Raksaksa Comel dari langit biru yang Peramah Tapi Pemalu. -sumpah watashi tulis ni pun watashi rasa geli :P
Monday, August 11, 2014
Lafaz Taklik-suami isteri. kamu peka atau tidak?
Taklik adalah syarat-syarat yang boleh ditetapkan antara pasangan suami isteri setelah mencapai satu persetujuan. Mengikut seksyen 2 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, taklik bermaksud lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut hukum syarak dan peruntukan akta ini.
bg watashi taklik adalah bagi melindungi hak seorang isteri.
Lafaz talak taklik watashi bagi org kedah :
“Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik, jika :
(1) Saya tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan isteri saya (nama Isteri) sama ada saya meninggalkan di dengan segaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau;
(2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau:
(3) saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia (nama Isteri) dengan satu talak khuluq.”
semoga bermanfaat
Thursday, May 31, 2012
Cara Mendidik Anak Cara ISLAM~
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman
untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan
sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang
sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkara termasuklah berbuat silap.9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan
akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Thursday, March 22, 2012
Something TO Share ABout
Apa yang korang fikirkan sekarang?
Ibu bapa korang?
Anak korang?
atau suami/Isteri korang..
hargailah & sayangi selagi ada..HINGGA UJUNG WAKTU ;)
Friday, March 9, 2012
Cukup Tertekan
watashi perlukan rehat.
taknak buat kerja rumah
taknak buat kerja pejabat
taknak taknak tak nak
super down,super letih,
tolong jgn beratkan lagi beban kt bahu ni buleh
rasa ingin terus menangis
tapi hanya mampu dalam hati
*hujan~
Wednesday, February 15, 2012
Word less or more wednesday
Tapi...
Sekerap mana kita mendoakan kedua ibubapa kita?
Watashi rasa ada segelintir kita punyai format doa yg sama setiap kali lepas solat bukan?
Sejauhmana keikhlasan kita?
Akan gugurkah airmata kita setiap kali merayu pada Allah SWT agar mengasihani kedua sepertimana mereka mengasihani kita sewaktu kecil?
Sedekahkan Al Fatihah kepada kedua ibubapa kita setiap pagi walaupun mereka masih ada.
Arissa,ingat pesan ibu ya sayang..
Friday, December 23, 2011
Jangan Mensusu Formulakan Anakku
Khasiat susu ibu
- Lengkap/perfecto/Terbaik zat zat yang diperlukan oleh bayi
- Mudah hadam dan membina sistem penglihatan 5.2mata lebih tinggi daripada bayi yang tidak minum susu ibu
- melindungi bayi dari penyakit lelah,kolik,alahan pada makanan ,penyakit kulit dan hidung
- mengurangkan risiko penyakit miningtis,phenumio(tah betuk ke nurse ni type,ahahah) brokitis dan batuk
- mengurangkan risiko SAKIT JANTUNG,OBESITI,KENCING MANIS, KANSER apabila bayi meningkat dewasa-ni nurse super nia hana sengaja highlight besar besar ya!
- mengurangkan risiko kematian bayi
- mengurangkan risiko karies gigi, pertuturan,penglihatan dan menguatkan rahang
- tiada risiko percemaran.
::Nama Saya Arissa.Susu Ibu saya sedap!::Apa Faedah pada ibu plak????
- menurunkan berat badan pada masa yang singkat (testimoni dari watashi .)biarpun org pressure watashi ms tgh sarat dengan memacam gelaran,kutukan mcm gajah la,gergasila lepas bersalin nanti, to be honest,byk mana watashi naik masa pregnant 9bulan,byk tu jugak watashi turun.siap turn lagi dan lagi ha!)
- Mengurangkan risiko payudara dan ovari(rahim cepat kecut ok..masa korang BF baby,memang terasa kt rahim korang tu denyutan.ok..watashi tatau nak explain gimana.sila lahirkan baby,susukan and rasai sendiri!)
- menjarakan kelahiran bayi (perancang keluarga secara semulajadi)
- Mengeratkan kasih sayang.serius ok,ms menyusu jgn gatal mata korang nak tgk tv ke,layan fb ke..pandang muka anak korang,berbuallah dgn dia,usap kepala dia..sambil berzikir or berikan kata kata positif.mcm watashi selalu bgtau camnih "arissa anak baik, anak solehah,arissa kuat,hormat and sayang ibu and daddy" usap ubun anak anda and berselawatlah.ehh..dari mode nurse yang emo jadi ustazah plak
Oleh yang demikian ,kalau la watashi mampu nak ulang hehari menjerit sekuat hati yang susu ibu bukan penyebab :
-anak sembelit
-penyebab anak allergik
-penyebab anak debab/gemu
-perut anak masuk angin kappe..
even dalam petikan Al-Quran sekalipun pernah cakap pasal penyusuan ibu nih
"Para Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh iaitu yang ingin menyempurnakan penyusuan itu" SURAH AL BAQARAH Ayat 233
takde mention suh minum susu tin cap dumex or enfagrow kan??
OK, minta maaf utk para ibu yang berikan anak minum susu tin,watashi tade niat nak wat korang terasa kappe..cuma hati watahsi ni lagi terasa dek orang salahkan watashi makan barang tak elok, so quality susu ibu pun terjejas utk anak watashi
siap marah suh bg anak susu tin pun ada.apa nihhh???bila anak watashi lambat berak kappe salahkan susu badan watashi.mana bley gituuuu...
oh..nota penting:bayi umur 3 bulan ke atas,jarak masa dia buang air besar aka berak akan makin berkurangan sebab semua zat tu utk membina tisu tisu,sel sel,organ dalaman dan pembinaan tulang!ini watashi confirm sendiri dengan pakar bayi hospital sungai buloh.tension teramat orang asyik nak suh bg arissa makan ubat utk kasi lawas berak!
okbai.Assalamualaikum
(emo emo pun sempat gak bagi salam akakak)Wednesday, June 15, 2011
Thursday, March 31, 2011
GMP-Geng mulut Puaka
Saturday, October 23, 2010
Kecuaian yang mungkin buat King pk 2 kali nak pinjamkanwatashi kereta dia
watashi menjinjit back pack yg super berat
baru balik dari KL ke bilik sewa..
sampai je kt kawasan parking..tekan alarm.
tak berfungsi..ok fine..
relaks dulu...then watashi cuba bukak kereta secara manual*sila percaya watashi mati kutu jap camne nk bukak pintu kereta lepas alarm watashi tak berfungsi.
masuk keta..then cuba start enjin..gagal..lampu petunjuk minyak ke..hand break gagal nk menyala kt flat skrin-ceaaa..cam best sgtla la keta watashio ni.ahahaha
rasa nk nangis bagai..obasan datang tetiba
"sebelum hana balik pegi KL haritu, hana tak tutup lampu dlm kereta.sebab tu takleh start"
watashi melopong.dlm hati kutuk diri sendiri cuai!cuai..!!
atas dasar pecah perintah..paksa ady datang menyelamatkan keadaan dengan kaedah mulut kemulut ..penampar nak ?ahahahha takdelahh
guna hape tah jumper kt enjin keta tuh..then ady start enjin recharge balik la keta watashi
memula mcm emo giler watashi nih.rasa nk nangis bagai.sebab ada menda yg berlaku.king plak kalo watashi panik dia pun leh panik sekali.buleh?ahaksss..

yg adi pun satu hal..ke sana sinun dulu before selamatkan akak dia
huhuhu..apapepun semua dh selamat.timakaseeyy kepada semua hero2 di hati watashi
-ending cam siot je.ahahahah
Wednesday, September 22, 2010
Overlah Watashi!
watashi dengan penuh bersemangatnya,telah bertungkus lumus seawal jam 6.15pagi untuk menyiapkan sesuatu yang paling penting utk seseorang..setelah bertungkus lumus,inilah hasilnya bento yg tak seberapa...

- watashi kan tak suka masak nasi....???!!!dan watashi sgt benci masak nasi??kali ni..demi utk king watahsi masak nasi ok!
itupun sebab hitomi tak bgn lepas puas watashi kejutkan utk msk nasihahahhaa
- tak pernah2 bekalkan sesapa watashi lapik daun pisang okkk..over kooo hanaaaaa...terlompat2 ala san goku nak dapatkan daun pisang awal pagi.dh la pakai skirt dgn apron.rasa tak senonoh bila imagine balik.

- ha..cuba teka ni menda hape???siap taruk aluminium foil ko nyahhh..wahahahaha..gedikkknyaa watahsiii.tah hape yg bermain difikiran watahsi nihhh...
kalo selak disebalik aluminium foil nih,maka..muncullah...
raksakse gabancurly fries daaaa..........ni pun jajan utk king gak.
- dan yang paling penting..semua pakej bento ni,harus didatangkan dengan khidmat pesanan penaja daripada
perempuan gila anak saudagar penipu-3 abdulwatashi lorrrrr.....
nota perlu di blurrkan..kang ada yang berdarah idung terbaca..as usual,nota ni penting setiap kali watashi nk bagi pape utk king.kenkadang tah hape la watashi duk ceramah kat king tuh,menda yg sama jek.tulisan yg pasti sejak azali mmg TERBAEKKKK punya cakar ayam tapi sukahatik watashi la kan.king kena baca gak.muahahahhahaha...
sebab berlakunya dan berjuangnya watashi kat dapur ni bukan hape..ingat tak hari yg watashi bersuka sugi suki dgn king kat pantai tuh?
Keesokkan harinya, king dh balik ke KL dah...masa memang singkat
- Raya Pertama-Beraya Rumah king (",)
- Raya KeDua- Family wtaahsi ke Rumah King (",)
- RAya Ketiga- Family King datang beraya kerumah watashi (",)
- Raya Keempat- Watashi dgn King 'Beraya' di Pantai (^^)/
- Raya Kelima- King dah balik KL dah.. (_ _)
Cedihhhhh ohhhh...bila plak leh jmpa lagi...
tah tah awal bulan 12...lamaaaa laaagiiiiiiii tuhhhhhh...
Menghitung kaki..eh..menghitung jarriiiiiiiiii...detik demi
detikkkkkk"
ok..dah cukup layan blues..watashi nak layan selsema watahsi plak,lupa nak pesan kt korang.kena pakai mask kalo nk visit sini..too late!sila mkn ubat pasnih,.wahahahaha
Monday, July 12, 2010
Berkecoh-kecohan Balik Kg.



Tuesday, June 29, 2010
Tension tahap gaban
Friday, June 25, 2010
super supper

dalam minggu lepas..adalah minggu paling tidak berdisplin watashi
kes hape?
musti la dala kes KATAKAN TIDAK PD NASI.
mggu lepas..3 hari ok watashi mkn nasi..
walaupun dalam kuantiti yg sgt sedikit..
tapi yg watashi mkn still nasi..
huhhuhhuhuhu..
kenkadang pas mkn pun still rasa lapar
wat plak tgh-tgh tension nih..
apa kess arr...tak baca bismillah ke...
cam satu mlm tu..kul 11.30mlm..
perut watashi mmg gagal dipujuk dgn susu..
dah mcm jin afrit dah cari food dlm almari..
nak harap maggi?sorry..seru tak sampai..
jln penyelesaian..
biskut kering dua keping..sapu tuna spread..
bismillahh..
nyam..nyam..nyamm...

kenkadang dlm kepala hotak watahsi ni fikir
"kalolah duit watashi berkepuk..comfirm watashi pegi slimming session kt london tuh tak pun mary france ke hape tah..pastu kasi kulit gebuss gilerrr..."
maintenance tinggi tuhh..
tp tu arr,sape tak suka mkn..dan sape jugak tak suka kurus dan menarik
kan?
yeahh..entry ni mmg tade arah tujuan.
menyampah okk..
Monday, June 21, 2010
Separuh Jiwaku Pergi...
Monday, June 14, 2010
Poyo je lebih
ok fine..
bismillahhhirahmaaanirrahimmm...
waatshi mmg nak update.pic pun super byk..
alih2..semalam..watshi demam teruk.
sampai la hari ni..
nak wah entry berjaadual pun rasa tergendala..
ini adalah mknan yg masuk dlm perut watashi semalam..sumpah..disebabkan mkn ni je..and watashi muak terus muntah..
watashi tgk pic mkanan ni pun watahsi dh rasa nak muntah lagi..
disebabkan muntah terlalu byk..abg watashi bawa watashi ke klinik la kansampai klinik je..watashi muntah lg..
sebab?watashi kan pernah bgtau yg watashi sgt allergic pd bau badan org?
kt situ byk giler mat2 kilang or bangla bangli dapatkan rawatan..bau badan jgn cakap la kan..
tahan je la nafas nihh..
dan watashi asa diorang ni ada blog arr..sbb dorang punya taksub bergambar nih...kalah blogger tegar ok!
siap takwat silent mode..konfident and syokk tul dorang bergambar..sib baik watashi nih tak sehat..kaloo tak watashi sekali join kut.ahahahah
ehh..tukar topik jap..
watashi ada pendapat watashi sendiri nih..
lately kan..waatshi rasa dunia facebook sangatlah annoying ok..
rasa mcm ..mcm..tahla..rasa menyampah pun ada.ni pendapat watashi la akan.jgn tanya kenapa.sebab memasing ada hak memasing utk bersuara.kalo korang suka..suka la kan..kalo korang tak suka.tak suka la..mcm tak salah watashi cik sexytary kita hazzy tu pun tade facebook..kan hazz?
itu yg pertama..yg kedua??
ADA SESAPA TAU MCMANA NAK TUKAR PASSWORD DLM NUFFNANG??
tah cane password watahsi ilang and kena reset..dah dapat masuk..tetiba tatau nk ke mana tukar password baru.bila dapat pun dia minta password lama..dah masukkan temporary password pun dia cakap salah..
Ko pahal nuffnang?pang kang..
eheheh..emo je lebih..padahal diri sendiri tak pandai.ahahaaha
Friday, June 11, 2010
ada sape rindukan waatshi?
ayat tak menahan okeh.
tapi siyess..waatshi rindu giler blog watahsi nih..
ada prob skit dgn internet kt opis.
so hubungan dengan alam cyber terputus tanpa rela
-uwekkksss,,,
lately byk perkara yg berlaku
ada yag best,,ada yg tak best..
ada cerita bergambar,,ada yg tade gambar,
tapi watashi tatau mcmana nk mula.
nk mula pada suatu hari kang
rasa cam poyo semacam plak kan.
hihihi..
Monday, May 31, 2010
mata mencuram..kelopak besar..mata besar

kalau dia lelaki..
dia adalah seorang yg panas baran!
ini adalah kajian watashi sendiri setelah mengenali lelaki2 panas baran nih..
mata mereka sama arr...
semalam kt depan kedai runcit ada sepasang suaami isteri berbual bersamaa anak kecil kira2 3-4tahun..
suami layan baik punya atas motor bersama rokok..
si isteri terkedek-kedek bawa plastik beli barang dapur..
satu tgn membawa beras 10 atau 5 kilo..satu tgn sarat dgn barang dapur yg lain dan memegang anak lelaki menuju ke arah suami.
tersenget2 bawa barang-barang..si suami leka memandang isteri yg sarat dgn barang tanpa membantu.
*bodoh punya lelaki.
sampai kt motor..lelaki tu angkat kepala mcm bertanya kan sesuatu.
"tak cukup bang, saya beli barang pun yg penting dulu"
lelaki tu beliakkan mata
"ko ni bodoh ke?!kan aku dah cakap.beli rokok aku dulu.baru beli barang dapur ko tuh!"
isteri tu diam tak berani angkat muka
"beras tu ko tak payah beli lagi,pegi kedai tu minta duit balik,beli rokok aku dulu,baki tu beli beras timbang!"
"mana ada beras timbang dah sekarang bang.."
"aku cakap beli rokok aku dulu!!!" kaki sebelah tu dia sepak beras yg wife dia pegang ok!
giler biadap nak mamposss.....muka ada rupa boleh tahan.tp dayus nak mamposssss!!!
siyes watashi menyampah giler!
dari riak muka tu memang menunjukkan dia bangga sesangat la wat camtu kt depan org ramai tepi jalan.-banggang nak mamposssssss...
dan watashi cuba tgk muka ni..
mata dia mmg macam seseorang yg pernah watashi kenal.
sama..
-sorang mcm org kt pejabat
-sorang pernah jadi teman rapat
-sorang adalah kawan kampung
-sorang ada suami kepada kawan watashi
-dan sorang lagi adalah dikalangan saudara watashi.

kebetulan?
mungkin juga..
tp itu kajian watashi.
dan watashi percaya sifat2 persamaan yg ada tu menguatkan lagi justifikasi watashi lelaki yg bermata macam tu adalah panas baran
Tuesday, May 18, 2010
tetiba je...
watashi terfikir...
kalau lah arwah mak watashi masih ada lagi sekarang...
- macamana rupa arwah mak watashi...?mungkin masa ni..kedut2 halus dah mula kelihatan di dahi dan kelopak mata...
- mungkin watashi hanya menjadi tukang potong daging utk rendang &menemani arwah mak masak pada jam4am setiap kali hari lebaran.
- mungkin juga..pada setiap malam..hari cuti watashi..kami akan berbual kosong..berkongsi rasa..sepertimana king dan mama wat..
- dan mungkin..arwah mak watashi dah dapat ..rantai emas yg pernah arwah mak watashi cakap dia suka ms watashi di uitm.
- mungkin ..arwah mak watashi dapat tahu and kenal betapa
CUCU SULUNG dlm keluarga watashi.
tak lama lagi juga Asmaa' akan dapat adik baru..

- dan..mungkin dia boleh hela nafas lega kalau dapat tahu yg hitomi dan ady dah membesar dan menjadi anak yg sangat baik
- mungkin sekarang ...arwah mak watashi tengah sibuk tentukan apa yg do & dont utk majlis raja sehari watashi..
- dan..yg paling utama ..kalaulah watashi boleh perkenalkan sekali lagi King pada arwah mak watashi sekarang.
Budak lelaki yg kerap mengunjungi arwah mak watashi di katil hospital,bersama menemani watashi masa hujung nyawa arwah makdi ICU. dan menziarahi jenazah arwah mak watashi ketika watashi ralit menahan rasa sedih tanpa menyedari kehadiran King pada ketika ituAl-fatihah utk bonda Rokiah Baharom
Sunday, May 16, 2010
ni la baru dikatakan Yg Dikejar tak dapat..yg dikendong berciciran
ok...baju watashi kena bekas2 seluar hitam cucu obasan yg turun kaler
kena tompok dahsyat habis la kan..
so watashi rendam la baju tu..
tak kuar gak..
so..watashi amik klorok...campur dgn sabu..kacau guna kayu
dah campakkan baju tu dalam baldi..
pastu..watashi wat aktiviti harian watashi cam biasa la...
so bila dah agak konfident kesan tu akan ilang..
watashi masuk toilet..tgk baju
uwaaaaaaaaaaaaaa......

::tompok itam tak kuar...t-shirt hijau jadi puteh plak lepas kena klorok..::
adeh..teori watashi..ni musti sebab watashi tak kacau rata kan?
kan watashi guna kayu jek...
er...sila baca bebetul..kayu itu adalah kayu chopstick
uhuhhuhu..tgn watashi ni super snsitif..kalo basuh baju pun nnt menggelupas habis tgn...
er...king...king paling cermat basuh baju tau korang...
MOTIF..?????
ahahahahha
Friday, May 14, 2010
Bila Yg tertulis Untukku adalah yg terbaik utkmu
giler ko..jadi siulan hebat dulu kan??

aiskrim?
sape suka ais krim?
harini..watashi nak jalan-jalan cari aiskrim.
nak lepak tepi highway..makan aiskrim..
sambil tgk sunset.
cool tak cadangan tuh..
okeh..aiskrim ni korang pggil hape plak?watashi panggil asikrim pop!
sebab dulu..papehal..
mesti kena kongsi.
kalo kongsi dua takpe..leh patahkan guna lutut kt tgh2 aiskrim tuh
tapi masalahnya kena kongsi 3
camner tuh??
pastu kena bahagikan samarata..
kalo terkurang...watashi yg kena amik terkurang tuh
sebab watashi kakak dan tugas watashi utk adil
kalo watashi salah..watashi kena mengalah.,

ada sebab kenapa parents kita dulu nak kita kongsi sama2 adik beradik kan?
keakraban adik beradik.
pinjam jap ..leh?akakaka





.jpg)








