Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Monday, June 10, 2013

Senaman untuk Ibu yg Hamil or Mengandung






















dah nak dekat bersalin baru nak share.boleh?
ehehehehe

watashi just harap sangat senanaman untuk ibu mengandung ni selamat kalo boleh pusing pinggang kiri kanan kasi strechhh tu haa

perghh..pepaham la kan..
lenguhhhnya huhuhu

Wednesday, April 24, 2013

Cecara nak mandikan bayi.heh..kena refresh balik nihh

step by step bathing your baby















hola korang..
sengaja tepek kt sini untuk reminder watashi jugak for 2nd baby.
cam hana dulu 1st experience mandikan arissa memang gigil okkk..
masa tu tade la plak gigih nak mencari step by step ni kan
tapi rupanya watashi mmg HEYYYBATTT la mandikan aanak**muka eksyen.kui kui kui..

ini antara step yg biasanya watashi buat before mandikan arissa masa awal kelahiran arissa dulu
  • sabun mandian,
  • tikar getah yg gelembung kalis air tu..apa nama tah.ahahah 
  • cotton bud
  • sapu tgn lembut 
  • ubat sapu kt tali pusat
  • baby oil
  • pammpers
  • towel 
  • napkin utk bedung arissa
  • minyak telon
  • baju yg nak di pakai kan
step lebih kurang sama dgn atas..cuma ada perubahan dari step sebab watashi pernah boegl kan arissa lebih awal and dia kencing.akakakaka

usually watashi akan 
  • sediakan air mandian arissa yg suam suam kuku dulu
  • bukak baju dia dulu, then cuci muka dia,buang segala kotor kt muka la
  • then baru bukak pampers cuci bahagian sulit dgn air suam kuku ye..bukan dari besen or bath tub memula watashi sediakan tu
  • then baru cuci kepala..badan arissa still lg dibedung selagi watahsi tak cuci badan dia
  • bila dah cuci kepala, baru watashi bukak kain bedung then letak dalam besen air suam suam kuku tu.
  • to be honest, watahsi tak cukup tegar nak baringkan anak mcm dalam gambar ye.penakuitttt..watashi just bagi kaki cecah air skit then jirus jirus guna tgan..ala..besa rmana la sgt anak kau nak jirus guna cebok kannn
  • then sabun kan badan then bilas lagi..
  • pastu letak arissa kt towel berserta nakkin extra..masa duk bersih bersih badan tu watashi akan pastikan watashi tutup dulu bhgn sulit yeee..pernah terjadi tgh lap lap arissa bagi cherry kawww punya percik baju..ye anak anak..belajar melalui pengalaman ye
  • lap kerin g kering..then sapu ubat utk tali pusat yg doc bg tu.
  • letak baby oil urut skit then cepat cepat pakaikan pampers
  • lepas tu baru le watashi letak minyak telon kt perut skit, belakang badan, tapak kaki and betis.
  • then pakaikan bengkung then baju bersih
tadaaa...dah siappp..SEMOGA ALLAH berikan watahsi kekuatan dan keberanian luar biasa utk anak kedua dan mejaga arissa pada tahap yg TERBAIK!

AMINNNNNNNNN........
sayang anak ibu

Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday!! sepantas angin lalu ~




cinta monyet masa form 1
cinta pass surat-tak pernah dating pun.aduhai..naive kan?


kawan baik lepas -lost contact -declare mush ketat nak mampos
sebelum lost contact sekali lagi
Selepas 15 tahun  boleh bertemu semula
Terbercinta tanpa sedar -jenuh nak yakinkan diri memasing..betul ke aku suka dia?
Memory yang indah,masam masin semua ada
korang ingat senang nak tukar ayat KO -AKU kepada ayat hidung berdarah Hunny-hubby?
sempat terguling guling nak sebut
8 bulan bercinta-Risikan dibuat
joget gangnam
Bertunang - July 2012
Alhamdulilah




Dec tahun yg sama - Berkahwin -masa ni tgh fitting baju 


Pregnant bunting pelamin.ko mampu?
Bertiga dan menunggu number yg seterusnya.
hiksss

Tuesday, October 23, 2012

Ginger Bread Man??? Oh tidak Ini Puding ROti Jagung Man!!

 haa...hamek ko
sejak jadi ibu ni semua menda nak ekperiment
semua menda nak buat utk menggembirakan hati sendiri anak

kali ni watashi nak kongsi menu untuk baby 8bulan -1tahun ye
sebab apa umur camni?
sebab bermula 8bulan..baby baru boleh introduce jangung
but,kalo baby tu ada eczema, haa ibu tunggulah sampai setahun yya..

lagisatu sebab penggunaan roti potong dalam menu kali ni..
dinasihatkan bayi seawal 8bulan boleh mkn.tp agak agakla kan kalo nak introduce
cara yg macamana..kena rajin buat homework dengan anak sendiri..

ok..ini bahan bahannya

PUDING ROTI SI JAGUNG MANIS-amik ko..nama !


  1. 1 keping roti. atau instant oat-kalau baby still kecik sila blend oat tu
  2. susu FM/atau susu fresh milk(utk baby 1 tahun keatas sahaja)
  3. jagung 1-2 sudu teh.(waatshi guna jagung rebus.jagung tin tak digalakkan sbb ada bahan pengawet)
  4. Utk bayi below 1 tahun - sedikit puree kurma (macamana nak buat puree kurma?rendam kurma semalaman, then buang kulit and biji, hancurkan isi and boleh simpan di bahagian dingin beku...
  5. Utk bayi 1 tahun keatas- sedikit brown sugar 
  6. secubit kulit kayu manis
  7. setengah sudu tepung jagung
Cara- Cara Make it happen-ahahaah..
  1. rendam roti/oat (kalo oat makesure susu panas ok) dgn susu sehingga kembang..
  2. masukkan tepung jagung,puree kurma/brown sugar,jagung,
  3. kacau dengan ganas supaya roti tadi bebetul hancur.ahahaha
  4. dah agak sebati(jgnla kasi cair sangat) cari acuan yg korang sukai.ahaha..terapkan dalam acuan
  5. dan siap untuk dibakar or steam dalam 15minit gitu..
  6. siap utk dihidang untuk yang tersayang




p/s-jgn lupa doa and zikir sepanjang proses pemasakkan hidanganuntuk bayi dan suami anda
makaseyyyyyyyy
-Ibu Hana Yg Shomey(u.w.e.k.s!)

Monday, October 22, 2012

Resepi Pasta/Spaghetti Carbonara baby/bayi. 8 bulan ke atas

Assalamualaikum ibu semua
haloo..arini entry khas buat adik angkat and adik ipar kesayangan watashi.

nak belajar buat pasta /or spaghetti carbonara untuk baby 
senang gilos rupanya..


semua idea nak google tahap gaban ni watashi dapat bila Arissa dah start mogok taknak makan
giler nangis hati ibu ok!
bayangkan ari sabtu ahad.watahsi ulang masak sbb semua arissa keep cakap "TAKNAK" sambil peluk tubuh

aduh duh duh,..so apa lagi cuba satu persatu..sekali toingg!!! bila dapat mkn pasta tetiba dia jadi semangat nak makan.and tak cukup plak,hohoo..anak ibu dah besar ekk,,

*padahal dalam hati mmg berdoa sangat sumber and cara pembuatan pasta ni daripada bahan yg halal..ye la..mmg ada cob halal kt situ tp watashi sgtlah cerewet. ohh ohohoho..

ok..bebel tahap gaban.moh terjah bahan bahannya
yabedabedduuuuu
bahan-bahan
  1. Pasta (macaroni ke..penne ke) or spaghetti..  (dicelur hinggga lembut dan ditoskan)
  2. 1-2 ulas bawang putih dicincang
  3. sedikit isi ayam
  4. sedikit lobak merah or carrot  diracik halus
  5. sedikitttt tomato (tomato baby 8bulan keatas baru boleh letak ya)
  6. brocoli - dicincang halus
  7. sedikit susu (make sure fresh milk/kalau bayi  1 tahun keatas, guna susu tepung yg selalu baby minum tu)
  8. cheese-kalao boleh amiklah yg kurang garam or cheddar-tp watahsi 
  9. sedikit olive oil ATAU unsalted butter untuk menumis
  10. sedikittttt lada hitam (taknak pun takpe)
  11. sedikitttttt garam-kadang kadanmg cheese tu dah masin.baby bawah 1tahun tak perlu letak ok! 
Cara cara membuatnya
  1. tumis bawang putih bersama olive oil atau unsalted butter sehingga naik bau
  2. masukkan carrot,isi ayam.lada hitam,tomato masak hingga naik bau
  3. masukkan susu,agak agak byk mana korang nak masukkan pasta nnt
  4. Perlahan kan api, masak agak agak susu mendidih sikit, masukkan pasta,cheese and lada hitam dan brocoli,
  5. biarkan sekejap sehingga brocoli masak and pasta mesra dengan kuah.(tambah garam jika perlu-rasanya tak perlu.hihih)
  6. tutup api and siap untuk dihidangkan untuk anak tersayang.

oh,,jgn lupa jampi serapah semasa memasak.ini jampi yg selalu watashi amalkan
"la ila haillallah.muhammadu Rasullulah" "ya LAtiff.Ya LAtiff "
pastu smbil kacau niatkan segala yg terindah,yg terbaik,yang terulung buat anak and suami KERANA ALLAH TAALA"

sekian,Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi .
Peace (^ ^)y

Friday, October 12, 2012

JAJAN ARISSA- 1 Tahun

 see..ni dah kira pemalas abes dah ni
bukan tak rajinnn..microwave oven tu takleh bake biscuit ok!!
lebih kukuh lagi,,microwave oven watashi tak dipasang dirak lagiii

sila tak note ya king,terperuk dalam studio dah almost 2 months taww
ahahahaha

snack sihat utk anak boleh dikategorikan

  • buah buahan
  • homemade biscuit 
  • bread
  • steam vegetables
  • home made sweet potato/fries(buat sendiri ok) digoreng tapi seeloknya dibakar  

ok..jajan or snack arissa ni ikut kerajinnan watashi
kalo ikut gambo atas sana..tak sebegiru rajin sebbbaaaaabb...roti main tekap tekap lovey dovey sajaaa..
pisang potong gitu..and biskut merry
kui kui kui..

actually snack for baby,kita boleh bagi masa waktu petang la kan
kalo agak tak nakanak makan dinner leh la wat oat ke..puding ke,,
kalo rasa pemalas canggih macam watashi wat gini la..anak akan ulang makan
ok la kan daripada bg anak makan keropok yg byk peraa and pewarna

huuuu ya Allahh..jauhkanlaahhh minat anak nak watashi dari makanan junk food nih
aminnnn!!
sedap kan arissa?
arissa sekarang dah ada 6 batang gigi pun
4batang atas ,2 batang bawah
agak mencabar nak ajar dia gosok gigi,sebab kenkadang dia gosok karpet.
waduhh waduhhh

Wednesday, July 11, 2012

Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday-Ke mana Tumpahnya Kuah kalau tak tidak ke nasi

Apa Kess Arissa?
Skill Baru


OHOK OHOK...!! Bukan salah Ibu- Bekas -Gimnas- Sekolah Mengandung

Thursday, June 28, 2012

First Time Arissa Naik mendalah ni

sebab dulu ibu just sempat tengok je kannn..ahahahah memula arissa naik nampak cam happy lelama nampak cam dia takut plak ciann anak ibu..rambut dah la blonde sila abaikan sesaiapyg tersilauu hiksss

Ibu Tegar.Doakan terus tegar sampai anak kelima..Awwww!!!!

Holaaaa...
watahsi just nak kongsi pengalaman watashi yang membesarkan Arissa yang dah pun menginjak 10 bulan..
1. about breast feeding
2. about solid food for your baby.

1. breast feeding.

  • haa...jgn mimpi le ko nak tgk watahsi BF arisssa..muahahahah..tampo kang..
  • set dalam kepala bapak,ibu,suami ,isteri korang..baby minum susu badan/susu ibu(YG TERBAIK) sampai 6 bulan! 
  • in the journey to achieve 6 months,jgn getik,gatal mengada..nak sumbat nestum, dalam  botol,and besarkan lubang bottol bila baby keep nangis bila usia 4-5bulan..trust me..teruskan bersabar..kalau nanny korang am hampeh duk minta nestum or cerelac kappe..korang tampo dia laju laju dalam mimpi..ehhhh..idak la gitu..explain le bebaik.dah byk kes baby usus kena potong sebab belum cukup matang..worst , passed away sebab usus luka and pecah.sadis bukan?
  • susu ibu adalah susu terbaik..keep moving ibu! jgn putus asa or set dlm kepala susu badan saya kurang..bg baby minum.soal 'tenggelam kappe..let your baby help you..insya allah boleh..and paling penting berdoa..terus berdoa..watashi kali pertama arissa pandai minum susu, watahsi menangis keharuan..terus rasa betapa hebatnya watashi.. wonderful mr loba loba
ibu happy dapat borong avocado.

2. Solid Food for your baby

  • start umor 6 bulan ya....
  • mulakan dari puree dulu...puree buah buahan..buat cair cair..and suap dalam mulut dia...memang anak kita akan buat muka pelik memula,,,jgn cakap dia tak suka.,dia baru nak belajar kenal rasa
  • jgn expect anak korang  umur 6 bulan nak abeskan semangkuk puree yg byk ya..hari perdana..arissa dulu 2sudu besar je puree apple...
  • bila agak seminggu dua..boleh kenalkan bubur kosong yg super cair....dgn campuran puree sayur or buah
  • masuk 7 bulan dah start campur dengan bahan lain mcm avocado and apple ke...pisang dgn avocado ke..mix and match. nak campur dengan bubur cair pun buley
  • 8 bulan boleh try ayam (bhgn dada)and isi ikan mcm tenggiri.ikan merah and salmon
  • 8 bulan jugak korang boleh menumis gunakan olive oil amd gunakan bawang holland,herbs mcm kulit kayu manis,bunga lawang,halia,.,tapi dalam kuantiti sikit la ekk.,,
  • Pasta spaggethi, seawal yg watashi post sebelum ni..tapi agak agak la anak dah bergigi ke belum kan?hancho hanchokan dulu
Potato Lil Star

Pasta riang ria
KITAB IBU DNA,TEPEK KT PETI AIS.

Wednesday, June 20, 2012

Resepi Baby 7 Bulan

 hellow anak anak ibuuuu(bajet ko banyak anak ke hana?ehehheh)
arini ibu nak bg resepi utk mommy camne ibu selalu buat breakfast utk arissa
uiiii setappppppp....

Banana Pudding

bahan:
  •  2 sudu teh rolled/instant oat
  • pisang separuh je guna (make sure guna pisang yg manis seperti pisang emas dibawak belayar/pisang montel comel ko memang tembam and pisag cavendish natang hape tah)
  • 1sudu teh susu Formula milk-ibu arisa tak guna ebm sebab risau smpai rumah nanny pudding tak tahan lama.
cara buat..
  • bahagikan pisang kepada dua bahagian.1 bahagian-lecek.1bahagian potong nipis-nipis mcm ibu tunjuk gamba tu ekk..
  • susu fm bancuh dengan air panas dan masukkan dalam oat smpai agak pekat..
  • then campokan pisang lecek tadi.
  • pas tu..susun pisang yang potong nipis atas puding sebagai tanda penghargaan pada ibu/mommy yg sedaya upaya buat masakan utk anak :)
  • siap utk dikukus 5minit jews.


Raisin Dates Pudding

haa..ni favrite arisa nih. and step lebih kurang sama

bahan:
  •  2 sudu teh rolled/instant oat
  • puree kurma lebih kurang separuh sudu.
  • 6-10biji kismis hitam saja ya..rendam dgn air panas 15minit and cincang skit
  • 1sudu teh susu Formula milk bancuh dgn air panas
Giaman nak buat?
  • masukkan oat dalam susu FM yg dibancuh dgn air panas td smpai agak pekat..
  • then campokan ouree kurma
  • pas tu. kismis..kacau sebati
  • siap utk dikukus 5minit jews.
malaskan ibu arisaa? hebatkan ibu arissa
paling penting ibu/mama kena tahu...jangan sesekali samakan selera anak kita dengan anak orang lain
mcm ibu arisa aritu yo yo borong avocado sebiji 6hengget..
tapi takknya arisa makan.wuwuuwuw

baguss anak..kalau jadi fav kang koyak gak poket daddy dgn ibu..hikssss
sayang arissa!


Friday, June 15, 2012

dah hampir pilihanraya~jadi watashi nak raih undi

Saya selaku parti calon bebassss
menyeru kepada semuaaaa readers Vanilla sky
untuk keluar mengundi!!!!

nak vote guano nih??
VOTE!!
VOTE!!
VOTE!!
VOTE!!
VOTE!!
VOTE!!


apa??malas.???


.ini tanggungjawap kita bersama!!


sekarang sudah ada vote secara online ok!!!
so 


VOTE!!
VOTE!!
VOTE!!
VOTE!!
VOTE!!


VOTE FOR ARISSA!!! 

comeykan sayaaaaa???

ahahhaha

yelah..sepertimana ibu di donia ini terasa,,,anak korang lah paling kiutt di donia
and mcm watahsi ni arisa idung pesek pun tetap rasa dia yang terindah ok!!
aahhhaha

so dengan tak cecurinya ,watashi masukkan arisa dlm 'PERTANDINGAN BAYI BULAN INI"



gambar yang mauk pertandingan..cair kannnnn??ahahaha

so nak minta korang votekan sorang sejuta kali klik buley???
dapat saguhati pun tape!janji ak korang vote sampai lebam

cara nak vote;korang pegi kt link nih;
1. http://pama.karangkraf.com/peraduan
2. scroll bawah skit ada segmen PERTANDINGAN BAYI BULAN INI
3. PAGE 7- cecuba cari muka arissa yg bam bam tomey tomey anya anyaaaa macam gambar sebelah tu !!-page ni sentiasa berubah setiap kali ada pic baru okeyhhh...
4. Nama penuh ;DHIYA NUR ARISSA
5.. pastu..on your markkkk..klik sampai lebam.ahahahaha



buley?buley??makaseyyyyyy..
nnt arisa belanja puding oat yg ibu buat.ekekeke
assalamualaikum


Thursday, February 16, 2012

Dari Abi Abdurrahman Abdilah bin Masud ra. Bahwa Rasulullah SAW mengatakan kepada kami,

”Sesungguhnya tiap-tiap kamu dibentuk dalam perut ibunya 40 hari berbentuk nuthfah (mani), kemudian menjadi ‘alaqah selama 40 hari, kemudian menjadi mudhghoh (segumpal daging) selama 40 hari, kemudian dikirimkan kepadanya malaikat meniupkan ruh . . . ”

Hadits Muttafaqun Alaih.



rancak kan arissa dalam perut tu
sebab tu masa awal kandungan watashi ingat baby boy
sebab lasak and tendangan padunya ....INDAH!
video ni seminggu sebelum arissa lahir
due sepatutnya 11 Sept 2011

tapi perasan tak number kat Baju yg watashi pakai?
Cartoon tu pakai Jersey no 7 kan
baju tu jugak watashi pakai di dewan bersalin
tarikh lahir arissa 7 Sept 2011
KEBETULAN KAN?

Tuesday, January 31, 2012

Tabiat Arissa Bila Menyusu

terbaca update lama si Ceera pasal tabiat anak dia keisha maa mnyusu
nak menyembur air liur dibuatnya sebab tahan gelak

depan pc kt office ma...
kena control la skit kan

macam usia sekarang Arissa nak masuk 5 bulan ada juga peel dia masa menyusu
tp bukanlah korek idung ibu mcm ceera kena

tapi dia suka cakar cakar badan watashi nih
kenkadang rasa mcm kucing cakar karpet pun aa gak
tu tak kira dia buat lakaran lgi tu..

yg paling potong tgh menyusu in public tetiba arissa mengamuk na selak baju tetinggi


Photobucket

wah..geram geram sayang okeyh!

bebaru ni plak maybe arissa dah mula gatal gusi
tgh menyusu dia boleh kunyah kunyah and tarikkkkkkkkkkk and dia jauhkan kepala sampai terlepas sendiri... "POPPP!!!" ala gitu la bunyinya

giler histeria 'kenikmatan' tu!
dah bgtau and pesan boley plak tersengih sengih innocent

pastu sambng minum susu and buat lagi
waaaaaahhhhhh
GEMBIRANYAAA IBUUU!!!

::arissa Sebulan::
Photobucket

Wednesday, January 18, 2012

Cerita tentang Gigitan Cinta aka Love bite


ewahh ala zaman remaja la sgt nak kecoh kecoh psl lovebite
pigi dah
teringat zaman sekolah dulu.
ada makhluk stok jaja lovebite and satu kebanggaan plak
pelik kan?

ehh..sebenarnya nak citer lovebite dalam family watashi nih..
siapa pelakunyaaaa????

ohhh bukan pengantin comel berbaju merah diatass
no no no...
-rasie rumahtangga katanya..akakaka

tapiiiii

anak dara nih!!!
perghh..bila arissa dah masuk tiga bulan je,dia dah mula menggigit aka buat love bite
sampai berbekas lengan sendiri..
=arissa gigit lengan sindri smpai lebam=

selalu jadi mangsa is king la!
sampai masuk office watashi plak jadi bahan

lengan daddy

love bite kt lengan king tuhhh~
explain pun tadenya nak percaya cakap watashi.
apada!

ahahahaha

Friday, December 23, 2011

Jangan Mensusu Formulakan Anakku



HAri ni,

saya Nurse Super Nia Hana nak bebel skit pada mak mak,pak pak,nanny nanny or bakal pengantin ye
KEBAIKKAN SUSU IBU!

(ha..amik ko..sebesar alam watashi tulis)

Khasiat susu ibu

  • Lengkap/perfecto/Terbaik zat zat yang diperlukan oleh bayi

  • Mudah hadam dan membina sistem penglihatan 5.2mata lebih tinggi daripada bayi yang tidak minum susu ibu

  • melindungi bayi dari penyakit lelah,kolik,alahan pada makanan ,penyakit kulit dan hidung

  • mengurangkan risiko penyakit miningtis,phenumio(tah betuk ke nurse ni type,ahahah) brokitis dan batuk


  • mengurangkan risiko SAKIT JANTUNG,OBESITI,KENCING MANIS, KANSER apabila bayi meningkat dewasa-ni nurse super nia hana sengaja highlight besar besar ya!

  • mengurangkan risiko kematian bayi

  • mengurangkan risiko karies gigi, pertuturan,penglihatan dan menguatkan rahang

  • tiada risiko percemaran.
::Nama Saya Arissa.Susu Ibu saya sedap!::

Apa Faedah pada ibu plak????

  • menurunkan berat badan pada masa yang singkat (testimoni dari watashi .)biarpun org pressure watashi ms tgh sarat dengan memacam gelaran,kutukan mcm gajah la,gergasila lepas bersalin nanti, to be honest,byk mana watashi naik masa pregnant 9bulan,byk tu jugak watashi turun.siap turn lagi dan lagi ha!)

  • Mengurangkan risiko payudara dan ovari(rahim cepat kecut ok..masa korang BF baby,memang terasa kt rahim korang tu denyutan.ok..watashi tatau nak explain gimana.sila lahirkan baby,susukan and rasai sendiri!)

  • menjarakan kelahiran bayi (perancang keluarga secara semulajadi)

  • Mengeratkan kasih sayang.serius ok,ms menyusu jgn gatal mata korang nak tgk tv ke,layan fb ke..pandang muka anak korang,berbuallah dgn dia,usap kepala dia..sambil berzikir or berikan kata kata positif.mcm watashi selalu bgtau camnih "arissa anak baik, anak solehah,arissa kuat,hormat and sayang ibu and daddy" usap ubun anak anda and berselawatlah.ehh..dari mode nurse yang emo jadi ustazah plak

Oleh yang demikian ,kalau la watashi mampu nak ulang hehari menjerit sekuat hati yang susu ibu bukan penyebab :

-anak sembelit

-penyebab anak allergik

-penyebab anak debab/gemu

-perut anak masuk angin kappe..


even dalam petikan Al-Quran sekalipun pernah cakap pasal penyusuan ibu nih


"Para Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh iaitu yang ingin menyempurnakan penyusuan itu" SURAH AL BAQARAH Ayat 233

takde mention suh minum susu tin cap dumex or enfagrow kan??

OK, minta maaf utk para ibu yang berikan anak minum susu tin,watashi tade niat nak wat korang terasa kappe..cuma hati watahsi ni lagi terasa dek orang salahkan watashi makan barang tak elok, so quality susu ibu pun terjejas utk anak watashi

siap marah suh bg anak susu tin pun ada.apa nihhh???bila anak watashi lambat berak kappe salahkan susu badan watashi.mana bley gituuuu...


oh..nota penting:bayi umur 3 bulan ke atas,jarak masa dia buang air besar aka berak akan makin berkurangan sebab semua zat tu utk membina tisu tisu,sel sel,organ dalaman dan pembinaan tulang!ini watashi confirm sendiri dengan pakar bayi hospital sungai buloh.tension teramat orang asyik nak suh bg arissa makan ubat utk kasi lawas berak!


okbai.Assalamualaikum

(emo emo pun sempat gak bagi salam akakak)

Wednesday, December 7, 2011

Tuesday, December 6, 2011

geng botak mengganas!

ni namanya geng botak!
otai yang oakai sarung tangan merah tu
namanya arissa
aahahaha

gambar ni sentiasa buat watashi gelak besar

Friday, July 8, 2011

Introducing My Lil' Princess-3D Version

Assalamualaikummm!!!

wahh tetiba bagi salam terbaek gitu nak mulakan entry penuh bercahaya pelangi ni kan

ahahahaha


as usual..ada sesetengah daripada reader dah tgk kan piccas buah hati watashi and king

ahh..tak kira..nak letak gak dlm blog nihhh.wahahaha


actually dua hari lepas yakni tanggal 6 July 2011, watahsi ada monthly check up di hospital and watahsi tersangat lah bertuah kerana tak dapat nurse yg suka sok sek and bergossip memanjang tu...


usually watashi punya session end up before 11.00am gitulahh..

tapi disebabkan watahsi tak perlu hadap nurse pot pet tuh..amazingly jam 9am je dah siap okeyhhh!!!


pastu kami menuju ke Manjalara jap sebab nak layan Transformers yg digembar gemburkan best dan ada yg bagi sejuta bintang berkelipan bagai..


padahall...oklaaa..jalan ceriti lebih kuang sama yg previous one.

and harapkan awek supercun yg buatkan watahsi cam luas bukak mata la kan.

wahahaha...ehh watashi straight ok

ni buktinya..perut yg makin sexy nih.eheheeheh..


then..kami bergegasan plak kejar appointment utk 3D scan di Vision College sini

harga tak mahal RM90je.

cuma korang kena buat appointment awal

mcm watahsi buat dua minggu sebelum tarikh sekarang

bulan Julai je dah almost full!


ada satu perkara yg buat kami sgt excited and berdebar debar adalah disebabkan watashi dengan king smpai sekarang mmg tatau gender baby kami maaa...


awal pregnancy ramai cakap watahsi dapat baby girl right?

then bila dah masuk 5-6 bulan ramai yg ramal watahsi da[at baby boy plak


then ada yg suh watashi tanya diri sendiri naluri watahsi katakan boy or girl..

amboihhhh...mcm tok nujum plak watashi nak ramal and rasa boy ke gurl

this is my first pregnancy ok!

bebal tahap nurse tanya dah rasa baby kick blom watahsi bleh berkertut muka and tanya balik

"kalo baby kick tu rasa mcmana??

ahahahhaha


tapi percayalah,saat baby kick tu satu perasaan yang sgt indah walaupun tersenak jugak dibuatnya,hiksss


ok..tunggu agak lama la kt vision college tu kan

*dah tahap mana watashi merepek baru nk kembali ke cerita sebenar boleh???ahahahha

ni semua gara gara appointment jam 2.15pm datang lewat la..

kitaorang yg datang awal ni pe salahnya bagi masuk dulu kan..suh yang datang lewat tu tggu la plak

dah satu hal nk tunggu dorang..tapi sabarrr sabarrrr...mengenangkan dah nak jadi ibu and daddy dah ni..


sambil mengira bulu roma di lengan king akhirnya sampai giliran kami..

pergh!!berdebar abessss...


tgh cecari tu...tuinggg!!!terpaparlah muka baby watashi and king di screen sana..

beria ria adik tu explain kt watahsi and king..king dh mula excited....

dan yg kelakarnya,watashi plak tak paham mana satu muka and pipi mulut bagai..

ahahaha..


terpaksalah adik tu explain bagai and buat lagi clear..

Demi Allah..pas watashi dapat tgk,terus mengalir airmata ni wa cakap lu!

luruh semua jiwa rock keras dlm hati...

ahahahhaa-yelahh..mcam la korang percaya kan.ekekeke


so..first thing yg watahsi nmpak sgt adalah...

-bibir lil princess mmg sah sah copy dari king\

-idung bulan and besar dari watahsi.ahahahahaha

-pipi boolaattt mcm kuih pau ikut saper????ahahahahaha

-mata watashi tak sure..tapi cara lil princess tido and keseriusan muka tu mmg tak tumpah mcm king waktu tido..

-conclusion-mmg nampak sgt anak daddy nihh!!ahahahaha


tak caya???



alolololo..cembam nya anak ibu and daddy nihh!!




pic masa nih memang sejibik mcm muka king waktu tidur.



harapan watahsi and king maybe sama macam ibu bapa yg lain;


harapkan semua yg terbaik utk anak kami


and Allah permudahkan segala urusan melahirkan,membesarkan,mendidik dan menyayangi anak anak sampai akhir hayat kami.


Aminn...


Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday..

tak lama lagi bertiga ^^

Ya Allah selamatkanlah proses kelahiran anak kami nnt

AMIN..

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer