Thursday, December 29, 2011

petua tidurkan bayi anda yang tegar ;)



ini petua nak tidurkan anak or nak anak tidur lena utk ibu ibu muda /baru saja.
sebabnya watashi antara orang yang paling byk bersabar dalam nak tidurkan arissa masa baru lahir dulu

kata orang mmg teruk sikitla sebab baby bar lahir mana tau siang malam.
macam arissa dulu siang dibantainya tidur,malammmm??
ibunya la jadi jaga.
nak harap daddy?huhuhuhu...kadang kadang terjaga kadang kadang langsung tidur mati dek kepenatan sgt travel.

ok,ini tips yg mudah pada watashi praktikkan kalau segala mak nenek tak jalan.

watashi atau king sindrila akan letakkan baju yg kami pakai(make sure bersihla.jgn la peluh dah kering bagai kasi anak korang) sangkut kt baby cot or lapik gini ha..
kalau dah nyenyak,tarik balik la baju tu.

Antara petua lain yang ada;


  • sapukan anak korang minyak telon ke/yu yee ke kt perut/blkg bdn/betis and tapak kaki baby,so that bley elakkan kembung perut bagai-dedulu ms baru pas bersalin giler gelabah watashi gigil nak sapu minyak kt bdan arissa sebab takut dia panas sgt kappe.ahhahaha

  • tidurkan ank posisi telungkup/meniarap utk elakkan perut masuk angin.watashi dulu amik masa jugaklah nak tidurkan arissa gaya gitu.seriau maks okk!tapi kena ingat gak,tidur cara meniarap ni tak sesuai utk baby baru lahir ya!

  • Dodoikan bayi anda.nyayikan dia lagu apa apa la dengan suara yg perlahan ala gemersik.cewaaahh..bajet suara siti nurhaliza la kan.mcm arisa plak sejak lahir watashi dah asuh dia dodoikan dengan alunan zikir,so kalau dia tak dengar so called lagu wajib dia memang tadenya dia nak tidur.ahahahah

  • tentukan waktu tidur..bawak masuk ke bilik.malapkan lampu so that anak korang tahu ni masa untuk tidur

  • elakkan bermain dii tempat tidur.kalo tak dalam mind seta nak anak dia fikir " oohhh....boleh main lagi ekk"ahahahaha

  • pakaian anak anak plak jgn la ala ala korang stay kt eskimo or tepi gunung berapi.yang sedang sedang kan bagus

  • bagi anak yang hidung tersumbat sebab selsema plak,cuba tinggikan bantal skit utk mudahkan dia bernafas.sapu balm ala ala light gitu kt tempat yg wat dia tak selesa.


so selamat mencuba!!


-pada watahsi jugaklah kan.sebab watashi nak lebih berdisplin tidurkan arisa jam 9.30malam.


bukannya apa...balik kerja dah 7pm lebih...tak puas nak bermanja dah nak tidur.tambah sekarang plak arissa mmg kuat ketawa and suka berbual..gerammm!!

Wednesday, December 28, 2011

Haaaa... Kantoi Dengan IBu!!

MY WORDLESS WEDNESDAY!

Arissa sengih lepas kantoi hisap jari


skang watashi dgn king tak bg sangat sebab risau terlekat smpai besar
tapi nak wat camno..

puting kosong arissa taknak,nak tido dia hisap jari ibu.baru nyenyak
nurse cakap normal

so tadelah risau sgt.
jgn terbawak bawak smpai besar ye sayang ibu.
MMmmuahh!

Monday, December 26, 2011

Pekerja Tesco Manjalara Yang Giler Hebat



bagus betul tesco ni

ada pekerja super hebat punya

muka cun,comel tertarik

kerja pun pantas!


sampai main campak campak barang kita pas di scannya

siap sound lagi

"cepat skit boleh tak?" dengan reaction muka ketat


hello cik kak-muka comel-tapi-kerek-semacam, ko ingat kitaorang beli satu dua barang ke yg nak suh cepat tu?


ko setakat scan barang campak campak sampai terpenyek roti kitaorang beli,

kemek tin susu yang kitaorang pilih cun cun kt rak tadi,

tu tak kira ko nak letak baju baby atas ikan lagi

dah habis scan,ko igt semua barang tu boleh terbang sendiri masuk troli ke?

atau watashi main humban ala pasir ke dalam troli ke?

watashi takde la susun cun cun barang watahsi beli utk pameran pengantin kappe

memadai la kalo bahagikan barang basah/kering.makanan dengan ridsect kappe.




baru dapat anugerah pekerja cemerlang ke?

nasib baik mood watahsi agak ok masa tu


kalo lah mood benggang macam pas balik rumah tgh roti dah jadi bingka tu

ada gak watashi tepuk kaunter tu.



kami customer ma.

penat pilih barang baik ,ko plak main campak campak,

rugi tak tgk nama dia aritu/snap gmbr

kalo tak bley watashi tempek sini


BUAT CALON MENANTU KORANG!

Friday, December 23, 2011

Jangan Mensusu Formulakan Anakku



HAri ni,

saya Nurse Super Nia Hana nak bebel skit pada mak mak,pak pak,nanny nanny or bakal pengantin ye
KEBAIKKAN SUSU IBU!

(ha..amik ko..sebesar alam watashi tulis)

Khasiat susu ibu

  • Lengkap/perfecto/Terbaik zat zat yang diperlukan oleh bayi

  • Mudah hadam dan membina sistem penglihatan 5.2mata lebih tinggi daripada bayi yang tidak minum susu ibu

  • melindungi bayi dari penyakit lelah,kolik,alahan pada makanan ,penyakit kulit dan hidung

  • mengurangkan risiko penyakit miningtis,phenumio(tah betuk ke nurse ni type,ahahah) brokitis dan batuk


  • mengurangkan risiko SAKIT JANTUNG,OBESITI,KENCING MANIS, KANSER apabila bayi meningkat dewasa-ni nurse super nia hana sengaja highlight besar besar ya!

  • mengurangkan risiko kematian bayi

  • mengurangkan risiko karies gigi, pertuturan,penglihatan dan menguatkan rahang

  • tiada risiko percemaran.
::Nama Saya Arissa.Susu Ibu saya sedap!::

Apa Faedah pada ibu plak????

  • menurunkan berat badan pada masa yang singkat (testimoni dari watashi .)biarpun org pressure watashi ms tgh sarat dengan memacam gelaran,kutukan mcm gajah la,gergasila lepas bersalin nanti, to be honest,byk mana watashi naik masa pregnant 9bulan,byk tu jugak watashi turun.siap turn lagi dan lagi ha!)

  • Mengurangkan risiko payudara dan ovari(rahim cepat kecut ok..masa korang BF baby,memang terasa kt rahim korang tu denyutan.ok..watashi tatau nak explain gimana.sila lahirkan baby,susukan and rasai sendiri!)

  • menjarakan kelahiran bayi (perancang keluarga secara semulajadi)

  • Mengeratkan kasih sayang.serius ok,ms menyusu jgn gatal mata korang nak tgk tv ke,layan fb ke..pandang muka anak korang,berbuallah dgn dia,usap kepala dia..sambil berzikir or berikan kata kata positif.mcm watashi selalu bgtau camnih "arissa anak baik, anak solehah,arissa kuat,hormat and sayang ibu and daddy" usap ubun anak anda and berselawatlah.ehh..dari mode nurse yang emo jadi ustazah plak

Oleh yang demikian ,kalau la watashi mampu nak ulang hehari menjerit sekuat hati yang susu ibu bukan penyebab :

-anak sembelit

-penyebab anak allergik

-penyebab anak debab/gemu

-perut anak masuk angin kappe..


even dalam petikan Al-Quran sekalipun pernah cakap pasal penyusuan ibu nih


"Para Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh iaitu yang ingin menyempurnakan penyusuan itu" SURAH AL BAQARAH Ayat 233

takde mention suh minum susu tin cap dumex or enfagrow kan??

OK, minta maaf utk para ibu yang berikan anak minum susu tin,watashi tade niat nak wat korang terasa kappe..cuma hati watahsi ni lagi terasa dek orang salahkan watashi makan barang tak elok, so quality susu ibu pun terjejas utk anak watashi

siap marah suh bg anak susu tin pun ada.apa nihhh???bila anak watashi lambat berak kappe salahkan susu badan watashi.mana bley gituuuu...


oh..nota penting:bayi umur 3 bulan ke atas,jarak masa dia buang air besar aka berak akan makin berkurangan sebab semua zat tu utk membina tisu tisu,sel sel,organ dalaman dan pembinaan tulang!ini watashi confirm sendiri dengan pakar bayi hospital sungai buloh.tension teramat orang asyik nak suh bg arissa makan ubat utk kasi lawas berak!


okbai.Assalamualaikum

(emo emo pun sempat gak bagi salam akakak)

Thursday, December 22, 2011

Counting A Days of New Year Y'all!!!





Ok mari kita wish!


mari kita wish!!



wishlist watashi??




  • nak stock perfume gucci-flora selama setahun-dah ceraikan lancome hypnose dek alahan pada bau ms pregnantkan arissa.


  • nak ada rumah sendiri berhalaman utk bercucuk tanam dengan arissa dan adik adiknya nnt.wahh maju ke depan ko jah!)

  • nak oven (bukan Owen ya)


  • nak itu


  • nak ini


  • nak
    nak nak nak nak...

ok..itu kata nafsu,
kalau kata hati and niat watashi?




watahsi just nak jadi orang pertama sambut suami dan anak anak di pintu syurga nanti
so,kena lebih jadi lebih baik ya watashi!



chaiyok!

Wednesday, December 21, 2011

Memasak Cara Bijak/jimatkan masa bagi wanita yang bekerja

ha..amik ko..
tajuk dah mcam sari berita penting
wakakaka..

this time watashi just nak share camne watashi boleh manage/jimatkan masa utk memasak bagi bento/lunch box kitaorang hari hari.

sebagai isteri yang mithali(uwekkksss) atau lebih dikenali kedekut watashi cukup panas hati bila makan kat luar sorang mkn sepuloh ringgit campo air,
hape la sgt lauknya,setakat ayam goreng, nasi puteh and satu sayur.

tapi nak buat camno kan.dah tak ada pilihan itulah kedai mkn yang halal ada pun area office baru watashi
takkan hadap bak kut teh buleh,sanggup nak telan air tanah bergelen gelen?akai ada?ahaks!

so kalau ada wife,bujang hensem .anak dara cun rajin pujaan hati mak mertua yg nak memasak utk bekalan mkn di pejabat during lunch time dengan cara yang menjimatkan masa,boleh la tiru cara watashi.
::menu lunch watashi 21 Dec 2011(sayur brokoli with mushroom,telur goreng with sambal ikan tongkol)::

  1. make sure bila korang balik office tu,kuarkan semua bahan yang nak masak lunch esok.especially yg korang letak beku tahan gaban tu ha..

  2. nak potong sayur siap bawang sesiap kappe.SILAKAN..belasah je

  3. pas wat apa yg patut ke bilik air ke hape hape la..korang start la masak malam tu.

  4. make sure korang masak makanan yang berkuah je la .mana yang sayur or mkanan yang tak sesuai nak simpan semalaman tu takyahla nak beramal jariah nak membasikan secara jemaah ye.

  5. awal pagi,baru la masak nasik,panaskan lauk semalam.and goreng ikan ke ayam ke.telur ke.

  6. bagi yg mkn sayur macam watashi(wat muka berlagak skit) sungguh tak sesuwei nak masak memalam kan? so bagi menjimatkan masa,korang steam jekkk
  • -amboihh byknya masa nak steam hana?
  • jom kita wat cara orang malas tapi bijak kunun.
  • setkan dalam hotak nak makan hape..
  • potong bahan bahan..
  • masukkan dalam mangkuk kaca kecik,
  • masukkan garam or perasa sesuka hati korang.
  • tutup dgn aluminium foil,
  • masukkan dalam tingkat atas rice cooker semasa korang nak tanak nasik tu
  • -cucuk pakai garfu sebelum start kukus.

faham tak?tak faham,??
camni haaaa..!!

:jgn tebuk lubang gini banyak ye..masa ni watahsi tgh emo.wahhaa::

nak kukus gini je cara org kebanyakkan mcm watashi

nak beli pengukus lain macam la dapur watashi besar sgt.ahahaha

2 in 1 gituuu,sambil masak nasik masak lauk..kelasss ko Jah!,jimatkan poket suami beli pengukus baru,jimatkan masa dan tenagaa..

BIJAKKK BIJAKKK!!

Monday, December 12, 2011

Cinta Audit

Byk orang cakap cinta perlukan pengorbanan bukan?
Ini tanda cinta watashi bila menjelang audit

Rambut abes berkelemumur bila stress!
Nengok keadaan macam ni watashi lagi stress!

Yg idok tahannya
Guna la syampu maha mega anti kelemumur pun tadenya dia nak berhijrah kappe
Hadoiiii

Nmpak gayanya tggu abes audit je la baru boleh jadi model syampu depan king
Akakkakaka

Wednesday, December 7, 2011

Tuesday, December 6, 2011

geng botak mengganas!

ni namanya geng botak!
otai yang oakai sarung tangan merah tu
namanya arissa
aahahaha

gambar ni sentiasa buat watashi gelak besar

Monday, December 5, 2011

Happy 1st Anniversary to me & King



999 years to go~


WATASHI SPEECHLESS ACTUALLY


macam byk nak cakap


tapi hilang dek ombak rindu


pigidahhh


novel pun tak baca.


miahahahha



sentiasa bersyukur dan bersabar kunci kebahagiaan bukan?


atau ada yg lain ?ahaks

Wednesday, November 30, 2011

Saya memang ibu yang tak sporting




Watashi mengaku la watashi memang bukannya pembersih tahap dewa and sporting sgt

Watashi panas bontot and telinga bila ada kawan kawan or sedara watashi

1.Tgh hembus rokok kt depan sambil capai nak dukung arissa dari tangan binidia..


2. Angkat arissa tinggi tinggi lelama(sakit la ketiak anak aku bingai oiii) sambil cakap...


"KO MENANGISG AKU TUMBUK MUKA NANTI!!" "HAA...TAKMO KENA TUMBUK JGN NANGIS DENGAN AKU!" cakap kuat kuat sambil merenung arissa..


tu kelakar ke korang?bergurau ke?watashi rasa mcm dah sakit mental je.suka hati ko nak tumbuk anak aku...aku lututkan anu ko nanti..


3. disebabkan arissa dah mula tak selesa dengan dia,arissa mula merengek mcam minta lepaskan..then mamat ni pass arissa kt watashi balik and cakap "AMIK BALIK LA, MENGADA NGADA BUDAK NI!!"

persoalannya, dah tau anak watashi mengada,apa motif ko yg 'bergurau' nak tumbuk anak watashi and beria sangat nak dukung anak watashi?sialan lho!




masa dia bg arissa kat watahsi

watashi sempat sound la "ANAK SAYA TAK BIASA ORG CAKAP KASAR AND SAYA TAK AJAR ANAK SAYA CAKAP MCM TU!"


mamat tu jeling je kt watahsi.



mamposss laaaa..suka hati ko je nak cakap bhs kesat kt anak watashi..

telinga and mulut arissa watahsi sentiasa basahi dengan zikir memuji Allah,


KO SAPE NAK JELING WATAHSI MACAMTU ?sentap sgt ke watashi cakap camtu...ko tak pikir kaki watashi dah nak melayang je kat muka dia biarpun sopan berbaju kurung.


Ajar dulu anak ko beradab dgn orang.come on la...arissa baru 2bulan, yg anak ko bijak sgt main kilas kilas tgn arissa pahal?sib baik watashi ni bukan jenis kalo marah kt bapak tak effect anak.


pas kena tegur dengan watashi,mmg dia asyik menjeling je kalau watashi lalu-pangai macam pompuan!


lantakla..tak rugila tak ada sedara macam ko!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, November 24, 2011

AidilAdha 2011

Alhamdulilah
Aidiladha kali ni watashi dapat beraya bertiga

Aidilfitri lepas memboyot bukan main
Itupun jgn
Pegi the curve layan muvie wa cakap lu ms raya pertama
ahahahha first time beraya di perantauan
Giler syahdu weyhhhh

Byk bezanya bila beraya bertiga ni especially ada anak kecik
Kena siapkan dia dulu
Kalo watashi siap dulu kang ada la kena pancutan or percikan maut ms mandi or tukar diapers
Ahahhaahaha

Apapun watashi sgtlah bersyukur dapat peluang mcmni
Yelah beraya dengan org org watashi sayang
Harap harap boleh mcmni smpai watashi mati
And maybe masa tu anak dah ramai kut

Miaahhahaahha
Anak rmai la best

Wednesday, November 23, 2011

My fav little work at tesco manjalara

Sejak arissa dah besar skit ni
Biar hujung bulan sekali seminggu ada je alasan nak kuar ms weekend
Mcmla keja masa weekday tu teruk sgt kan muahahahaha

As usual tempat yg watashi selalu beli barang dapur di tesco manjalara kepong
Selain dekat <strike> and tak payah bayar tol </strike> kt situ jugak byk kedai kedai yg best best ma.tade sesak terlampau bgai.

The best thing is dia ppunya food court so called little wok tu memang terbayek la weyh

Watashi kt situ xpernah amik lain kecuali kantonis kiew tiew

King plak pegi kt kedai lain. amik daging black pepper lagi.begitu obsess ye dgn daging msk lada hitam ni

And usually bila dh ada anak ni
Tadenya boleh mkn bersama sama kecuali arissa tidur la.
Selalunya king yg mkn dulu sebab watashi mkn still bajet pengantin baru

Kalo kt rumah sonang.king pegang arissa watashi makan sindri sambil suap king mkn
Kt luar ai malu la.ahahaha

Friday, November 18, 2011

Berbijaklah semasa mkn jamu lepas bersalin

Jgn jadi mcm watashi ok
Mkn jamu effect smpai anak
Terlalu panas huhuhu

Thursday, November 17, 2011

Pada hari yang watashi rasakan seluruh nyawa watashi pergi

Bila arissa kena admitted hospital okkk

Lepas bersalin kan ada lawatan susulan nurse ke rumah kan

Bley plak nurse yg dtg tu selsema teruk
Siap pegang arissa bersin bersin lagi

Bukan saja arissa,pak mertua watashi pun demam

Paling tinggi watashi ingat almost 38 ok
Pagi esk terus ke wad kecemasan
Dgn berkain batik bgai redah je la

Lepas periksa mmg sah kena admit walaupun suhu dah turun.hospital just nak buat rawatan susulan

Before admit dorang masukkan tiub utk mskkan ubatkan
Ms tu watashi nangis ok!
Sbb ternampak darah arissa atas katil and nurse yg nak msukkan tiub tu bak kata king mcm nak patah tgn arissa dikerjakan

Pas sehari masuk mmg ariissa dh getting better cuma kena completekan antibiotik dia
Hari kedua ada satu doc ckp arissa kena masuk balang plak sebab kununnya nmpak kuning skit

Watashi rasa mcm okla janji pd diri indri xmo nangis
Tak Kpop la nangis kan

TAAAAPIIII meleset sama sekali okkkkkk
Bila arissa start menangis je dlm balang and meronta ronta watashi dapat rasakan yg dia nak kuar dr baalang tu

Nak plak masa korang amik anak korang bwh lampu semua kulit kering and mengelupas

Nurse plak bg masa kurang dari sejam utk susukan anak
Yg arissa plak pas disusukan dia dah start nangis sebab dia tahu pas minum susu kena masuk balang blk
Wat muka sedey tu yg wat jiwa meruntun gilos tu
Over okeyh watashi ni
Taknak sedeh sensorang
Nak gak heret king sedih skali
Ngadu nangis nangis ok!
Ahaahha

Alhamdulilah arissa taklah terus sgt demam and kuningnya
Watyashi plak stock pujuk doctor minta jgn mskkan arissa dlm balang lg sbb kuning dia rendah sgt

So note penting or tips utk ibu muda
#kalau berat baby lahir kurang 3kg mmg senang kena jaundice
#kalau ada jaundice,sejam sekali susukan baby korang.biar dia berak or kencing byk
#memang korang rasa koraang tade susu and tatau mcmana nk susu memula.percayalah watashi dulu almost seminggu lebih baru tahu.pendek kata kena biar baby nyonyot dulu.alasan tade susu jgn biarkan berlegar dlm kepala.effect susu korang wa cakap lu
#tukar lampin 10kali sehaari adalah normal.ahahhha so sila standby pampers sekarang ya.jgn beli yg mahal.asalkan size newborn udaahh
#kt hospital standby myl yuu yee.sapu memalam kt perut belakang badan,betis and tapak kaki baby.watashi dh ada experience okkk anak kembong
#bersedialah utk tidak tidor mlm 2 atau 3 hari berturut turut.

Wednesday, November 16, 2011

Bagaimana kami membawa pulang Arissa

Dah nak masuk dua bulan baru nak update psl pengalaman bersalin
Boleh? Ahahahhaha
Ni boleh jadi panduan la fakis and aima yg bakal lahirkan baby nnt.

Ok..ceritanya begini deng deng deng

6Sept 2011
Balik keja je watashi dah rasa ada lelehan air keluar.
Tapi just keluar setitik gitu je smpai ke lutut
Dlm sejam watashi terasa ada tiga kali lelehan la
Watashi bgtau king dia dh beria ria nk antar spital
Nehiiiiiiii,taakkoot wohhh .dorang men seluk seluk.ngilu satu hari wOoo

Smpai mlm tu waatashi dh mula gelisah
Perut xselesa and tak dpt. tido
Asyik ke toilet sbb kunun nk terkucil
Sampailah jam 3.30am watashi kejutkan jugak king-sebab ms waatashi guling guling sakit king bleh xsedar wlupun waatashi kejutkan.boleh?

King bgn and kami ke hospital selayang yg kununnya pilihan watashi tu
Smpai sana doctor seluk and bgtau baru bukak 1cm lebih n boleh blk padahal conntraction watashi dh start ala sejam sekali
Tapi tadenyaaa dia ckp kasi air turun dubushhh byk or pad tu penuh darah bru dtg spital

Pegilaaahhh balik kitaorang ni
Dlm kereta ms tu around 6am dh
Otw balik dr selayang ke bndr sri dmnsara
Watashi mkin terasa skt

Smpai umah pnjt plak tgga tingkt 4
Tuhan saja yg tahuu bebbbb
Smpai umah watashi nangis nangis dlm bilik sbb sakit perut
Siap minta tolong xtahan tu
Ahahaha

King suh pegi hosdpital watashi msih berkeras xnak.ahahha .alasan takut kena seluk.ahhaha
Pas king kol org sana sini pujuk watashi pegi spital and bgtau ni sakit nak beranak ok bru watashi nak pegi.akkka

Lepas ada experience teruk di hospital selayang. Tros ckp kt king nak pegi hospital sg buloh.otw ke hospital jgn cakap la kaaaannnn.watashi tahan sakit smbil berzikir
Dah xbising mcm memula sbb tau nak bersalin so berzikir je la.ahahahhhha.tp airmata maintain bertakung
Giler saiko watashi ni

Smpai kt kecemasan watashi masuk dulu kt waiting room¤
Nurse seluk bgtau dh bukak 6cm
Perghhh.terbaekk laaa.terbaekla sakitnya nak bukak 6ccm tu.
Masa tunggu kt waiting room
Scary okeyhhh ada yg nangiss ada yg aayooo maaa ayo paaa.ada tersedu sedu.rasanya watashi yg paling diam.mulut trkumat kamit berzikir.bantal atas kepala ni dh lunyai watashi genggam.ahhaha

Apa surah yg terlintas dlm kepala baca je.doa tidor pun baca.yg penting watashi mengucap dulu.ahahahha. 2-3hari sebelum bersalin watashi dh minta maaf kt king and minta dia halalkan mkn minum watashi.ahahhaha giler syahdu watashi ni

Xlama lepas tu rasa basah lencun dh kain batik watashi.tggu nurse lalu and bgtau watashi rs panas je.dia seluk je dah bukak 10cm! Watashi siap kna marah sebab apa x bgtau.
Kelam kabut dorang tolak watashi ke labor room
Watashi cm blurr skit
Betul ke dh nak berssalin ni?
Masuk labor roomm je nurse suh push
Watashi bley plak buat lawak
"King mana king?saya nak king!"

Nurse blurr "sape king"

"Suami saya.saya nak dia ada"

"Ohh bgtau la nak suami awk ada bukannya sebut nama.ahahhaha"

Pegi la plak dorang cr king.
Nmpak je muka king terus rasa lega almost sejam,akhirnya 11.50 am kedengaranlah tangisan Dhiya Nur Arissa

Perghhh masawatashi dah tau cmne nak push and arissa keluar tu
Memang trrasa koyak kt bawah okkkkk

Ayat pertama yg watashi dengar dr mulut king "SEPETNYAAA..."
Eleh buat terkejut plak.padahal dr susur galur king gak
Ahhahah..

And betul cakap capa masa dorang letak baby kt dada korang,terasa betapa bestnya korang smpai korang dah tak terasa hape yg dorang buat kt bwh tu.tapiiiiiii nasib watashi ni lucky skit la
Yg nak jahit tu student practical
Watashi rs dia ok maybe dia tension sebab ada staff nurse yg duk condemn dia memaacam
Hampir dua jammmm okkk.tah mcmana tah lapisan yg kedua tu katanya silap skit so kenaa bukak and jait balikkk
Ouchhh *smbil kepit kaki

Apapun syukur alhamdulilah semua selamat biarpun byk cobaan semua tu actually sweet ok.
Sakit nak bersalin memAng sakit.tapi watashi x serik nak anak lg okeyhh

Thursday, October 20, 2011

Sakitnyaaa

Gigi....

Hati....

Nangis tak henti henti

Ahahaha
Pantun watashi
Best x
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 11, 2011

Thank you and semoga murah rezeki korang

Ini adalah sebahagian daripada hadiah yg watashi dapat dari kawan kawan adik beradik utk Arissa

Byk lg sebenarnya
Tapi xsempat nak snap
Ahahahah
Dasar ko watashi!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 1, 2011

Arissa The King and Queen lil princess

Ini adalah very random picture anak watashi and king dari hari mula dilahirkan pada 7 sept 2011 hingga 30sept 2011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 30, 2011

Stressed!

Semuanya salah watashi
Perkara yang paling menyakitkan adalah apabila kita terpaksa berpura pura nothing happend la sgt padahal hati kita parah disiat siat tahu...

Ini adalah general notes bagi ibu yg masih berpantang yg kesedihan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 15, 2011

Ada yg peduli tak?

Emosi ibu yg baru lepas lahirkan anak?
Stressed!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 31, 2011

Ada sesiapa rindukan Una or Husna anak buah watashi?

Ini adalah gmbar terbaru una ms raya di kedah
Mak Una mms pd watashi
Mungkin boleh baca kerinduan yg kejauhan ni

Ohhh budak lelaki tu
Adik husna
Nama danish
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ada sesiapa rindukan Una or Husna anak buah watashi?

Ini adalah gmbar terbaru una ms raya di kedah
Mak Una mms pd watashi
Mungkin boleh baca kerinduan yg kejauhan ni

Ohhh budak lelaki tu
Adik husna
Nama danish
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri...


untuk keluarga,kawan kawan bloggers,silent readers (macam la ada kan!aaahhaha)

dan semua yg mengenali watashi and king

Tahun ni kemungkinan besar watahsi tak balik kampung sebab tgh sarat mengandung

(wuwuwuwu)

preparation sumpah watashi cakap tade.

debaran sambut baby lebih mengatasi segala galanya

*walaupun syahdu gak dengar lagu and iklan raya-cess..kata jiwa rock!

baju raya pun main pakai balik je yg ada,kuih raya tade, and doakan watahsi boleh memasak la skit skit nak pujuk hati sang suami ya!


maaf zahir dan batin

ikhlas dari watashi, king and the princess


sayang korang semua

awwww....!



Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer