Thursday, November 21, 2013

Nostalgia :Nilai Seekor ikan

ni citer watashi  masa kecik-kecik dulu.
dalam lingkungan 7-8tahun tahun cam tula..
to be honest ms tu family watashi sgt sgt sgt sgt Allah Taala uji dengan kemiskinan
tapi, dari padangan mata kecil watashi masa tu watashi bersyukur sebab dilahirkan dari family yg sentiasabersyukur

depan kami baik ayah atau arwah mak tak pernah merungut serba payah
masa tu rumah kami atap zink
bocor sana sini .kalai hujan kami akan letak pot or bekas yg kecik.kalo lubang besar mmg kena letak baldi.
bila ayah ada masa memang ayah akan tampal zink tp pepaham la kan zink dah reput.makin repair makin besar lubangnya :)

satu hari,hujan lebat
lebat sampai banjir 1 kampung
dapur minyak tanah
dan dengan kawasan rumah watashi ms tu paling rendah..boleh bayangkan dalam rumah air banjir masuk almost ketiak watashi????
hohohoho..

ms tu peti ais uzur kami kena letak atas meja makan yg tunggu masa nak roboh.ahahaha
makanan ms tu biskut kering
dapat makanan mewah ms tu adalah mee segera.arwah mak kreatif.
arwah mak tau megi 4 bungkus takkan cukup untuk isi perut kami 8 orang..jadi arwah mak celur bihun kering..kuah improvise skit letak garam..
masa tu watashi igt lagi dapur kami dapur minyak tanah.mmg agak itam idung ms tu sebab asapnya kan.ahahaha

so bila dah banjir surut almost 2 malam..
bekalan makanan pun dah makin kritikal
jadi arwah mak minta tolong watashi panjat meja makan utk buka peti sejuk

korang tentu pernah tgk bersamamu yg ada satu family ni buka peti sejuk yg tertanggal tu kan?
yessszaaaa peti sejuk watashi dulu cam tu arr..
heyybatt ok..mmg ayah beli yg terpakai,.tp tak sangka terpakai tak sampai sebulan dah tanggal pintu ahahha
but tp bg arwah mak and adik beradik yg lain ok jer,as long as ada peti sejuk semua dah happy ohohoh

so bila buka peti sejuk ..ada 4ekor ikan kembong size sederhana
dah agak lembik tp watashi tau arwah mak tak ada pilihan utk siang and goreng ikan kembong tu..
watahsi di sebelah arwah mak tengok mak siang ikan..
smbil tu arwah mak letak sekeping kertas di sudut sana utk buang isi perut ikan utk kucing.
dengan tak semena2..kucing tadi datang curi ikan yg arwah mak siang.
cecepat arwah mak suruh watashi kejar kucing yg amik ikan

sepantas kilat watashi kejar smbil jerit "jgn..jgn makan..!!"
maybe watashi bukan kudrat cheetah
tak dapat kejar kucing tu..kucing tu lari and panjat pokok belimbing di rumah arwah tok bersama ikan yg di gonggongnya

watashi goncang sekuat hati agar ikan dimulut kucing terlepas
tp kucing tu gigit kuat and dia cengkam isi ikan di dahan dan terus meratah.

watashi menangis di bawah pokok belimbing
terbayang nnt bahagian siapa yg kena bekorban?
4ekor ikan,di potong dua at least sorang dapat separuh bahagian
tapi sekarang sudah tinggal 3ekor..

habis kucing mkn ikan
watashi balik,nampak muka arwah mak terus mwatashi kesat airmata
watashi explain watashi tak sempat dapat ikan yg dicuri
arwah mak senyum urut belakang badan watashi

kata arwah mak.kita niatkan sedekah pd kucing tu
mungkin kucing tu lg lapar dari kita
maybe kucing tu dah beberapa hari tak makan sebab banjir,
at least kita dapat makan.dapat berlindung dalam rumah yg berbumbung.

waatshi diam.
"mak.nnt lauk kita tak cukup. "mata watashi dah mula berkaca.dalam hati kelaparan masa tu Allah saja tau..
arwah mak senyum..
"mesti cukup kalau kita berkongsi..mak buat nasi goreng letak isi ikan."

by lunch time kami makan sungguh berselera.
arwah mak layan kami .
makan nasi bertambah arwah mak ke dapur dgn ayat "kejap mak nak buat lagi"

watashi senyum..

senyumm...
dan senyummm
sampai satu masa bila watashi sudah cukup besar utk memahami istilah nasi goreng isi ikan.

watashi pelik..kenapa nasi goreng yg arwah tok goreng mesti dalam kuali.dengan api yg marak
sedangkan 'nasi goreng arwah mak' masa tu.hanya gaul dalam mangkuk saja?

watashi tanya dan bertanya ..
arwah mak diam seraya berkata
"kita bkn org senang,tapi kita kena bersyukur dgn apa yg kita ada.hargai apa yg masih tinggal pada kita.sebab rezeki kita setakat tu yg Allah beri utk hari ni"

watashi diam.sampai sekarang.
sampai sekarang bila kami adik beradik sebut nasi goreng mak mesti akan terbayang
bahan bahan nya
1. nasi putih
2.isi ikan
3.lebihan Minyak  menggoreng ikan
4. garam secukup rasa

but yet,rasa nya tetap sedap,tetap mengenyangkan kami 6 beradik.sebab dalamnya ada doa dr arwah mak.dalamnya kami dapat rasa kasih sayang seorang mak.

hargai ibu korang selagi dia masih ada.doa ibu paling ikhlas dan berkat.

mak, Na Rindu~

note: arissa and adra, setinggi mana pun kedudukan kamu bila besar nanti, jangan lupa bumi yang kamu pijak ye sayang

3 comments:

zonaku said...

ok. kijammm.. pagi2 kasik aku nangis...

Super Nia Hana said...

aku yg menulis pun bergenang airmata rindu

J u l i a 。.゜✿ said...

ju suka entry Hana ni =)
sayu bila membaca.
ju walaupun duduk dekat dengan mama ju, tapi jarang sangat dapat berjumpa. lepas ni ju akan lebih kerap jumpa mama..
apa pun air tangan ibu kita memang yang terbaik !

hugs hana !

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer