Friday, September 28, 2012

Kenapa Kamu Tak Sporting Nak?



Tengok daddy pakai topi bday
relaksss je

 Gamabr atas ni masa birthday arissa..tingin la sangat nak pakai topi ni tiga beranak,tp mahaaappp..Arissa tak mo bg kerjasama ok!!

gambar bawah ni lagi teruk..masa birthday watashi
nangis macam hape je...


kesian plak nengok dia nangis camnih..padahal mana ada pe punnn
ibu pakai topi happy jekkk
comey sebenarnya kamu ni arissaaaa..
heheheh

SURAH RUQYAH-Penawar Sanubari Ku~



Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.
Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:
- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
- berdebar-debar
Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.
CARA MENGGUNAKAN  RUQYAH SYAR’IYAH
1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan  ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.
AYAT AYAT RUQYAH YANG PERLU DIBACA UNTUK MENGHALAU JIN ATAU SYAITAN YANG BERKELIARAN DALAM RUMAH. BERMULA DENGAN ALFATEHAH DAN BERAKHIR DENGAN SURAH AN NAAS.

AYAT AYAT INI BOLEH DIBACA PADA AIR DAN DISEMBUR SEKELILING DALAM RUMAH HANYA SAMPAI KAT PINTU TANDAS ATAU BILIK MANDI SAHAJA .


JANGAN SEMBUR AIR YANG DIBACA DENGAN AYAT AYAT INI KEDALAM TANDAS ATAU BILK MANDI MEMADAIDIPINTU TANDAS DAN BACA AYAT KURSI WAKAF 9 ( 9 KALI BERHENTI )DAN ISYARAT DENGAN TANGAN SEBAGAI PAGAR DALAM TANDAS ATAU BILIK MANDI.

AIR YANG TAK HABIS YANG MASIH BERADA DALAM PAM SEMBURAN ITU JANGAN BUANG KE TANAH ATAU LONGKANG . IA HENDAKLAH DISIRAM KAT POKOK BUNGA.

 AIR AYAT INI HANYA BOLEH DIGUNAKAN DALAM RUMAH SAHAJA. 


Note Hana : 


Sejak mengandung and hana selalu mimpi yg pelik cam nenek kebayan datang melawat la,lembaga hitam bergayut kt tingkap la...so selalu je pasang surah ni setiap kali nak tidur
Commit sampai lah sekarang.Alhamdulilah,tidur anak makin lena..


Thursday, September 27, 2012

Bagaimana 25th September Berlalu Pergi~


RAINBOW CAKE WITH LOVE 
 apa yg berlaku pada 25september 2012.

  1.  watashi UNPAID LEAVE untuk menjaga Arissa yg masih tak sembuh demam campak,selsema ,batuk berkahak and cirit birit.ini adalah acara marathon ujian menimpa watashi setelah King yg sebelum itu demam campak.terbaik..
  2. Tepat jam 12tgh malam..watashi dah nyenyak ,King kejut just nak wish Happy Birthday.igtkan dapat hadiah bday kannn??ahahahaha
  3. Sebenarnya hadiah bday dah ada..microwave oven bagak giler.sekali tak muat plak tempat nak letak..so menumpangla ko microwave di studio King.ahahaah
  4. Setiap jam 25 Sept di penuhi oleh ucapan kawan kawan di FB,call dari akak sulung watashi and mms dari adik hitomi ayah and umi
  5. sadisnya kawan rapat ms uitm nan ado wish(as usual) di FB .ahahaha..cheh..itu pun nak sentap..buley??
  6. dan yg paling penting,tggu juga written wish dari king di FB.ada? jgn mimpi nak dapat ucapan indah dan sweet.king straight forward.kut la dapat doa dari suami kan.miahahah
  7. lewat petang king balik bawak cake birthday!yayy..rainbow cake yg diidamkan bertahun lamanya
  8. watashi amik gambor,pasang lilin and paksa king amik gambo..akakakakak..
  9. rainbow cake sgt sedap..sebab watashi dipahamkan oleh baker (owner sama yg wat door gift arissa) ni guna french cheese.each layer of the cake
  10. ok..cake mmg colorful.sgt.risau kan?watashi makan satu slice kongsi dgn king.at the rest bawak ke opis.muahahah 


Add caption
THANK YOU HUBBY


Tuesday, September 25, 2012

Happy Birthday To me!!

25 September!! saya gadis Libra (gadis??pitam)

  • Alhamdulilah,Syukur pada Allah SWT telah berikan satu lagi tahun untuk bernafas dimuka buku bumi ini.
  • Tahun ni adalah tahun yg terindah sebab watashi celebrate bukan dalam keadaan berpantamg.weeehooo!!!
  • tahun ini juga terindah sebab watashi dapat melihat sendiri perkembangan Arissa yang makin hari makin byk keletah yg makin mencuit hati
  • Tahun ini tahun terindah kerana banyak juga perubahan pada King yg semakin hari semakin penyayang,banyak membantu dan semakin jelas kelihatan sifat bertanggung jawab beliau sebagai seorang anak,suami dan daddy.

  • terima kasih Allah diatas anugerah King yg hensem dan Dhiya Nur Arissa yg comel
  • terima Kasih Allah utk segala kenikmatan dan kemudahan yg telah kami perolehi
  • Terima Kasih Allah untuk segala yg terindah sepanjang watashi bernafas di dunia ini

Hadiah Arijadi??
muahahah..permintaan watahsi sangat la makcik ok
tp ok laaaaa khansss untuk kebaikkan bersama juga kan.
ahaksss 

Sunday, September 23, 2012

Resepi Campak Kari Kepala Ikan versi Bidan Terjun Suami Ku

ok..weekend lepas masa cuti malaysia Day,
Tah hape yg merasuk kedalam jiwa sanubari watashi nak makan sangat Kari Kepala Ikan
so pepagi terus terjah Pasar Borong Selayang
Beli seekor ikan jenahak+ kepala jenahak

balik rumah terus keluarkan bahan untuk :

kari Kepala Ikan jenahak Mamak Style 


  • Ikan Jenahak/kepala Ikan 
  • Bahan Mesin (cili besar 1 labu/bawah putih 4 ulas and halia lebih kurang 2cm)
  • Serbuk kari (dua sudu besar+bancuh dengan air )
  • serbuk kari/bendi/tomato bulat
  • garam secukup rasa


cara nak buat,
Blender bahan Mesin sampai naik bau,
masukkan tomato+daun kari
masukkan pes serbuk kari ,kacau sampai naik bau
masukkan air,ikan dan sayur and rasakan garam
perlahankan api and done!

ok,,.ini versi watashi
dan disebabkan watashi sgtlah popular pada arissa skang ni,smpai nak berenggang 5cm pun dah melalak.

watahsi terpaksa bg instruction dari ruang tamu(smbil BF arissa)  pada king yg sedang belajar buat kari.

Suami: bawang mesin ni dgn tomato dah ok,masukkan serbuk kari kan?
Isteri :yes,, hubby guna sudu makan tau..bukan sudu teh
Suami:ok boss,
 
seminit dua..watashi dah rasa pelik..apahal tade bau kari pun 
Isteri : hubby, dah letak ke serbuk kari tu?
Suami:dah dah dah..
Isteri :ok masukkan air dua cawan kecik and ikan sayur semua..garam nanti hunny masukkan
sumpah watahsi dah rasa tak sedap hati..cepat cepat dodoikan arissa,terus meluru ke dapur..

Isteri : amboiiii cantiknyaaaa kari hubby...serbuk kari mana hubby guna?
Suami:serbuk kari yg ni yang.DUA SUDU BESAR!

.
.
.
.
.
.
..
..


.
.
.

.


oh pitammm...
takpe kanda,kanda tetap pujaan hati adinda
biarpun dua sudu besar kunyit kanda letak dalam kari kita
asalkan bukan belacan sudah la ye
arissa,sila tuntut ilmu memasak dari ibu nnt ya! 

Saturday, September 22, 2012

Jenis wanita yg lelaki akan hindari -lari dari korang ala watson nyambek gitu

Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi.

1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.


Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.




3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.


Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.


Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.
Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.


Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

Friday, September 21, 2012

Pesanan Rasullah kepada Lelaki "Jgn Kahwini Wanita-Wanita Ini"

baiklah isteri semua..
lagi citer yang watashi dapat daripada blog ilmu yang menarik utk dikongsikan bersama.

"JANGAN KAHWINI WANITA INI"

ok..terover plak font tu.ahahahah..


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : " Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah
wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


4.Wanita Hadaqah
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.



5. Wanita Basaqah 

Pertama - Wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua - Dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.




6.Wanita Syadaqah
banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


So memana isteri tu,sila check balik,adakah kita terlontar dalam golongan yg Rasullulah sebutkan tadi ya.
Hana doakan takde la ekk
;)

Thursday, September 20, 2012

Main Pusing Smpai Pening

sapolah ngajo.ahhahaha

Bawal LV-Dua Corak(depan belakang boleh pakai taww))

Sehelai RM 13.
Berminat sila email hana ok! 




dark blue


coklat

hitam/dark blue

grey/blue

grey/maroon

pure choclate

Wednesday, September 19, 2012

Oppa Gangnam STyle! yeahh Whatever

Baiklah,
watahsi tau skang ni ledakan lagu and dance step Gangnam Style ni satu dunia orang beria ria nak ikut kan?
sampai  tetiba cakao hina gama la
lyric ikut yahudi bagai

to be honest
i dont give a damn for that super catchy or intrend or whatsoever people nak label.

tapi sejujur jujurnya jugak, watahsi sangat menyampah dengan org yg suka meniru ni
ok fine,yg ajuk ala menari sopan santun ko nak ajuk smpai tunggang terbalik titi pun lantak la
but sungguh getik meluat bila tarian tu sengaja di sexykan/separa lusyah oleh korean singer and beria ria plak semua nak ikut sext walhal tak sesuai dgn norma kita sebagai budaya rakyat Malaysia

ada beza tarian separa lucah,cute dan banggang ok

adios
#minta dijauhkanlah menda camni kt anak anak watashi,aminn

Ohh jgnlah buat saya hilang sabar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Testttt

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 18, 2012

Raya 2012-lagi gambar selagi mampu ku nak letak.ahahaha

3rd Raya
-going to Alor Setar to meet Abg Sepupu Arissa yng sebaya King.Boleh?ahahaha
-MEnu Mee kuah sangatlah sedap menjilat meja

nengok arissa.umah org pun di godeknya abes panjat sana sini.wuwuwuwwu
daddy sibuk sembang dgn sedara-wakil dari family king ke rumah sepupu king

Othe way balik singgah ke tesco beli barang secara tak sengaja jumapa lagi kak ja and family 
tah hape la ajaran danish pada arissa,.aaahahaha

sampai rumah dah jumpa abg and adik king kt rumah.sepupu arissa,ilman bawak hadiah soft toys utk arissa,tapi lain pulak minatnya arissaa..aduhai anakk oii...kamu ni gegirlll yaa
see..kesian abg ilman tgk toys dia arissa main.ahahaha

masa ni nak je jerit arissaaa turunnnn,,ahahah



sweetnya senyuman abg ilman



family potrait from side king
King paling hensemest kan?kan kan?hiksss
dan watashi menantu paling gagah perkasa kan kan kan
ahaksss

GAmbar Raya 2012

Selamat HAri RAya Aidilfitri semuaaa
---hujung syawal baru nak wish.kui kui kui..

ok..mau letak gambo raya buat tatapan di hari tua,
gambo punya lah byk.tapi sadis raya pertama jadi jurugambar,so tade byk gambo hana dgn baju raya with arissa.wuwuwuw~

1st Raya 



Jantung Hati -Arissa, pakai Baju Raya
Atuk with Arissa yg seriosa
The only gambar raya Hana dgn Arissa.ahahah..
Family potret utk raya nan ado


mama king yg pakai tudung hitam.saya cheesee!!!


Arissa dah belengas masa ni.ahahah
moksu
saudara mara









Anak dara ni dah tukar baju .selambak atas rina nenek.eheheehhe

RAYA KEDUA
Beraya di rumah ibu plak y arissaa...kali ni dasar pecah perintah hana paksa anak buah amik gambor hana dgn arissa and king..ahahha..sila pitam ye
Haa..sweet khanssss

adie with amna and wifey yg cam budak sekolah je comey.hikss
hitomi kat bawah bajet artis lagu raya 
camera kan sana ann!! 


tolong la sengihhh arissa


catch me if u can daddy
hana suka gambo ni.arissa nampak cam sonok di peluk,ahahaha


Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer