Tuesday, February 28, 2012

Bagaimana Menjadi Suami Kesayangan/Memikat Isteri-Cewah!


daddy and Arissa 1bulan

watashi dapat dari blog kegemaran watahsi

ok..lelaki,suami dan bakal suami sekelian,disertakan tips utk menjadi suami kesayangan dan idaman isteri.Kena ingat ye. Allah telah kurniakan wanita yang mempunyai tekad perasaan yang sangat luarbiasa kuat.demikian,jgn sesekali membuat hati seorang wanita (ibu/isteri) terluka

Sebagai suri rumah tangga, isteri juga mahu lelaki tahu bagaimana untuk menawan hati isteri. Jangan hanya mesra ketika mahu memikat dulu tetapi lelaki sepatutnya melakukan perkara sama selepas berkahwin.

Beberapa panduan mudah yang boleh digunakan suami untuk menghargai isteri dan melayan mereka seperti kekasih untuk selama-lamanya.


Isteri bukan amah

Guna budi bicara ketika meminta pertolongan isteri, jangan asyik mengarah sebaliknya suami berehat dengan membaca akhbar atau menonton televisyen saja. Jika isteri bekerja, suami patut lebih bertimbang rasa kerana isteri bukan robot, mereka juga penat dan perlu berehat selepas seharian di pejabat.


Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai, apatah lagi jika insan itu isteri kita. Bayangkan bagaimana gembira hati isteri anda jika suami sentiasa mengingati tarikh perkahwinan dan hari jadi isteri.

Namun, kebanyakan lelaki hanya ingat tarikh hari jadi isteri ketika berkasih malah tidak sanggup untuk menghantar bunga walaupun tarikhnya masih jauh.

Kebanyakan isteri tidak terlalu mengharapkan hadiah yang mahal untuk kenangan malah jika anda ikhlas, sekeping kad dan sedikit catatan sudah memadai untuk menyatakan rasa sayang kepada isteri.


Bantu ringankan tugas isteri

Jika isteri sibuk dan bertungkus-lumus menguruskan rumah tangga, apa kata anda meringankan tulang dengan membantu sama ada membancuh susu untuk anak atau membasuh pinggan. Buatlah kerja dengan ikhlas, pasti isteri akan gembira.


Bawa isteri berehat

Ada suami ketika menjadi kekasih, setiap minggu membawa pasangannya ke tempat menarik malah sanggup berhutang untuk menggembirakan kekasihnya.

Tetapi, selepas berkahwin, jarang pula berbuat demikian.

Walaupun membawa isteri berehat mungkin remeh-temeh tetapi wanita akan mengingati dan menghargai perkara itu, bukan asyik terperap di rumah walaupun cuti hari minggu.

Ciuman khas untuk isteri

Bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri? Tahukah ciuman di dahi atau di bibir isteri dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan dilaluinya pada hari itu. Begitulah kuat kuasa ciuman suami.

Beri pujian kepada isteri

Anda masih ingat bagaimana taktik untuk memikat. Tentu sekali anda memuji kekasih anda cantik, malah pantang berjumpa itulah perkataan pertama yang keluar.

Tetapi selepas berkahwin, susah pula untuk mengeluarkan perkataan itu, seperti terkunci. Naluri manusia memang suka dipuji, begitu juga isteri anda.


Dengar pendapat isteri

Jika ada masalah, selesaikan dengan berbincang. Jika isteri mempunyai pendapat mengenai pendidikan anak atau kerjaya, dengar dengan penuh minat, bukan membuat kerja lain. Ada suami tidak boleh menerima pendapat isteri, jadi tanya diri sendiri, bagaimana pula jika isteri tidak dapat mendengar pendapat lelaki.

Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi tetapi sesekali apa salahnya untuk menghargai mereka selepas apa yang dilakukan untuk mengemas rumah dan menjaga anak-anak.

Mungkin suami tidak pernah memberikan isteri pakaian yang cantik walaupun isteri cuba menyindir. Jadi, apa salahnya berbuat demikian dengan menghadiahkan isteri baju kurung sempena Aidilfitri.


Credit to Blog HAmil

Saturday, February 25, 2012

Terindah!



ada sesapa ingat or dengar lagi lagu ni in year 2012.
Actually lagu ni salah satu lagu yag buat hati watahsi terdetik without reason
tadenya nk igt orang lama kappe.

just suka lagu ni and luckily tade relate dengan siapa.
King tetap dihati
- dengan harapan dapatlah layanan seperti permasuri

~KENANGAN TERINDAH SAMSONS~

Friday, February 24, 2012

Oooo Tecit Tecit dah mula nak tunjuk ekk..



ni perangai arisa yang bila masuk 5 bulan
ewahhh dah pandai ayun ayun tgn tanda marah or tak setuju.
tu belum kira Arissa buat latihan vokal lg.waduhhh
sila abaikan suara ibu yg nyaring tu.

watashi dah cakap,sepatutnya watahsi ganti siti nurhaliza dulu
wahahahaha

apapun,setiap perilaku anak yg kenkadang memeningkan kepala masa kecik ni kenkadang wat kita akan rindu satu hari nanti.

ingat, anak adalah ujian Allah
dan anak juga ladang pahala ibubapanya.

cea...macam bukan diri watashiyg dulu jeyg menulis nih
muahahah

Thursday, February 23, 2012

RADJA-JUJUR.


RADJA -JUJUR

meh mentebiat nyanyi sesama lagu lama.
ahahahahah

Sungguh benci

Kalau apa yg terbuku ni takleh nak luah

Jiwa rasa memberontak~!

Wednesday, February 22, 2012

Monday, February 20, 2012

Sejak saya bergelar Ibu

Sejak saya bergelar Ibu..
Masa sentiasa tidak cukup untuk diri sendiri kerana keutamaan adalah pada suami dan anak

Sejak saya bergelar Ibu..
Saya sentiasa berusaha untuk membahagiakan keluarga

Sejak saya bergelar Ibu..
Saya sentiasa memikirkan cara yang terbaik untuk mendidik anak dan malayani suami dgn terbaik

Sejak saya bergelar Ibu..
Hari hari saya sentiasa dipenuhi dengan doa mendokan suami,anak anak dan keluarga keluarga saya

Sejak saya bergelar Ibu..
Airmata saya seakan murah apabila memikirkan adakah saya telah membahagiakan dan menyayangi suami dan anak anak saya dengan baik ,

Sejak saya bergelar Ibu..
Saya akan memastikan anak anak saya akan mempunyai IBU lebih baik dari saya sekiranya ditakdirkan saya adalah pinjaman yg singkat olehNYA..

Sejak saya bergelar Ibu..
Saya akan pastikan saya berbakti dan menjadi kesayangan suami dan anak anak dengan harapan akan bekalan saya di sana nanti.

Apa pula harapan kamu semenjak bergelar Ibu..

Friday, February 17, 2012

Give me S! Give me T! Give me U! Give me P! Give me I! Give me D! I'm give stupid!

Masih kita berbicara tentang facebook ya ayohai kengkawan

Watashi xpaham bila orang kecoh;

"Di FB ramai betul yang nak jadi pakar motivasi,ustazah ustaz wannabe yang copypaste mana mana quate hadis, do and don't and kata kata perangsang di wall"

What's wrong with that?
Itu namanya berkongsi ilmu yang baik bukan?
Ok finelah kalo ko mmg dah hafal semua ilmu agama,org yang begitu sempurna dan tak pernah mengalami sebarang ujian Allah.
Tapi macam orang seperti watashi , yg masih berusaha melengkapkan ilmu yg baik didada, watashi sentiasa dahagakan ilmu yg baik utk diri sendiri,anak anak dan keluarga watashi

Cuba berfikiran dari satu sudut lagi.

It doesn't matter org yg post the ilmu agama tu ko nampak tak competence or ala ala muka xboleh percayai kappe.

Janji dia sebarkan benda yg baik dari sumber yg betul kan?

Lebih baik ko kecam orang yang gossip ala ala ;

Ewww artis ni nak kawen datuk"
Or what so ever yg memalukan and menampakkan keaiban orang kan?

Ha lagi satu,kalau ko nak kondem company ko semuanya F! B! Tak bagus bagai, bolehtak hidekan mana ko kerja?

Media mileage tu tinggi okeyh
Kalo watashi owner company tu dh lama
U fired!
Benefits company bg nak semua
Aduiii belajar bersyukur

Welcome sayang

Introducing Arissa new cousin!
Nur Amna Wirdania

Ni anak adik bongsu watashi yg kitaorang langsung tahun 2009
Ingat lagi tak?

born on 10 Feb 2012 berat 3.25kg

Watashi over okeyh
Adie sms bgtau yg wife dia dah sakit nak bersalin kt kedah
Mak over nokss tadah tgn sini berdoa

Bila dh tau selamat semuanya bley plak menitis airmata keharuan.ahahahaah

Selamat datang sayang.
Jom berselawat ke atas Nabi bersama watashi bagi meraikan kelahiran ni

Thursday, February 16, 2012

Dari Abi Abdurrahman Abdilah bin Masud ra. Bahwa Rasulullah SAW mengatakan kepada kami,

”Sesungguhnya tiap-tiap kamu dibentuk dalam perut ibunya 40 hari berbentuk nuthfah (mani), kemudian menjadi ‘alaqah selama 40 hari, kemudian menjadi mudhghoh (segumpal daging) selama 40 hari, kemudian dikirimkan kepadanya malaikat meniupkan ruh . . . ”

Hadits Muttafaqun Alaih.



rancak kan arissa dalam perut tu
sebab tu masa awal kandungan watashi ingat baby boy
sebab lasak and tendangan padunya ....INDAH!
video ni seminggu sebelum arissa lahir
due sepatutnya 11 Sept 2011

tapi perasan tak number kat Baju yg watashi pakai?
Cartoon tu pakai Jersey no 7 kan
baju tu jugak watashi pakai di dewan bersalin
tarikh lahir arissa 7 Sept 2011
KEBETULAN KAN?

Wednesday, February 15, 2012

Word less or more wednesday

Saban hari dan setiap detik ibu sentiasa mendoakan segala kebaikkan dan kejayaan pada anak anaknya

Tapi...

Sekerap mana kita mendoakan kedua ibubapa kita?
Watashi rasa ada segelintir kita punyai format doa yg sama setiap kali lepas solat bukan?
Sejauhmana keikhlasan kita?
Akan gugurkah airmata kita setiap kali merayu pada Allah SWT agar mengasihani kedua sepertimana mereka mengasihani kita sewaktu kecil?

Sedekahkan Al Fatihah kepada kedua ibubapa kita setiap pagi walaupun mereka masih ada.

Arissa,ingat pesan ibu ya sayang..

Tuesday, February 14, 2012

Itu diaaaa atlit sejati

Kalau anak lepas menyusu berpeluh ala ala lepas marathon?
Atau Arissa ikut gene watashi
Kalo berpeluh tak henggat punya?mano satu botui nihh??

Ehehhehe

Sunday, February 12, 2012

Buat arwah bonda

Al Fatihah
Semoga roh mak tenang dan di cucuri rahmat

Apakah reaksi Arissa agaknya?

Kalau tengok gambar kitaorang yg gegila macam ni 20tahun lagi?
Ahahhahaha

Saturday, February 11, 2012

First Time Jadi Pengapit yuuuu!!

masa majlis perkahwinan adik ipar watahsi aritu (bulan Nov 2011 ok!-baru nak gegeh update.ahahaha)

watashi ni terjadi bidan terjun.ahahahaha
dulu jadi bidan terjun make upkan akak masa dia kawen

pastu jadi bidan terjun photographer untuk sepupu watashi

then jadi bidan terjun pengapit plak
::haaaa...tengok tu,,watashi tengah kasi tips rumahtangga la sgt.ahahaha::

wah..kisah nya sangat kelakar okkk..
watashi tgk duk lepak baikk punya dlm bilik smpai susukan arissa
-heyy bukan berat tulang okeyhh,arissa aritu demam selsema.

tetiba akak ipar pggil suh jadi pengapit.
kebetulan(kebetulan ke mmg plan?) watahsi dgn king pkai baju sedondon gituuuu
kellleeesss okkk..

masa payungkan pengantin maks rasa begitu glamers nokss
ikut hati nak je lambai ala ala Miss World
haipppp ..jgn overrrrr jadi watak tambahan udah..dulu dah jadi watak utama.
miahahahah..

dari kiri:abg sulung King, King, pengantin baru Iwan, wifey cantek Mass,watashi comey(uwekss) and akak ipar cute,

overall majlis berjalan sgt lancar and skang ni watahsi hanya tunggu any good news dari adik ipar watashi jek
akak and abg B doakan semua yg terbaik utk mass and iwan ya!

pstttt-cepat dikkk arissa tak sabar nak dapat sepupu ni...miahahahha

Friday, February 10, 2012

iklan yang menjengkelkan watashi

soory kalo korang tak setuju
ini adalah pendapat peribadi watashi

musti dikalangan korang pernah tgk iklan AXE deodarant k tv tu kan?
first impression la apa korang rasa?

bg yg remaja belia musti rasa stylo giler la kan
pkai pewangi ketiak gitu,ketiakku akan menjadi dambaan wanita
cehhhh!!!geli ketiak watashi dengar nih

to be honest, watashirasa iklan mcm tu memang tak patut ada kt tv.
giler arr.sexual appeal semacam..
watashi tak suka bila pompuan dijadikan bahan utk tarikan murahan gitu,
maybe korang rasa best la kalo nengok gitu kan kt tv

pernah erpikir plak kalo yg tergedik gedik tu anak korang?adik pompuan korang?isteri korang?
yang nak menyondol tu plak anak lelaki korang?adik beradik korang?
pastu jadi menda bebukan sebab desakan nafsu
terjadilah video3gp.-->ok dah melalut.ahahahahaha

hek elehhh hana..pe nak kecoh,takyah la emo,tu iklan jek..kat youtube tu lg dahsyat adaaaa....

sebab kt internet dah bersepah sepah la watashi kecoh takyah letak kt tv..
tv tu bebudak yg taktau hape pun tgk 24jam.
kalo dia layan spongebob or high5 ke kalo ada iklan gitu musti dia tgk smbil terkebil kebil gak..input musti masuk dlm kepala walaupun sikit.
nak suruh parents pantau? tutup tv kalau ada iklan cmtu?tupun parent ada tgk sesama.kalo tade???suh anak pejam mata?

iklan iklan ni tade tapis dulu ke?
dah la drama skang bukan main lagi citer hantu bagai

Cantik & Anggun Dalam Islam


Dari Anas bin Malik, katanya: “Rasulullah SAW menentukan waktu kepada kami tentang menggunting kumis, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur ari-ari supaya jangan dibiarkan lebih dari empat puluh hari.”

Huraiannya

Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia termasuk semua aturan-aturannya. Justeru kebersihan diri adalah antara ciri-ciri utama yang mesti ada bagi sesiapapun yang ingin kelihatan cantik dan anggun. Sedangkan menarik tidak semestinya yang cantik tetapi yang pasti ialah bersih dan kemas. Maka sesuai dengan kejadian kita yang telah disempurnakan oleh Allah SWT hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin. Kebersihan menjamin kesihatan. Islam mementingkan personaliti yang baik, kemas dan bersih. Janganlah kita mencontohi watak, penampilan, pakaian mahupun gaya orang-orang yang pengotor kerana orang yang pengotor itu adalah saudara kepada syaitan.



Sumber

Thursday, February 9, 2012

Wednesday, February 8, 2012

wordless Wednesday!

Alhamdulilah,
DN Arissa sudah genap 5 bulan
luv you lot and lots more~

Friday, February 3, 2012

Perkara Yang BAik Biarlah Berterusan Kan?


Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah."

Huraian
Pengajaran hadith:
i) Allah S.W.T telah melantik malaikat-malaikat yang khusus bagi mencatat kedatangan sidang jemaah mengikut tertib dan susunannya mulai dari awal waktu hingga tiba masa imam naik ke mimbar membaca khutbah.
ii) Kehadiran lebih awal untuk mengerjakan solat Jumaat adalah sangat-sangat diutamakan di dalam Islam. Oleh itu amat besarlah kerugian bagi orang yang terlewat (terlepas) daripada waktu catatan malaikat tersebut.


Moral Of The Story
Datang awal masa solat jumaat(before imam yg baca khutbah naik mimbar) so that Malaikat sempat catit nama korang, wahai lelaki.

catatan tu nak dibawa sampai kubur ye.

pasni agak agak nampak imam nak masuk masjid tu,berlarian lah kamu ye...setiap langkah ke masjid juga dikira pahala..wah..Indahnya ISlam~

Thursday, February 2, 2012

ISNIN,KHAMIS dan JUMAAT Sajer



okeyhh.. disebabkan watashi ni selalu je hari selasa or sabtu baru tergedik gedik nak potong kuku arissa,sini watahsi tepekkan kenapa tak boleh potong kuku selain hari ISNIN,KHAMIS DAN JUMAAT

bukak mata and minda luas luas ye watashi!

Hari Memotong Kuku & Hikmahnya...

Hari Sabtu : nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penykit

Hari Ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan

Hari Isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat

Hari Selasa : nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Rabu : nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis : nescaya
keluar daripadanya gila dan masuk kepad
anya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat : nescaya
keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT

Cara-cara memotong kuku mengikut agama Islam ...

Sunat Cara Memotong Kuku
- bermula dengan jari kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga jari kelingking dan diikuti ibu jari...


Kemudian, tangan kiri bermula daripada jari kelingking hingga ibu jari...

Bagi kuku kaki pula bermula dengan kaki kanan bermula daripada jari kelingking hingga ibu jari...

Kemudian, kaki kiri bermula daripada ibu jari hingga jari kelingking...


Kuku yang dipotong sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan manusia seperti yang dilakukan oleh Umar ra.



Wednesday, February 1, 2012

Stock Setahun Katanya

ehemmm...
Alkisahhh Tayibbbbbbb...

sebagai pengguna hypnose tegar
selepas mengandung dan penangan alahan yg amat indah dan terbaik,
bau hypnose rasa mcm bahu taik kambing terus lah mengiyau minat perfume yg lama dulu watashi minati.

yakni GUCCI Flora!!!

and finally,dream come true.
King siap ajak maut punya pegi beli

yg taktahan suh pilih
watashi ni plak terkial kial nk pilih sebab semua 500ratus ke atas
giler ko..memang la suami yg bayarkan
tapi dalam hati ni ada sikit kedekut sebab imagine kalo duit tu duit sindri
haaa....amanah seorang isteri untuk apa kengkawan???

yaaa..bijak laksana bulan!
salah satu tanggungjawab sebagai seorang isteri adalah menjaga harta suami

SO jalan selamat,watashi pilih dua barang la
so suh king pilih sendiri mana yg dia nak bayar
keh keh keh..
bijak kan?

apapun,thank you mucuk.
always luv you.
tak payah suap brg branded.

kanda tolong dinda skit je pun dinda rasa happy samapi bintang kejora dah.
mmmuahhhhs

ahaks

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer