Showing posts with label malu. Show all posts
Showing posts with label malu. Show all posts

Monday, October 29, 2012

Jatuh Saham Daddy!

citer n berlaku masa arissa 4-5 bulan la..
so nak dijadikan cerita pada satu hari yang indah* tetiba bunga bunga sakura berterbangan nih

waatshi and king pegi la dating ,kt mall
dah sampai,watashi tak menyempat plak memulas perut
so pass arissa pada king dukung sebab masa ni ala boycott habiss naik stroller.
*nasib baik dia ringan lagi..cuba imagin masa skang taknak duk stroller?ibarat pikul 10kilo beras ok!

watashi pun berlariaanlah ala baywatch tepi pantai cari toilet
taklama pas tu..watashi tgk muka king laju atur langkah ke arah watashi..

King:  Aduhh..Hunny,malu betul laaaaa 
Watashi: Apa kes? 
King: Hubby masuk satu stall kiosk kecik tu.yg ada jual baju baby 
Watashi: ha..tau tau..then? 
King: masa tgh belek belek barang,tetiba boleh plak arissa kentut dalam diam.busukkk gilerr!!! 
Watashi: ala, biasala hubby baby kentut busyukk 
King: masalahnya busuk sampai customer  lain yg ada kt kiosk tu tutup hidung and semua pandang hubby.macam hubby yg kentut
Watashi: ahahahahhaha....hubby tak belakon skit..ehhh arissa ni kentutt busuknyaaa 
King: dah takleh nk berlakon sebab semua orang pandang semacam; siap geleng geleng kepala.dah la sales girl tadi cun..malu malu.,. 
Watashi: haa..tu arissa kasi warning la tu...!!*cubit king.ahahaha



u know la baby kan

selalu je kencing berak yg sangat kerap

as young(muda ker??) parents watashi and king still belajar lagi la nk kenal pasti anak poo poo (berak) or kentut..sebab dia punya BAU tu nauzubillahh mmg melekat persis kentut dewasa hokay!!






Thursday, May 31, 2012

Cara Mendidik Anak Cara ISLAM~

HAsil Perkongsian yang watahsi dapat dari email.
UNTUK WATASHI DAN JUGA SEMUA IBU BAPA YANG ADA ~

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control



3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”




4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
 
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. 
Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
Nota Hati IBU~Arissa sayang, ibu and daddy minta maaf ya~INsya Allah ibu and daddy akan lebih bykkan berusaha,lebih banyak membaca utk mendidik kamu menjadi anak yg solehah danterbaik antara yang terbaik

Thursday, June 30, 2011

Nostalgia pedajal member

Ceritera berlaku zaman uitm
Masa tu saper yg ada handphone bleh masuk lagu kira hebat la kan


Cuba teka sape yg antara yg terhebak tu!?
Wahahaha tidak syak lagi
Watashi lah!ahahah


Watashi ada kesah la kan psl handphone handphone ni masa kt rumah sewa
Kes nk kenakan kawan watashi
Ada dua kes yg buat housemate watashi mmg berbulu angsa abes dgn watashi


KES 1
Watashi rekod suara watashi guna handphone kwn watashi.
Jerit kuat kuat buat suara mcm mengerikan berkata
"MAAAROBBBUUKAAA,SIAPA TUHAN KAMU!!!


Then watashi setkan jadi bunyi alarm tidur kwn watashi
Wahahahaa.boleh bygkan kawan watashi bangun pagi gelabah camner?akakkaka


KES 2
Watashi tukar ring tone lagu kawan watashi.and watashi tau dia nk kuar dgn admire dia and agak baru la declare


Kwn watashi ni mmg kategori hotttt sexy yummy giler la
Dalam pukul berapa tah
Kwn watashi col watashi maki maki
Akakkaka


Bygkanlah,
#dating kat starbuck
#Dress up stylo mylo giler
#Muka pan asia


Tau watashi tukar lagu apa?
Daripada lagu holly valance "kiss kiss mmuah mmuah" tu pada lagu


ASHADUALLAHiLahaiillah waasyhaduanamuhhamadarasullullah,tiada tuhannn selain ALLAH,nabi muhammad pesuruh Allah"
Ahahhahaha.vollume level 10! Okehhh!


Memang agak nakal la la kan
Tapi watashi dah dapat pengajaran terhebat la drpd kelakuan watashi


Situasi ..watashi dlm komuter
Dress up ala ala budak U yg agak stylo la kan uwekkkk


Dengan berlagaknyaaa dgn berbekalkan muka yg agak cute pd masa tu
Betapa ketatnya muka watashi jgn cakap la kan
Sandar di kerusi komuter
Pasang MP3 kuat kuat
Lagu catchy giler and honestly dah xdengar bunyi org berbual pape
Kalo org sebelah kentut tahap saksafon pun sorry beb
Watashi xdengar
Watashi layan lagu mmg watashi dengan dunia watashi jek
Pejam mata angguk angguk kepala skit ikut rentak muzik


Then tetiba rasa mcm adsa org perhatikan watashi
Watashi bukak mata and nampak org depan pandang watashi
pelik.


org yg berdiri pun pandang watashi tak kurang jugak yg senyum senyum
Dlm ati berkata.wahhh terlalu comelkah aku sehingga menarik perhatian umum nihhhh
Tapi dlm pada tu
Watashi check la jugak zip suar jeanskan
Ahahaahhaha manalah tauuuu!


Then watashi sambung balik pejam mata.layan lagu
Lama gak pastu org sebelah watashi cuit
Minah tu sengih smbil wat isyarat telefon
Cepat cepat watashi pause MP3 and amik telefon.
Tp masa tu xsempat angkat and nampak ada belas misscall la
Watashi simpan balik handphone watashi dlm sling bag.


Then minah tu dgn ramah bgtau
"Kejap lagi bunyi balik la tuh,urgent call rasanya"katanya smbil senyum
Watashi angguk and pasang balik earphone kat telinga and cuba browse lagu yg watashi nak dengar


Tetiba....watashi dengar lagu yg buat telinga watashi bernanah giler
Dlm hati maki hamun
"Iiieewww sape la kolot sgt pkai ringtone kolot and igt dia sorang je ada handphone ke nk wat pling kuat"


Minah kt sebelah cuit watashi lg
Dia cakap
"Handphone awak bunyi lagi.angkat lah cepat"


Muka watashi pucat
And dh boleh agak turn watashi kena dgn kwn kwn watashi


Gelabah dinasour watashi korek cari handphone dlm sling bag smpai zsmpat angkat pon
Bila dah dapat capai tepon bunyi lagi
Cecepat watashi angkat and member watashi cakap
"Gotcha!really hope smua org dlm koc komuter boleh joget disebabkan u!ahahahh"
Bengkeekkkk giler ok
Punyalah malu smpai watashi tukar ke koc sebelah


Tak sggup okkkk
Kt setengah jam lg watashi nak smpai ke destinasi watashi
Dlm kepala watashi terngiang ngiang lagu ringtone kawan watashi tukar tu


"AKU SUKA SINGKONG KAU SOKA KEJU ahhhh ooooohhH"
Aku suka jaiponggg kau suka disco aaahhhh ohhhh"


Hohoho
Lps kejadian tu sebulan gak la xnaik komuter nk pegi KL


#sesape yg nak tau lagu ringtone watashi..bley layan VC ni.gelak skit skit cukup Okeh!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, December 25, 2010

Kenduri Di Rumah King Plak.kenapa watashi rasa mcm panjang je citer psl kawen ni arr?ahahahah


ok..watahsi tengah berusaha nk abiskan cerita kawen watashi nih..
orang cakap selagi inai merah di jari selagi tu ko di considerkan pengantin baru kan?

tapi sape kawen bulan desember jgn harap laaaaa..
berderet2 org kawen haaa...kui kui kui..

ok..ini majlis di rumah King plak.
cuaca pada pagi tu memang dahsyat okkk..
hujan lebat sesangat..tp syukurr masa rombongan watashi datang..
cuaca sgt baik..panas panas suam lg.




tgk muka king!serius!mcm tgh pasang kuda2 jek.kui kui kui..watashi plak risau tgk payung dekat sgt dgn atas kepala watashi..ahahahaha..





pengapit terlebih ceria(abg king tu)watashi rasa watashi mmg ada syndrome malu la .asyik tak angkat muka je masa berarak.ahahaha

ok..yg ni dah terlebih ceria sudeh.
nampak ujung tu..tu nampanya TELUR EPAL.bukan bunga telur.ahahha
epal dan king mmg sinonim ok.

watashi di sambut oleh papa.
huhuhu..nmpak sgt watashi tinggi

makan beradap la sgt....
ahahahha...masa ni ok lagi la kan..

ala busyuk-busyuk.ahahahha


perasan tak lengan baju King dah singsing tuuuu~?ahahhaha
Kt meja pengantin buley tak king dgn abang dia mkn sesungguh?
siap suh watashi angkat ikan siakap 3 rasa yg besar tu utk dorang mkn.
ahahhahaha..tapi sumpah kelakar ok..
pernah tgk pengantin bagi pengapit mkn tak?

watashi yg malu pun jadi tak malu.miahahhaa
cayala abg ipar.mmg selamba rock habesss

ni kawan sepejabat King.watashi cuba cari melayu.ok ada dua org.
eh..tiga org termasuk King.

family potrait
dari kiri-akak ipar watashi,abg ipar watashi,ayahanda,King,Queen hana(miahhaha) mama & papa.yg kt bawah tu aufa dgn stail rambut kelakar.ahaksss

barisan kawan-kawan sekolah.
ok..gmbr kt rumah king tadelah byk sgt sebab nya semua ni daripada kamera King sendiri.
sedara2 yg amikkan.ok la kan..daripada tade lgsung mehhh...

masuk bilik je..king tgk balik gambar and test amik kat wife dia sendiri plak.
ahahahaha..watashi sendiri tak phm kenapa watashi suka wat memek muka la..
bila tgk balik pic kawen watashi..baru watashi tau.wahahahaha..


ok..selamat sudah cerita bergambar wedding watashi k..
jgn mengada nak minta cerita honeymoon
karate kang.ahahahaha

Friday, December 24, 2010

Bloggers,Sedara,Kawan Baik dan Yg Watashi Sayang

Juling-juling..juling mata watashi browse gambo ok.
byk dan berat..so ini yang terpilih seperti biasa.



1. Blogger

Cik Lindoshhhhhh..tima kasih sayang.kamu datang walaupun watahsi memula macam blurrr sape yg datang nih peluk cium watashi..sib baik pompuan..kalo laki...mati kena menjawab dgn king.pstt...nape king amik gambo cam sedih je..letih ke???ekekekeekek



Saper nak tengok ayaq masakkk???ahahahahha...ni la adik watashi yang durhaka..tak panggil watashi akak.ko muda lg ayaq.pggl watashi akak cepattttt..ahahahhaha..tapi minah ni mmg cara menulis ganas giler padahal..ceaaaaaa..ayu gakkk..kebaya ko...giler cun.tapi sape nk ngorat sila menjawab dgn body guard dia dulu la kan.ahaksss

2. SANAK SAUDARA

mak sedara and sepupu sebelah ayahmak ndak yang awet muda

sepupu di sebelah arwah mak.muka kami nk sama tak?ekekekesepupu and anak buah watahsi yg sulung pakai tudung Grey;aaliyah

3. Kawan-kawan

Lissa yang pakai tudung biru,selaku wakil insurans yang watashi sememangnya suka, and senang sgt dengan dia.ekekeke..pretty lady!::hasrul atau BOTAK.kawan sekelas watashi jugak.rapat dgn king and rapat jugak dgn watashi.dia tak sebelahkan sesape.cuma rapat dgn watashi and king dulu.anak lelaki mmg photostat muka dia ok.::


4.Kawan OFC

ahahahaha..nmpak sgt tak kasi org ngorat King kan?ahahahaha.ada byk cerita sebalik nih..nak citer kt sini mmg tak sesuai ok!ahahahaha

5.ORG YG WATASHI SYG SGT aufa hilma of course.."ateh cantik..aufa nak cantik mcm ateh"
perli kappe anak buah watashi ni..huhuhu

::papa,mama watashi and Cik Jam (BFF mama).kalo king tua nnt mcm mama dia..setuju?ekekekeke::

last but not least..AYAHANDA watashi

HJ Zakaria Ishak yang hensem*jgn kenyit mata kt ayah watashi.haipppp!!!

seikhlasnya watashi sememangnya berterima kasih pada ayah sebab yakin pada pilihan watashi kali ni untuk memilih King pada kali ni.watashi tahu betapa risaunya ayah watahsi selepas tgk watashi jatuh dua kali.terima kasih ayah.hanya Allah saja dapat balas semua pengorbanan dan kasih sayang ayah. dan watashi harap sgt,dah kawen pun..kasih sayang dan hormat watashi pada ayah umi dan parents King semakin kuat smpai hujung nyawa.

pada king takleh nafikan lagi la kan.watashi nk cuba terbaikkk la nih..maklumlah..pasnih watashi atas tanggungjawab king kan...jgn terkejut la kalo tetiba dlm blog watahsi tetiba byk gmbar hilang ok..kui kui kui kui..

as your wish my king *wink wink

Thursday, December 23, 2010

Outdoor Photoshoot

Kenapa kami pilih sekolah kami?
sedangkan ada org pegi tempat bersejarah la..pegi taman la..pegi rel ketapi la..
sebabnya..kat sini la kami jumpa.kalo tade sekolah ni..kami mmg tak kenal King
and watashi akan terus menerus akan label King budak samseng(ahahaha...ampun hubby!)

sekolah watahsi ni ada kenangan tersendiri la..of cossssszzzzz...ahahahhaha
mcm watashi citer awal dulu..dari cinta munyet-musuh ketat-cinta tapi bilang benci(ini king) watashi sumpah tatau!.ahaksss

ok..selamat datang ke sekolah kami.
kaler warna bendera selangor abesssss...




::King mula ngorat watashi dulu cani la::

::dalam kelas.tadenya baik,sengih2 cani..::

::cani kooooooo...gaduh memanjang .sampai sepak terajang::

::sumpah dulu menyampah giler dengan king nih.sebab tak pernah paham dia cane..King pun pahal suka watashi tapi nak cari gado selalu kan::::tapi tu semua dulu la...skang semua dh tak sama.sehari tak nampak King takley duduk woo..ahahahahaha..watashi tulis pun nk muntah::
Padang Sekolah ::kawad kaki di padang sekolah::
::tumit kasut terbenam dlm tanah padang sekolah sebab becak hujan/huhuhuhu::
::kalo King leh dukung watashi ,mmg watashi salute arr.ahahhaha::
::bangun je,baju kami basah sebab pagi tu hujan lorrr::
::King membetulkan kain permaisurinya.betapa kereknya muka watashi.lallalalalala~~::


::King tanya "saper col huny?::


FAV Pic Watashi
::ganas tak kami?ahahahha::

::cubaan utk jadi romantik.kedua-duanya GAGAL ok!hahahaha::

::kalo pose cani..mmg kami flying with colors la kan::
Overall,mmg happy bergumbirala kan photoshoot kat luar nih..bukan ape..sebab tak ramai orang and watashi an king boleh gelak gegila..dengan photographer yang selamba nk mamposss...bangkitkan mood kami utk ceria..
sampai pak guard yang jaga sekolah siap tanya.ni amik gambar utk magazine ke bebetul kawen ni?tak mesra pown...
cessss...mesra kami cani laaaaaaaaaa....taknak arrrr over feeling romantik depan orang kan..muntah hijau org tgk kang. ahahahha
kalo berdua lain cerita laaaa.kandalah bintang dan bulan di hati dinda.ahahahaha(padahal kalo berdua mmg watashi plak tak angkat muka.kui kui kui)

ok..terus terang watashi nk ckp.suami saya plg hensem dari takeshi kaneshiro dan Aaron kwok.ahahahhahahaha..
*syok plak sebut suami saya.**baru kawen kan..lelama kang 'laki aku' ohhh...nehiiiiii.ahaksss

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer