Friday, November 22, 2013

lesson hari ini..fahami anak anak kita.. dan cara kawal anak yg agresif/hyper active

Beberapa perkara yang perlu kita fahami;
1) Jika ada anak 1 hingga 2 tahun yang kelihatan mahu memukul anak lain, 
jangan cepat bersangka buruk kepadanya. 
Selalunya dia mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu. 
Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka,
 maka adakalanya jadi terlebih kasar. Apa yang ibu selalu lakukan pada
 anak-anak kecil sebegini, ibu tolong pegang tangan mereka dan tolong dia mengawal
 tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan; 
‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’ 
Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.
2) Setiap generasi mempunyai karakter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan mellinia berbeza dari segi trait dan karakter mereka. Kebanyakan Gen Mellinia ini lebih ekspresi. Selalu dikatakan degil, keras kepala dan suka menunjuk perasaan, memberontak dan lebih berani mengeluarkan pendapat mereka. Mengapa mereka begitu memang ada dan banyak sebabnya. Namun, ibu tidak mahu membincangkan di sini kerana ibu telah menulis mengenai ini sebelum ini. Sila lihat blog ibu sebelum ini.
3) Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Mil ini. 
Ramai yang masih menggunakan skil parenting semalam untuk menangani Gen Mil ini.
 Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan.
Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak. Dan Gen Mil ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana memang trait mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.
Langkah Untuk Mengatasi Anak Agresif.
1) Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor.
Lebih baik outdoor. Bila mereka bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. 
Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga 
negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat.

Cucu sulung ibu, baru-baru ini tiba-tiba suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kai balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang. Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.

2) Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TVBila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. 
Dan bila mereka tidak beri bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush
 itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat
 yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan 
try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. 
Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, 
apatah lagi anak-anak kecil itu.
3) Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, 
maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya.Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh 
kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.
4Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah 
itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu 
yang merbahaya baginya, seperti bermain di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, 
marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang 
anak-anak kecil itu akan ikut.
Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter.
Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk, istighfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit smabil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.
Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.


Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.

No comments:

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer