Showing posts with label greetings. Show all posts
Showing posts with label greetings. Show all posts

Wednesday, December 4, 2013

Happy 3rd Year Anniversary

3rd anniversary cupcake safely delivered to king office

credit to coklat manis2 u -kak ifa
as usual mmg watashi takleh katakan tidak utk mengappreciate pasangan sendiri.akakaka
kunun takmocelebrate bagai kan.
sekali amik ko..watashi dah plan awal sebelum tu..mmg surprise diri sendiri dibuatnya..
tq kak ifa..hasil keja sentiasa memuaskan hati
siap datapat free tiramisu.sebab watashi regular customer kut

Anyway, happy 3rd anniversary huby!!
terima kasih utk sepanjang 3 tahun
ada suka ada duka.kalo kita gado tu biasala kan
kalo tak gado tak paham each other plak kan
akakakaak..

yes, u're still the one
sayang bangat sama kamu
satu bulu pun pompuan yg taklayak boleh sentuh kamu
kakakaka
------------------------------------------------------------------------

utk cupcake ni harganya rm40 (free postage utk kawasan yg dekat) and mana mana special occasion mmg watashi akan tempah dgn kak ifa sebab orangnya sangat mesra,peramah, kelakar and humble

so kalo ada sesapa berminat boleh tgk kt sini ekk
http://www.coklatmanis2u.com.my/
http://www.facebook.com/pages/Coklatmanis2u/312184725471137
017-356 8028 - kak ifa


Tuesday, September 10, 2013

Happy 2 years Birthday Arissa~~






 Ibu, Daddy, Adik adra sayang kamu

#baguih dak??lama tak update tepek gambo je,
mauakakakak


Tuesday, December 4, 2012

2 Tahun sudah

Sebenarnya anniversary watashi semalam
3 dec 2010
tp semalam 1 hari blog takleh bukak!
mencikk i tau

apapun, happy anniversary mucuk
mari membesar sampai tua bersama

"Let's Grow Old Together"
ngeh ngeh ngeh

Tuesday, September 25, 2012

Happy Birthday To me!!

25 September!! saya gadis Libra (gadis??pitam)

  • Alhamdulilah,Syukur pada Allah SWT telah berikan satu lagi tahun untuk bernafas dimuka buku bumi ini.
  • Tahun ni adalah tahun yg terindah sebab watashi celebrate bukan dalam keadaan berpantamg.weeehooo!!!
  • tahun ini juga terindah sebab watashi dapat melihat sendiri perkembangan Arissa yang makin hari makin byk keletah yg makin mencuit hati
  • Tahun ini tahun terindah kerana banyak juga perubahan pada King yg semakin hari semakin penyayang,banyak membantu dan semakin jelas kelihatan sifat bertanggung jawab beliau sebagai seorang anak,suami dan daddy.

  • terima kasih Allah diatas anugerah King yg hensem dan Dhiya Nur Arissa yg comel
  • terima Kasih Allah utk segala kenikmatan dan kemudahan yg telah kami perolehi
  • Terima Kasih Allah untuk segala yg terindah sepanjang watashi bernafas di dunia ini

Hadiah Arijadi??
muahahah..permintaan watahsi sangat la makcik ok
tp ok laaaaa khansss untuk kebaikkan bersama juga kan.
ahaksss 

Friday, January 20, 2012

HAri ini..


watashi, King and Arissa
akan balik kampung!wohoooo!!
doakan perjalanan pergi dan pulang kami selamat ye korang

happy holiday semua!.
jgn makan limau byk sgt
cirit teruk and sakit tekak jgn cakap la!

Gong XI Fa Chai!
ang pau lai lai!

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri...


untuk keluarga,kawan kawan bloggers,silent readers (macam la ada kan!aaahhaha)

dan semua yg mengenali watashi and king

Tahun ni kemungkinan besar watahsi tak balik kampung sebab tgh sarat mengandung

(wuwuwuwu)

preparation sumpah watashi cakap tade.

debaran sambut baby lebih mengatasi segala galanya

*walaupun syahdu gak dengar lagu and iklan raya-cess..kata jiwa rock!

baju raya pun main pakai balik je yg ada,kuih raya tade, and doakan watahsi boleh memasak la skit skit nak pujuk hati sang suami ya!


maaf zahir dan batin

ikhlas dari watashi, king and the princess


sayang korang semua

awwww....!



Friday, December 24, 2010

Bloggers,Sedara,Kawan Baik dan Yg Watashi Sayang

Juling-juling..juling mata watashi browse gambo ok.
byk dan berat..so ini yang terpilih seperti biasa.



1. Blogger

Cik Lindoshhhhhh..tima kasih sayang.kamu datang walaupun watahsi memula macam blurrr sape yg datang nih peluk cium watashi..sib baik pompuan..kalo laki...mati kena menjawab dgn king.pstt...nape king amik gambo cam sedih je..letih ke???ekekekeekek



Saper nak tengok ayaq masakkk???ahahahahha...ni la adik watashi yang durhaka..tak panggil watashi akak.ko muda lg ayaq.pggl watashi akak cepattttt..ahahahhaha..tapi minah ni mmg cara menulis ganas giler padahal..ceaaaaaa..ayu gakkk..kebaya ko...giler cun.tapi sape nk ngorat sila menjawab dgn body guard dia dulu la kan.ahaksss

2. SANAK SAUDARA

mak sedara and sepupu sebelah ayahmak ndak yang awet muda

sepupu di sebelah arwah mak.muka kami nk sama tak?ekekekesepupu and anak buah watahsi yg sulung pakai tudung Grey;aaliyah

3. Kawan-kawan

Lissa yang pakai tudung biru,selaku wakil insurans yang watashi sememangnya suka, and senang sgt dengan dia.ekekeke..pretty lady!::hasrul atau BOTAK.kawan sekelas watashi jugak.rapat dgn king and rapat jugak dgn watashi.dia tak sebelahkan sesape.cuma rapat dgn watashi and king dulu.anak lelaki mmg photostat muka dia ok.::


4.Kawan OFC

ahahahaha..nmpak sgt tak kasi org ngorat King kan?ahahahaha.ada byk cerita sebalik nih..nak citer kt sini mmg tak sesuai ok!ahahahaha

5.ORG YG WATASHI SYG SGT aufa hilma of course.."ateh cantik..aufa nak cantik mcm ateh"
perli kappe anak buah watashi ni..huhuhu

::papa,mama watashi and Cik Jam (BFF mama).kalo king tua nnt mcm mama dia..setuju?ekekekeke::

last but not least..AYAHANDA watashi

HJ Zakaria Ishak yang hensem*jgn kenyit mata kt ayah watashi.haipppp!!!

seikhlasnya watashi sememangnya berterima kasih pada ayah sebab yakin pada pilihan watashi kali ni untuk memilih King pada kali ni.watashi tahu betapa risaunya ayah watahsi selepas tgk watashi jatuh dua kali.terima kasih ayah.hanya Allah saja dapat balas semua pengorbanan dan kasih sayang ayah. dan watashi harap sgt,dah kawen pun..kasih sayang dan hormat watashi pada ayah umi dan parents King semakin kuat smpai hujung nyawa.

pada king takleh nafikan lagi la kan.watashi nk cuba terbaikkk la nih..maklumlah..pasnih watashi atas tanggungjawab king kan...jgn terkejut la kalo tetiba dlm blog watahsi tetiba byk gmbar hilang ok..kui kui kui kui..

as your wish my king *wink wink

Monday, September 20, 2010

Conteng-conteng Aidilfitri 2010-1,2,3


Raya Pertama
  • Menu Wajib,nasi impit kuah kacang dgn rendang daging.owh..kari ayam pd lebaran.ketupat jugak tak dilupakan ye kanak2.
  • aktiviti-beraya dgn adik beradik ayah umi dulu,adie lewat sebab tgh mandi ayah dh pegi masjid.wakakakaka..fadan muka.

  • sempat berjuang sekejap jek..pas balik solat aidilfitri,king dtg rumah awal okeh!beraya dgn ayah umi and bawak watashi ke rumah dia plak..

  • hampir petang baru watashi smpai umah balik.tu pun ayah watashi col sbb ada sedara daripada kelantan datang.

  • then ke rumah sedara yg sebelahan rumah.smpai ke malam.

  • perkara yg besh pada raya pertama? ...dapat det raya dari abang and dapat beraya dengan King and family.miahahahah

sumpah watahsi cair masa nih.*sila jgn pakai baju melayu kerap sgt dan senyum cani.watashi takde peluang cuci mata pndang lelaki lain.ahahahah*gurauu gurauu!!

Raya Ke dua
  • kunun siap awal giler nak ke beraya rumah umi and kampung arwah mak.tp harapannnnnn...dan adi baru nk beraya dgn adik badik yg lain.cessss...

  • kt rumah bik yah.sepupu2 watashi lg besar dr watashi.takot ok ..cptnyaaa masa berlalu

  • then ke rumah bik ning,rumah umi then rumah king lg sekali dgn satu family watahsi dgn rumah tunnang adi

  • kt rumah king mama masak lontong,ketupat bagai.disebabkan adik beradik king semua hero,jawabnya mmg watahsi kena terpa dulu la ke dapur.dan satu insiden yg tak pernah watashi nampak depan mata watashi adalah... king angkat pinggan mangkuk ..kemas2..weeeeeeeee......fuhhh heharap smpai tua pun caniii...adinda kan penat memasak..kanda la kemaskan..wahahahahha....tamparrrrr ..tamparrrr muka sendiri dulu.

"kanda,janji tolong dinda smpai kerepot yeeee..."

Raya Ke-Tiga

  • king datang beraya ke rumah and menunya adalah kantonis kiew tiew eh koew tiew..
  • pic dlm kamera king,then the only pic yg watahsi dapat adalah bersama anak buah king,Ilman.tu pun muka ilman cam takot je kt mak ngah dia.huhuhu...


owh...watahsi baru tau ekk..rerupanya, org dulu2 suka simpan duit dlm belanga, dalam teko..bawah tikar ekkk...and makjang watasni still wat camtu dulu k...teko dlm rumah simpan duit beribu wowwwww ($_$)

Wednesday, September 8, 2010

Perutusan Khas daripada Watashi-ekekke..

anggap je ni kad raya ok.ahahahah

ok..pada kesempatan ini watashi nak ucapkan selamat hari raya pada korrrraaangggg semuaaaaaaaaaa....maaf zahir dan batin especialy utk;
  • kawan-kawan/musuh2 kt tadika perpaduan KHW
  • kawan-kawan/musuh2 kt sek ren kebangsaan SP
  • kawan-kawan/musuh2 kr SMMKKJ sp
  • kawan-kawan/musuh2 Uitm S.A (dip+deg)
  • kawan-kawan/musuh2 kt library MPSAH (praktikal)
  • kawan-kawan/musuh2 kt tempat keja skang.ahahahaha
  • kawan-kawan/musuh2 kt org kampung setaman rumah sewa obasan
  • kt kwn bloggers ,FB (watashi tak nak org tau watashi ada blog kt FB.kalo tak kaco bilau)
  • kt parents watashi, adik bradik (ehhh..ni balik raya nnt)

  • untuk Sue,seikhlasnya watashi nak minta maaf zahir dan batin.watashi tau kita tak pernah rapat and ada satu dua perkara yg buat kita bermasam muka and hating each other selama ni kan? ;) to be honest watashi nak sgt PM sue dlm fb. tapi watashi tanak ada yg salah faham. watashi tau tak mungkin Sue dapat baca semua ni dlm blog watashi tapi watashi tetap nak cakap jgk kt sini..anyway,congrats for ur new babyborn.she such a cute lil' angel. for I, I tau u mungkin baca my blog,so please, kalau dapat u sampaikan apa yg i cakapkan nih.maaf zahir batin jgk

  • untuk my king D.R.S.T (ni pingat and darjah kebesaran) minta maaf zahir batin utk sepanjang kita kenal nih.daripada cinta munyet, jadi musuh ala-ala serbia dgn bosnia,then jadi bestfriend sampai tahap "ko putus tunang aku pun turut nanges sedih w.pun tgh baling bola boling" hingga dari bermulanya kita cuba memberi peluang pada diri masing-masing utk bersama,dan hari ni watashi bergelar tunangan king.waatshi sgt tak sempurna tapi watashi yakin ketidaksempurnaan kita tu akan melengkapkan kita kan?miahahahha..sila berasa beruntung kerna kamu berjaya memiliki watashi king.ok..ok...gurauu....minta maaf hubby.dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki.ekekekkee...

**ehehehe..last year watashi tak beraya pape pun dgn king.setahun dia igt ok!ahahahahaha

ok lah korang,berhati2 di jalanan,jaga diri bebaik ekkk...

sayang semuaaaaaaa..!!

Tuesday, August 10, 2010

Tade maknanya


Sila buktikan kegagahan kamu di Bulan Ramadhan ini wahai lelaki...
*heharap tahun ni tak jd lagi la kan.jd contoh utk anak2 la ye

Dan yg perempuan, sila puasa kalau boleh puasa, jgn anggap org nampak ko macam anak cina and ko boleh selamba dek je beli makan kt luar waktu lunch time ye..

kalau org yg tertengok tu tak tahu or saja-saja wat taktahu,TUHAN TAHU ok...!

ok..entry emo dari super nia hana.

Salam Ramadhan
*watashi macam nak minta maaf pada seseorang.

Sunday, June 27, 2010

Pukul La tabuh2x Pukul Rebana, KAlau dah jodoh takkan kemana

::pic dicurik tanpa kebenaran oleh pengantin baru,diorang abes honeymoon br watashi nk bgtau.kikiki::
tahniah pada Adeck@ min@ apek@ yg selamat dah menjadi kekasih hati merangkap tunangnya Latipah
sorry watashi tak dapat attend sbb komitmen lain.
huhuhuhuh..
ada bl0gger yg pegi kenduri dia tak?akak masy pun tak dapat pegi kan?
nak tgk pic weyhhh..uhuhhuuh
apapun adeck, watashi doakan ko dgn teep akan bahagia selalu dengan anak yg ramai hingga ke anak cucu k..

Sunday, May 16, 2010

Asslamualaikum Cikgu!!

ahahaha
teringat plak kt cikgu2 yg pernah mengajar watashi dolu2.

japp...nk recall balik sape cikgu2 terhebat sepanjang hayat watashi nih..

1. cikgu Ahmad
- Cikgu BM yg berjaya wat watashi menangis sbb bagi kerja rumah 10mukasurat(bukan pada hari cuti ok!)..dan yg paling kelakar..watashi wat homework tu nangis2 siap marah dalam hati "tengak arr cikgu ahmad..kalo hana jadi cikgu nnt,semua anak cikgu hana bagi kerja sekolah 20muka surat hari2."
ahahaha..yeah..sbb tu watashi tak jadi cikgu rasanya.pendendam ko...

2. Teacher Dora
-Cikgu English watashi yg super over...sebut OWL sampai teleng2 kepala..kalo korang sebut "OWL " kepala tak teleng..selagi tu sebutan korang akan salah.ahahaha

3. Cikgu Hanum
-jhohohohoho..cikgu ni kecik je!tapi ganas ko.. dia pernah hantuk kepa student kt papan hijau masa tuh..plak tuh maki hamun diaa....perghh!!! pernah la watashi pegi tanya ngan arwah mak watahsi menda hape yg cikgu marah tuh...hampir terkena je alu lesung batu yg penuh sambal belacan kt mulut watashi.cikgu hanum gak jurulatih bola jaring watashi.sebabkan dia TERLALU GARANG.kami jadi terlalu takut and target TAK BOLEH KALAH sampai ke peringkat daerah.ahahahaha

4. Cikgu Fatimah
cikgu Gimanstik watashi.masa tu umur dia lewat 30-an tapi body masih nyummmm...ahahaha..leh tau la kan nape watashi igt dia?

5.Cikgu Mus
ahahaha..cikgu yg suka@ sayang watahsi masa watashi darjah 5.buleh?siap hantar surat kt watashi.bagi duit pocket.. cikgu praktikal..biasala kan...

Masa sekolah menengah plak?

6. cikgu Lim
Cikgu st john ambulans malaysia yg kelakar.leh terima tak cikgu displin tapi kelakar?ahahahah

7. cikgu Rasilah
Garang ko cikgu math nih!

8. Cikgu PG Lee
ahahaha..cikgu ni comel je..yg penting dia sayang watashi!mamamamamama
9.Cikgu Prasad
ahahahaha...King ngan watashi setuju cikgu ni cam cookies monster..sebab..bulu-bulu..ahahahaha

10.Cikgu Endut
eheheheeh..tima kacih cikgu siap tulis tgn lagi pujian2 kt sijil benti sekolah saya..sesusah jek..tp nape pengawas lain tade ekk..tak pasal2 saya kena gossip memacam..ahahahhaha

11. Cikgu Nur
Cikgu tadika yg menjadi idola pelajar-pelajar. 5kali dia ulang ajar ,kalo student dia tak faham gak..dia akan pegi store..DIA MENANGIS..yeah!! itu adalah ADIK watashi HITOMI>ahahahahahaha


SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA
-wah..wah..skemaaaa giler!

istimewa utk
CIKGU SHA Cherryna


pic ms watashi sekolah
Ting 3 atas sekali..
Ting 4 and Ting 5
anak panah biru tu King..Yg Pink tu Watashi

Thursday, April 29, 2010

"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un - To God we belong and to Him is our return."


Salam Takziah kepada anak buah King,
Yg baru kehilangan ayahanda tercinta
sakit jantung...

Tuesday, January 12, 2010

MAsih kah Ady ingat..?


-masa kecik kita sesama tggu mamak teng teng di bawah pokok jambu?

-seawal jam 6.30am kita pegi mengaji membelah kesejukkan pagi sambil menikmati langsuir terbang di tiang letrik?


-ady terpaksa berdikari seawal umur 9tahun kerana semua org sekolah pagi dan arwah mak pegi berniaga??

-ady jatuh tangga dan tak pasal2 dapat parut dah mcm squall mcm citer final fantasy?

- tak kisah la camner ady tinggi menggalah pun,ady dah nak kawen, ady dah makin matang dari hari ke hari..pada kak Na ady tetap adik kak Na yg nakal dan PERFECTIONIST!!

HAPPY BIRTHDAY ADY

12 JANUARY

k.na sayang ady

Thursday, December 31, 2009

Maaf..


watashi adalah manusia yg biasa

watashi ada banyak kelemahan

jadi watashi tak mampu untuk memuaskan hati semua pihak


watashi tak suka nak tonjolkan apa kelebihan watashi
watashi juga tak pernah nak sembunyikan kelemahan watashi

sebab watashi tahu,setiap kelebihan dan kelemahan watashi adalah untuk mengimbangi
hidup watashi yang serba sederhana

watashi bukannya nak layanan istimewa
memadai jika kamu boleh mejaga ayat-ayat kamu
supayat tidak TERLALU menyakiti hati watashi

-waatshi benci bila terasa dipergunakan.faham..?


oh..selamat tahun baru korang
jgn putus asa memana azam korang yang 2009 tak tercapai
Allah tak suka orang yg putus asa
:)

semalam..
jam mencecah 2am baru watashi sampai rumah.kerja ma..
hari ni..jadual waatshi?

-Ground activity(bazaar ...dot dot dot)
-shooting filem-ada remy ishak,maya karin dgn sape lg tah?
-cabutan bertuah utk pemegang tiket-hadiah utama?TV plasma.
heharap yg dapat tuh tak naik motor
-live broadcast dengan RTM sampai jam2am (agak2 waatshi nak sampai umah pukul berapa?)
-hmm kena cari sorang PA tak rasmi utk watashi neh..

-lately..
ruang untuk berkomunikasi dgn King adalah sgt limited.
harap2 lepas new year ni ada ruang utk kami untuk berbual (dlm telefon pun tape)
masing-masing bz.uhuhu..

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer