Showing posts with label watashi no koibito. Show all posts
Showing posts with label watashi no koibito. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

AIDILFITRI DAN KAMI-2







achik macam nak cari gado ahahahha
ADA PART PART PLAK KANNN 
 Lantak la janji watahsi nak letak gak gambau kt sini
miahahahah
ok raya kedua.
turn beraya rumah belah ayag watashi yeppaahhh
isteri mana tak syok nak balik umah sindri kan
bak kata pujangga
tempat jatuh lagikan dikenang
inikan pulak teratak ayah bonda sindri (yeee la sgt ko hana)




rasa dah tua dah watashi ni uhukkk uhukk



raya kedua rumah pertama ofkos singgah kampung ummi dulu.
arissa achik peace dgn amna 
kecoh sebab memasing dgn aak kecik sindri
kena ulang ulang jaga anak .gilir gilir makan
ada ketika kunyak 3kali terus telan ahahaha

haru biru semua nak masuk frame 


kok seriuss arissa. yg tudung hitam tu umie watashi



muka arissa masa ni bacam atok bakaq dah


pastu singgah ke rumah Bik Bariah sebelum pi rumah Bik Yah di kuala ketil

then terus ke open house pak ndak di bandar hilir park ke mana tah ahahaha.bertuahnya anak
ko tgk adra tu.pening kepala tak mo jauh dr watashi

watashi and hitomi.masih bujang anak dara yg menanti centa sejati akakakak

lesunya muka watashii hoihhh kena pakai tabita nih ahakss


malam sebelum raya tu plak
(tetiba masuk citer malam sebelum raya ok bedahhh)
watashi sempat berbuka rumah ayah
dorang duk main bunga api and very the 1st time arissa main bunga api 
tengok cara pro husna main.ahahah
untuk ada pak mak sedara sponsor bunga api kan arissa kui kui kui 

kesian anak watashi.jakun sungguh dia
smpai menggelembung jari pi pegang besi bunga api
anak oii arissaaa..nangis ibu tgk...
mmg perlukan pemantau king kalo 1st time ni kalo tak kesudah mmg dia nganga je tgk org main

yg ni plak tolong hitomi pasang langsir raya
bukan adra tolong.ni tolong kacau je 


ni muka manjaaaa kata adra 


Wednesday, May 22, 2013

Wordless Wednesday-7 bulan

kaki kembang
muka kembang
hidung kembang
semuanya kembang
ms ngandungkan arissa rasanya 8 bulan lebih baru kembang gini

7 months with LOVE
insya allah 20.7.2013 ni arissa akan dapat adik

be a good sister ye arissa!


Wednesday, April 10, 2013

Hormati isteri korang, kalo nak anak korang hormat ibunya.ingat tu ye!


Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak

----------------------------
Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.

Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!
Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.



Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak


Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!

Jadi, kalau anak-anak tak dengar cakap (ibu/ bapa), cuba semak balik macam mana kita melayan isteri/ suami depan anak-anak! Kerana walaupun anak-anak tak cukup bagus untuk dengar apa yang kita CAKAP, tapi mereka tak pernah gagal untuk tiru apa yang kita BUAT…

Sama-sama kita fikirkan… SEBARKAN.
Pakar


diari hati
 -


Komen Watashi?.

sayangnya kat malaysia segelintir suami mmg dah biasa tengking, marah kondem isteri depan anak anak..Kesian kan.......  meninggi suara juga salah satu didikan pada anak juga .

Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday!! sepantas angin lalu ~




cinta monyet masa form 1
cinta pass surat-tak pernah dating pun.aduhai..naive kan?


kawan baik lepas -lost contact -declare mush ketat nak mampos
sebelum lost contact sekali lagi
Selepas 15 tahun  boleh bertemu semula
Terbercinta tanpa sedar -jenuh nak yakinkan diri memasing..betul ke aku suka dia?
Memory yang indah,masam masin semua ada
korang ingat senang nak tukar ayat KO -AKU kepada ayat hidung berdarah Hunny-hubby?
sempat terguling guling nak sebut
8 bulan bercinta-Risikan dibuat
joget gangnam
Bertunang - July 2012
Alhamdulilah




Dec tahun yg sama - Berkahwin -masa ni tgh fitting baju 


Pregnant bunting pelamin.ko mampu?
Bertiga dan menunggu number yg seterusnya.
hiksss

Wednesday, October 24, 2012

My little Helper-Arissa

 Skang musim hujan kan?
baju umah korang kering ke?

hohohoh..sape yg duk apartment or flat memang menjawab le nak sidai baju macamana
ada bau...ahahahah

currently watashi mme kena sidai baju kat ruang tamu leww
sebab kat situ je pancaran mata hari paling terbayekkk kalo nak dibandingkan dari corner yg lain

tapi..menjawab la nak kena "haipp haipp haippp" dengan ariissa

arissa paling excited bila time sidai baju
terkocoh koch datang bila watashi bawak bakul..
letak je bakul sibuk je nak keluarkan baju and hulur pada watashi
"nahh nahh nahh nahnn"

agak agak lambat je terus jerit
igt ibu robot ke  anak?

bila dah abes sidai,dia sibuk plak nak angkat
pengaruh doraemon la nih
"lampuuuu keringkan baju dgn cepattt!!" suara doraemon

Edisi Arissa: Pertama kali saya makan sendiri

bismillahhh
tade bib lagi


tetiba dah ada bib sebab habis baju
penuh perasaan suap.ahahah




 Bersepah bawah kaki kerusi tu jgn cakap la!!wohohohohho

kadang kadang kita perlu tahu,
bila anak lakukan sesuatu, sepeti jatuhkan makanan,baling barang ,menjerit, mengetuk barang

sebenarnya anak kita sedang belajar sesuatu
kenapa barang tu jatuh?
kenapa suara saya kedengaran kuat?
kenapa ..kenapa ..kenapa...

ini adalah fasa paling active anak kita sedang membina sel sel otak

jgn rencatkan kretiviti dgn perkembangan minda dia
-kadang kita pun hilang sabo kan.ahahaha




Wednesday, October 3, 2012

Apa yg akan berlaku dalam bulan Oktober 2012 ni?

1. Arissa
 akan menginjak 1tahun,1 bulan.
wahh..tu pun kena kirakan?




2. Anniversary yg ke 3tahun
8.10.2009- watashi dgn king berjumpa semula
cepat je ..dari single,double,triple
dah percayalah.lelaki takkan igt semua ni .
kalau ada yg igt anniversary kawen tu kira bertuah habis la kan?
and kira mabelesss jugak kalo leh suami dapt beli hadiah or bunga kan?
and super duper best tahap padaya kalosuami bawa bercuti kan?
ahahaha 

oh,lupa poyo jugak nak jerit
WORDLESS WENESDAY~!! 

Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday-Ke mana Tumpahnya Kuah kalau tak tidak ke nasi

Apa Kess Arissa?
Skill Baru


OHOK OHOK...!! Bukan salah Ibu- Bekas -Gimnas- Sekolah Mengandung

Thursday, May 31, 2012

Cara Mendidik Anak Cara ISLAM~

HAsil Perkongsian yang watahsi dapat dari email.
UNTUK WATASHI DAN JUGA SEMUA IBU BAPA YANG ADA ~

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control



3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”




4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
 
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. 
Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
Nota Hati IBU~Arissa sayang, ibu and daddy minta maaf ya~INsya Allah ibu and daddy akan lebih bykkan berusaha,lebih banyak membaca utk mendidik kamu menjadi anak yg solehah danterbaik antara yang terbaik

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer