyah kelaparan cari menda makan.nak plak kaloada anak nak kemana kena berangkut kan
- sediakan apa2 toys yg dia minat so that aman sejahtera di meja makan
- be prepared di tendang ala bruce lee di katil
- sediakan byk mineral water.watashi tak guna langsung air yg masak guna kettel kt hotel.kettel pun watashi cuci sebelum guna termasuk piring cawan
ok sekian.terima kasih blogspot.susah nau nak susun gambo skang dgn format baru .
#emosi berganda