Tuesday, January 31, 2012

Tabiat Arissa Bila Menyusu

terbaca update lama si Ceera pasal tabiat anak dia keisha maa mnyusu
nak menyembur air liur dibuatnya sebab tahan gelak

depan pc kt office ma...
kena control la skit kan

macam usia sekarang Arissa nak masuk 5 bulan ada juga peel dia masa menyusu
tp bukanlah korek idung ibu mcm ceera kena

tapi dia suka cakar cakar badan watashi nih
kenkadang rasa mcm kucing cakar karpet pun aa gak
tu tak kira dia buat lakaran lgi tu..

yg paling potong tgh menyusu in public tetiba arissa mengamuk na selak baju tetinggi


Photobucket

wah..geram geram sayang okeyh!

bebaru ni plak maybe arissa dah mula gatal gusi
tgh menyusu dia boleh kunyah kunyah and tarikkkkkkkkkkk and dia jauhkan kepala sampai terlepas sendiri... "POPPP!!!" ala gitu la bunyinya

giler histeria 'kenikmatan' tu!
dah bgtau and pesan boley plak tersengih sengih innocent

pastu sambng minum susu and buat lagi
waaaaaahhhhhh
GEMBIRANYAAA IBUUU!!!

::arissa Sebulan::
Photobucket

Monday, January 30, 2012

Cendol Terbaik di sungai petani kedah

To be honest,watashi cuma makan cendol masa usia kandungan watashi ceceah 9 bulan mengandungkan DNA(1 day before give birth ok!)

Ni semua penangan kenangan zaman kanak kanak dulu la
Watashi phobia dek abg watashi minum cendol yg ada cicak mati dlm tu

Uwekkk

Ok ok jgn spoilkan mood kelazatan cendol tertua bertapak di sungai petani ni

Lokasi di station bas lama sungai petani
Dia buka ala kereta tolak tu je

Sempoi kan

Lokasi kalo korang duduk kat bench tu bebetul mengadap kedai ni

PUSAT PAKAIAN HARI HARI

CANTEKK DI HATIII-sukahati watashi je buat tagline dia..ahahaha

Dia punya cendol giler lemak berkrim woh

Sumpah masa menaip ni masih telan liur lagi

King kalo dpt mkn cendol ni mmg tak berenti memuji

so org ni la bertanggung jawab buat watashi sukakan cendol

Nasib baik bukan durian

Haa.. Ni plak contoh cendol hidup segan pegi mampos la

Masuk pat suap je terus tolak tepi
Bkn lemak manis
Rasa serdak santan kotak ke santan serbuk tah
Huh!

Saturday, January 28, 2012

Kenapa baby bawah 6 bulan tak boleh minum air masak..sila baca



ini rencana daripada hasil pembacaan watashi sebagai ibu muda yg comel lg baik hati dan juga penyayang-UWEKSSS muntah pelangi!

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

So watashi, berusahalah!!!

Friday, January 27, 2012

bila Aufa hilma semakin besar

Nampak perbezaan gambar ni?
Satu gambar yg aufa buat peace tu umur aufa baru dua setengah tahun

And satu lagi gambar aufa berumur lima tahun baru baru ni

Watashi terkejut ok!

Abg watashi cakap dlm byk byk anak dia,aufa yg mcm watashi
Jenis tinggi and badan tegap
#tegap wa cakap lu

Nak amik gambar aufa pun dh makin payah sebab dia dah ada perasaan malu
Teringat dulu before watashi kawen betapa rapatnya and sayangnya kami berdua

Skang aufa makin jauh sbb malu pada king katanya

Oh.. Aufa plajar cemerlang di taski
Cita cita nak jadi anak mithali!
Sejuk kan?

Arissa sayang,arissa akan jadi anak solehah kan?satu geng dengan kakak aufa
:)

Wednesday, January 25, 2012

Sebii Sepulu Ringgit!

Token mengisi minyak semalam
Limau manis yarabbi!

Btw,watashi dh otw blk kl
Bertolak 4am td
Skang dh smpai bestari jaya aka batang berjuntai

Giler ngantuk!

Friday, January 20, 2012

HAri ini..


watashi, King and Arissa
akan balik kampung!wohoooo!!
doakan perjalanan pergi dan pulang kami selamat ye korang

happy holiday semua!.
jgn makan limau byk sgt
cirit teruk and sakit tekak jgn cakap la!

Gong XI Fa Chai!
ang pau lai lai!

Thursday, January 19, 2012

Apa Yang Korang Nampak???



dari ketinggian 100M di Menara Alor Star
just happened satu fenomena alam yg watahsi tatau nak describe macam mana
puting beliung kah?ributkah?

tapi cukup menakutkan watashi okeyh!
ala cerita lord of the ring ha..

ini baru camni

boleh imagine masa berlakunya kiamat?
astafirullah..
moga kita diberikan perlindungan dan selamat didunia dan akhirat
Amin~

Wednesday, January 18, 2012

Cerita tentang Gigitan Cinta aka Love bite


ewahh ala zaman remaja la sgt nak kecoh kecoh psl lovebite
pigi dah
teringat zaman sekolah dulu.
ada makhluk stok jaja lovebite and satu kebanggaan plak
pelik kan?

ehh..sebenarnya nak citer lovebite dalam family watashi nih..
siapa pelakunyaaaa????

ohhh bukan pengantin comel berbaju merah diatass
no no no...
-rasie rumahtangga katanya..akakaka

tapiiiii

anak dara nih!!!
perghh..bila arissa dah masuk tiga bulan je,dia dah mula menggigit aka buat love bite
sampai berbekas lengan sendiri..
=arissa gigit lengan sindri smpai lebam=

selalu jadi mangsa is king la!
sampai masuk office watashi plak jadi bahan

lengan daddy

love bite kt lengan king tuhhh~
explain pun tadenya nak percaya cakap watashi.
apada!

ahahahaha

Tuesday, January 17, 2012

Isi HAti Anak -Anak Kita-Peringatan utk ibubapa



11 Isi Hati Anak yang Tidak Terucap kepada ibu bapa mereka:

1. Cintailah aku sepenuh hatimu.

2. Aku ingin jadi diri sendiri, maka hargailah aku.

3. Cubalah mengerti aku dan cara belajarku.

4. Jangan marahi aku di hadapan orang ramai.

5. Jangan bandingkan aku dengan kakak dan adikku.

6. Ayah-ibu, jangan lupa, aku adalah fotocopimu.

7. Semakin hari umurku bertambah, maka jangan anggap aku berterusan anak kecil.

8. Biarkan aku mencuba, beritahu saja bila aku salah.

9. Jangan membuatku bingung, maka tegaslah padaku.

10. Jangan suka mengungkit kesalahan-kesalahanku.

11. Aku adalah ladang pahala bagimu.

Sumber

Nota Kaki:

Watahsi selepas disahkan mengandug watashi dah niat utk jadi parent syang TERBAIK utk anak anak kami.

perjalanan mungkin sukar.tapi boleh anggap itu satu cabaran dalam mendidik anak anak kan?

ada any tips utk jadi yg parents yang lebih baik tak?

**bila dah jadi ibubapa,baru faham tahap kerisauan pada anak anak tu macam mana kan?


Monday, January 16, 2012

Pada hari watashi and king muak sepenuhnya pada prosperity burger

Tanggal 30 disember 2011
Akhirnya tahu jgk erti jemu dgn prosperity burger McD ni

Kalau tak memula tergedik gedik nak makan
Aahahahaha
Tp bila dh mkn tiga kali(lain session la) terus rasa dh muak

Nape ekk?
Faktor usia ke?

Watashi muda lagiiiii
Baru 20tahun ahhahahahaha

Thursday, January 12, 2012

Untuk kamu yang bergelar Suami

Wahai makhluk yang bernama lelaki… Jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu :

Bawalah dia ke jalan Allah
Nasihatilah dia dengan penuh hikmah
Perbetulkan kesilapannya dengan berhemah
Jagalah dia dengan sepenuh hati
Kasihanilah dia seadanya
Lindungilah dia sebaik mungkin
Berilah kasih sayang padanya setulus sanubari
Hargailah dia selayaknya
Ucapkan terima kasih atas semua kelebihan dan jasa-jasanya
Bersabarlah dengan tingkah lakunya
Terimalah & redho lah dengan kekurangan yang ada padanya
Jadilah IMAM terbaik yang dapat membimbingnya
Ampun dan maafkanlah dia atas segala kesilapannya

Moga-moga dia menunggumu di SYURGA sebagai ketua bidadarimu…

Aamiiin…

Wednesday, January 11, 2012

Ini Hajat watashi!

Watashi berharap tahun ni ada orang yang ingat birthday watashi dan at least there is small gift or wish ada utk watashi tanpa perlu watashi ingatkan

Aminn

Wordless wednesday Y'll

Macamanalah daddy tak sayang pada Arissa.
Manjanya bukan main

#ibu lagi sayang arissa sama byk cintakan daddy
Yarabbiiii ...ahaahahha

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer