Friday, December 28, 2012

Ada siapa rindukan saya ?

amek..baru skang nak hapdet kan?
bajet penutup tirai 2012 la nih. kui kui kui

sebenarnya watashi sentapsebab skang dah tak leh upload gambo
plak tu kalo update melalu BB pun tak dapat
kecik hati maksss okkk

so mood blogging memanglah ke laut antartika disana
sentappp yg hamattt

oh,lagi satu sedikit pemalas sebab saya pregnant lagi~
weeee~~~ alhamdulilahhh ..tq Allah !!

betul cakap orang cabaran setiap anak yg kita kandungkan sama sekali tak sama
kalini bajet maharani
balik umah terus melepek sofa
king jadi mr mama,dari cuci,sidai baju .kemas umah and memasak

sebab?watashi takleh masuk dapur lagi
perghhhhhhh!!! dulu masa arissa ok je masuk dapur masak suka ria
rela pelbagaikan menu hatta masak dengan rice cooker sekali pun

ok..stop dulu
berpinau sesangat nih1

Tuesday, December 4, 2012

2 Tahun sudah

Sebenarnya anniversary watashi semalam
3 dec 2010
tp semalam 1 hari blog takleh bukak!
mencikk i tau

apapun, happy anniversary mucuk
mari membesar sampai tua bersama

"Let's Grow Old Together"
ngeh ngeh ngeh

Wednesday, November 28, 2012

Wordless Wednesday!

Speechless sebab nak upload gambo goodle cakap kena upgrade..biar benarr koooo

Tuesday, November 20, 2012

cIRI ciri wANITA YG LELAKI Suka and Takkan tinggalkan korang.ahahah




PANDAI JAGA PENAMPILAN
Pandai jaga penampilan ni termasuklah jugak dalam kategori pandai jaga diri dan macam mana korang menunjukkan kepada orang ramai perangai korang ye. Pastikan yang penampilan korang tu ada ciri-ciri perempuan dan bukannya ciri-ciri kaum bertelur. Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dan pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adap tu. Tak cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju lawa-lawa, sekali terpekik terlolong. Nak nampak gojes kena nampak cool.

BERSEDERHANA
Sambungan kepada point di atas, pastikan diri korang sentiasa amalkan kesederhanaan. Tak payah nak make up tebal-tebal, dan pakai baju lady gaga semata-mata nak tarik perhatian orang ramai. Kalau masuk fashion show atau ada majlis-majlis penting tak apalah jugak. Ini setakat nak pergi pasar pun nak make up tebal-tebal dengan gincu merah pekat kat bibir.. Konpem laki takut nak dekat sebab korang akan dilabel perempuan kaki kikis. Selain tu, jangan suka amalkan terpekik terlolong apatah lagi mencarut macam kaum laki ni. Kalau nak jugak, pastikan 'line clear' baru buat. Jatuh saham nanti~~~

MANJA BUKAN GEDIKS
Lelaki suka perempuan yang tunjuk perangai manja tapi bukan manja untuk amik kesempatan atau terlebih manja a.k.a. gediks..Euwww sana..Euww sini....Nak nampak manja tak perlulah sampai nak nangis terhentak-hentak kaki yek..Biasanya perempuan akan nampak manja bila ada perkataan olo..... ataupun ala.....lepas tu buat muka berkerut korang tu. Mesti hancur leburlah hati jantan lelaki nih. Nak lagi syahdu korang cebik bibir korang. Eceh...cutenye...


CERIA DAN SENYUM SOKMO
Dalam banyak-banyak senjata perempuan, ini senjata rahsia yang korang kena gunakan waktu keadaan stress. Senyum korang tu mampu menawan hati lelaki. Ditambah pulak dengan perangai ceria ala-ala dalam cerita korea...Pergh...Mabeles wa cakap lu..Korang akan nampak menyerlah.Cuba cenyum cikit..Kan tomei tu...Smile and the world will smile with you! :)

MUDAH MESRA
Mudah mesra atau dalam kata lainnya mudah memberikan kerjasama. Tapi hati-hati, lelaki akan mudah cari kesempatan dengan perempuan yang mudah mesra. Jangan terlebih mesra, cuma amalkan mesra ditempat kerja ataupun dalam kelas je. Selain daripada tu kalau dah nampak lelaki ni macam ulat beluncas, nak melekat sana, melekat sini,mengeliat sana sini, lepas tu dia bagi nafas syahwat naga dia, korang dah boleh buat tendangan percuma kat anak gajah dumbo dia.

JADI DIRI SENDIRI
Akhir sekali, jadi diri sendiri. Apabila korang sayang diri korang, orang lain akan sayang korang. Kalau semua orang perangai sama, mana nak nampak keistimewaan diri tu kan? Ramai perempuan tak perasan yang dalam diri korang tu ada sifat blur-blur. Apabila laki cakap mesti korang akan blur. Blur tu lah yang menampakkan korang sweeeeet sangat! Tapi jangan terlebih blur. Bebal tu namanya. Jadi, just be yourself


Thursday, November 15, 2012

Sumpah menyampah

Di sebuah kopitiam,dinner
Tokyo-yelah tu hana

Satu situasi yg bbtul sgt annoyed
Satu group don't where datang mkn malam bebetul belakang meja watashi and king/arissa

Antara perbualan yg jelas watashi dengar
(Mmg jelas sbb cakap kuat giler mcm nak semua org dgr) especially 1 lelaki ni.eeeee

-u know, my grandpa is pakistan married malay, so my dad is pakistani.my mom plak mix chinese and malay.both married they have me, so why I need to declare myself malay? I'm not even close to malay.I punya muka pun iras chinese. I don't proud to be a malay.jadi I tak faham malay in malaysia extreme sgt nak hak diorang?

- korang penah tgk I pkai baju melayu songkok? Takkan kan? Even today got official event need us to wear our baju kebangssan, I rela pkai baju ni.because I'm not proud to be malay.I'm multi racial.

- then cerita psl liberal,churh fully incharge in italy gov, then bla bla bla politikkk plitikkk malaysia,politik negara jiran,politikkkkduniaaa

Sumpah meluat, fine,ko tak bangga jadi melayu,jgn poyoooo sgt boleh? Geli ok. Ms nak balik watashi sengaja pusing belakang nk tgk pemilik suara tu

-ooooo I looked more like chinese.reality? Kulit gelap,misai and janggut lebat hitam,rahang tinggi mata besar.celah mana ko lebih kelihatan mcm cina dik oiiii

-tak bangga pakai baju melayu and songkok- haah mmg kena sgt ko pkai baju tradisonal india tu-tp watashi tatau name apa.ahahhhaha

-fine la adik tak bgga jadi melayu,tak kisah la ko nak anggap dri ko hape.but please la.kalu ckp tu jgn nk biar satu kedai and dengar apa yg ko ckp and ko rasa best sgtlah ko.riak semacam.mmg la ko ckp ko ada hak bersuara.tp pk kan juga hak org yg tgh mkn tersedak sedak dgn suara ko ala ahli politik yg tak dpt undi

Eee tak kuasa maksss
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 9, 2012

Air tangan ISteri


Sebagai pemasak tegar-tp tak pandai hias rumah watashi sentiasa berpegang kuat pada ajaran arwah mak

  •  hari hari suami kena makan dari air tangan isteri maksudnya memasak la kan.kalau tak mampu masak pun,buatkan air utk suami.sambil kacau air tu sentiasa bismillah bagi menangani masalah suami yg panas baran kappe..terjemaah bismillah korang tau kan? " "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." so bila setiap pekerjaan kita buat atas nama ALLAH insya ALAAH Sedapppp lagi berkatttt!! 

  • Bila dah rajin masak plak,ibuk ibuk,mama semua kenala pastikan kuku korang tu pendek and bersih dari kotoran.sumpah watashi geli tgk org yg masak kt kedai mkn tu kuku panjang.watashi pernah baca kalau mak yg masak tu kuku panjang, nnt anak anak tu akan jadi keras kepala..Wallahualam la kan.tp mmg dalam sunnah Nabi ada suh umat islam berkuku pendek kan?
  • Kadang kadang ada jugak yg tanya watashi, eh..ko tak letih ke bangun jam 5am setiap hari masak bekal suami pegi pejabat,bekal anak...tipuu leeee kalu cakap tak letihh .ingt watashi robot kappe tak letih.maybe sebab watashi dah set dalam kepala, masak dah jadi kewajiban watashi.maybe sebab niat tu Allah terus berikan kudrat utk terus kuat walaupun i masak main campak je,jampi akak doa je lebih.ahahahaha...
 ok itu saja nak citer,mata  ni weekend ni dfamily watahsi datang rumah..weee~~
itu pun nak citer ke?ahahaha


Wednesday, November 7, 2012

Wordless Wednesday- Setiap Bulan

kalau ada promotion

susu full cream skang dah jadi compulsory sebab saya perlukan kalsium!!
malas nak bancuh susu tepung

yg dapur tak dapur la..muahahha

Monday, November 5, 2012

Perkara Yg buat saya "tangan di dada,mata di atas" aka nyampah bila membeli belah .amik ko tajuknya.ahahah

minta maaf,watashi nak bebel....
tipu la kalau korang tak pernah ada perkara yg menjengkelkan korang bila shopping barang terutamanya barang dapur.

ok..sini watashi nak listkan sebahagian yg wat watashi rasa nak buat kempen kesedaran je,ahahah

1.satu troli,satu anak.
-ok..watashi baleh terima lagi,kalo korang ni mmg nak beli barang byk bawak dua tiga troli.tapi make sure troli tu digunakan oleh org yg ada otak yg boleh berfungsi saja.maknanya ,jgn la suh anak korang yg tolak trolley tu ,mcm dia tolak lori mainan dia,main race trolley dalam supermarket.watashi pernah nampak satu family,sorang pegang satu trolley,yg mak pak pegang.yg anak dia 3-4 orang pun tolak trolley gak.main main kt situ smpai langgar orang..aduiiii...

2. satu barang tu ko sorang je punya.
pernah tak korang tgk pilih tomato,tetiba datang satu untie ni pilih tomato gak dengan suami dia..dgn anak dia.. dgn mak mertua dia..dgn tah sape makcik ke pakciak dia?smpai orang lain nak pilih pun takleh.kalo pilih cepat takpe..ni siap anak yg sekolah rendah tu kena buat quality check dgn mak plak "mama,tomato ni elok tak?mama,cantik tomato ni mama" "mama, nak pilih tomato mcmanaaa??

3. honeymoon shopper
tolak troli smbil berpelukan,kait tgn,bahu lentok lntok.paling tak bleh blah,amik barang,saling berpandangan pastu senyum sama sendiri gurau gurau manja.hello ,ko bajet ni citer adam hawa kappe? ehhh aku lempang gak kang.kalo nk bermanjaan pun pegi la kt lorong luas skit.rasanya ni cuple loving abes la,sbb bukan beli barang hape pun.kalo baru kawen mesti ada list kt tgn,ahahaha ,,tul dakk??

4.Extreme  Shopper 'short term memory lost"
contoh?dia amik barang kt tempat lain, tak jadi beli anTAK SENGAJA main bantai je letak kt tempat lain.ok..ada apa hal kan?standard la tetiba tak jadi barang kan.tp sila la berperi kemanusiaan skit....jgn la ko beli sotong or ayam tak jadi beli pegi letak kat bhgn baju ke,,kt bahagian tepung ke...tah camner la adab org macam ni kan?kalo malas sgt,pas la kasi pekerja tu amik simpan balik.jgn nak malas sgt.

5. Shopper yg over confidence 'anak aku pandai jaga diri"
yg ni paling extreme yg watashi pernah jumpa setakat nih.ko pernah jumpa tak satu group bebudak, tarik basikal yg display tu,dia kayuh baikk punya satu Tesco?pastu dia pegi bukak mainan, main masak masak la..main bola tampar la..pling dahsyat main masak masak,dorang pegi amik sayur kat bahagian sayur tu ha..amik buah.,yarabbiiii....ok..watashi bukanlah wakil carrefour ke,,duta giant or ada share dgn tesco,tp boleh tak ketepikan mentaliti, ada pekerja yg akan kemaskan barang barang yg anak  ko sepahkan tu?tolonglaa...

6. ini kaunter bayaran 'ahmad albab'yang punya!!
kes sama dengan no.1 and 2.. kanunter bayaran, berderettttt troli makcikkk,anak sulung, anak tgh, bongsu suami atok semua..padahal kt trolley anak anak tu barang skit je..dari barisan bayar tu pendek jadi panjang

ok..udahla,,emo ari ahad aritu berbaki smpai arini.
kenkadang rasa lagi sanggup tgk parents tu letak anak dalam troli 2 orang dari biar anak tu berlari sana sini,langgar abes orang tua,rosakkan barang.
kalau macam tu la mentaliti parents yg amalkan sikap "tak apa" jgn terkejut la anak tu nnt takde adab dgn orang lain

Wednesday, October 31, 2012

Drama-drama sebelum kahwin-Mat Luthfi

actually watashi kenal mat lutfi ni dari nasik lemak Kopi O
memula tak paham pun tah hape la dak kecik ni duk bebel
pastu cari dengan king kt you tube
gilerbantaiketawa,,
so anata vc yg wat watashi gelak balik ni la


huraian pd watashi super kelakar

  • drama cinta agama(boleh?ala ala Nur KAsih la sangat kan.ahahah)
  • drama tak senegeri (cekelet!cekelet!ahahha)
  • drama friendzone (yg ni sebab ada kena mengena dgn watashi dgn king,pangai lelaki yg mat luthfi wat tu sejibikkk cam king ok!ahahaha baguss dikk akakaka)
  • drama tak separti politik(cam siot je..ahahaah. siap nyanyi bagai)





lama dia tak post video
bz study kut
ahahahah



Wordless Wednesday!! sepantas angin lalu ~




cinta monyet masa form 1
cinta pass surat-tak pernah dating pun.aduhai..naive kan?


kawan baik lepas -lost contact -declare mush ketat nak mampos
sebelum lost contact sekali lagi
Selepas 15 tahun  boleh bertemu semula
Terbercinta tanpa sedar -jenuh nak yakinkan diri memasing..betul ke aku suka dia?
Memory yang indah,masam masin semua ada
korang ingat senang nak tukar ayat KO -AKU kepada ayat hidung berdarah Hunny-hubby?
sempat terguling guling nak sebut
8 bulan bercinta-Risikan dibuat
joget gangnam
Bertunang - July 2012
Alhamdulilah




Dec tahun yg sama - Berkahwin -masa ni tgh fitting baju 


Pregnant bunting pelamin.ko mampu?
Bertiga dan menunggu number yg seterusnya.
hiksss

Tuesday, October 30, 2012

TUDUNG SYRIANA (RM 15 sehelai)

Bawal Syriana 2 corak(depan belakang)
ari senin pakai polcadot
ari selasa pakai corak len.bijak bijakk

kain tebal,senang dibentuk,tidak panas.
berminat?boleh PM hana kt hana.baiduri@gmail.com or comment sini pun boleyyy

















Monday, October 29, 2012

Jatuh Saham Daddy!

citer n berlaku masa arissa 4-5 bulan la..
so nak dijadikan cerita pada satu hari yang indah* tetiba bunga bunga sakura berterbangan nih

waatshi and king pegi la dating ,kt mall
dah sampai,watashi tak menyempat plak memulas perut
so pass arissa pada king dukung sebab masa ni ala boycott habiss naik stroller.
*nasib baik dia ringan lagi..cuba imagin masa skang taknak duk stroller?ibarat pikul 10kilo beras ok!

watashi pun berlariaanlah ala baywatch tepi pantai cari toilet
taklama pas tu..watashi tgk muka king laju atur langkah ke arah watashi..

King:  Aduhh..Hunny,malu betul laaaaa 
Watashi: Apa kes? 
King: Hubby masuk satu stall kiosk kecik tu.yg ada jual baju baby 
Watashi: ha..tau tau..then? 
King: masa tgh belek belek barang,tetiba boleh plak arissa kentut dalam diam.busukkk gilerr!!! 
Watashi: ala, biasala hubby baby kentut busyukk 
King: masalahnya busuk sampai customer  lain yg ada kt kiosk tu tutup hidung and semua pandang hubby.macam hubby yg kentut
Watashi: ahahahahhaha....hubby tak belakon skit..ehhh arissa ni kentutt busuknyaaa 
King: dah takleh nk berlakon sebab semua orang pandang semacam; siap geleng geleng kepala.dah la sales girl tadi cun..malu malu.,. 
Watashi: haa..tu arissa kasi warning la tu...!!*cubit king.ahahaha



u know la baby kan

selalu je kencing berak yg sangat kerap

as young(muda ker??) parents watashi and king still belajar lagi la nk kenal pasti anak poo poo (berak) or kentut..sebab dia punya BAU tu nauzubillahh mmg melekat persis kentut dewasa hokay!!






Wednesday, October 24, 2012

My little Helper-Arissa

 Skang musim hujan kan?
baju umah korang kering ke?

hohohoh..sape yg duk apartment or flat memang menjawab le nak sidai baju macamana
ada bau...ahahahah

currently watashi mme kena sidai baju kat ruang tamu leww
sebab kat situ je pancaran mata hari paling terbayekkk kalo nak dibandingkan dari corner yg lain

tapi..menjawab la nak kena "haipp haipp haippp" dengan ariissa

arissa paling excited bila time sidai baju
terkocoh koch datang bila watashi bawak bakul..
letak je bakul sibuk je nak keluarkan baju and hulur pada watashi
"nahh nahh nahh nahnn"

agak agak lambat je terus jerit
igt ibu robot ke  anak?

bila dah abes sidai,dia sibuk plak nak angkat
pengaruh doraemon la nih
"lampuuuu keringkan baju dgn cepattt!!" suara doraemon

Edisi Arissa: Pertama kali saya makan sendiri

bismillahhh
tade bib lagi


tetiba dah ada bib sebab habis baju
penuh perasaan suap.ahahah




 Bersepah bawah kaki kerusi tu jgn cakap la!!wohohohohho

kadang kadang kita perlu tahu,
bila anak lakukan sesuatu, sepeti jatuhkan makanan,baling barang ,menjerit, mengetuk barang

sebenarnya anak kita sedang belajar sesuatu
kenapa barang tu jatuh?
kenapa suara saya kedengaran kuat?
kenapa ..kenapa ..kenapa...

ini adalah fasa paling active anak kita sedang membina sel sel otak

jgn rencatkan kretiviti dgn perkembangan minda dia
-kadang kita pun hilang sabo kan.ahahaha




Tuesday, October 23, 2012

Ginger Bread Man??? Oh tidak Ini Puding ROti Jagung Man!!

 haa...hamek ko
sejak jadi ibu ni semua menda nak ekperiment
semua menda nak buat utk menggembirakan hati sendiri anak

kali ni watashi nak kongsi menu untuk baby 8bulan -1tahun ye
sebab apa umur camni?
sebab bermula 8bulan..baby baru boleh introduce jangung
but,kalo baby tu ada eczema, haa ibu tunggulah sampai setahun yya..

lagisatu sebab penggunaan roti potong dalam menu kali ni..
dinasihatkan bayi seawal 8bulan boleh mkn.tp agak agakla kan kalo nak introduce
cara yg macamana..kena rajin buat homework dengan anak sendiri..

ok..ini bahan bahannya

PUDING ROTI SI JAGUNG MANIS-amik ko..nama !


  1. 1 keping roti. atau instant oat-kalau baby still kecik sila blend oat tu
  2. susu FM/atau susu fresh milk(utk baby 1 tahun keatas sahaja)
  3. jagung 1-2 sudu teh.(waatshi guna jagung rebus.jagung tin tak digalakkan sbb ada bahan pengawet)
  4. Utk bayi below 1 tahun - sedikit puree kurma (macamana nak buat puree kurma?rendam kurma semalaman, then buang kulit and biji, hancurkan isi and boleh simpan di bahagian dingin beku...
  5. Utk bayi 1 tahun keatas- sedikit brown sugar 
  6. secubit kulit kayu manis
  7. setengah sudu tepung jagung
Cara- Cara Make it happen-ahahaah..
  1. rendam roti/oat (kalo oat makesure susu panas ok) dgn susu sehingga kembang..
  2. masukkan tepung jagung,puree kurma/brown sugar,jagung,
  3. kacau dengan ganas supaya roti tadi bebetul hancur.ahahaha
  4. dah agak sebati(jgnla kasi cair sangat) cari acuan yg korang sukai.ahaha..terapkan dalam acuan
  5. dan siap untuk dibakar or steam dalam 15minit gitu..
  6. siap utk dihidang untuk yang tersayang




p/s-jgn lupa doa and zikir sepanjang proses pemasakkan hidanganuntuk bayi dan suami anda
makaseyyyyyyyy
-Ibu Hana Yg Shomey(u.w.e.k.s!)

Serius Menakutkan












 Pernah dapat friend request yang mendebarkan???

bukan dari crush or secret admirer korang
tapi dari picture profile je korang dah meremang bulu kaki???
macam watashi dapat ni ha

nama pun macam hape je
pastu pic profile
wuwuwuwuw

takot tak takot tak?

paling tak boleh blah baru je create account tu

pigidaaaa














taraf sama macam org buat fake account pastu pang pung pang sana sini..

usually kalo org camni watashi wat camne?
terus je block
hohohoho..lantakla kan
takyah bg muka
lelaki lain selain dari suami kita bukan tiket ke syurga pun

so, kamu sila blah .




Monday, October 22, 2012

Resepi Pasta/Spaghetti Carbonara baby/bayi. 8 bulan ke atas

Assalamualaikum ibu semua
haloo..arini entry khas buat adik angkat and adik ipar kesayangan watashi.

nak belajar buat pasta /or spaghetti carbonara untuk baby 
senang gilos rupanya..


semua idea nak google tahap gaban ni watashi dapat bila Arissa dah start mogok taknak makan
giler nangis hati ibu ok!
bayangkan ari sabtu ahad.watahsi ulang masak sbb semua arissa keep cakap "TAKNAK" sambil peluk tubuh

aduh duh duh,..so apa lagi cuba satu persatu..sekali toingg!!! bila dapat mkn pasta tetiba dia jadi semangat nak makan.and tak cukup plak,hohoo..anak ibu dah besar ekk,,

*padahal dalam hati mmg berdoa sangat sumber and cara pembuatan pasta ni daripada bahan yg halal..ye la..mmg ada cob halal kt situ tp watashi sgtlah cerewet. ohh ohohoho..

ok..bebel tahap gaban.moh terjah bahan bahannya
yabedabedduuuuu
bahan-bahan
  1. Pasta (macaroni ke..penne ke) or spaghetti..  (dicelur hinggga lembut dan ditoskan)
  2. 1-2 ulas bawang putih dicincang
  3. sedikit isi ayam
  4. sedikit lobak merah or carrot  diracik halus
  5. sedikitttt tomato (tomato baby 8bulan keatas baru boleh letak ya)
  6. brocoli - dicincang halus
  7. sedikit susu (make sure fresh milk/kalau bayi  1 tahun keatas, guna susu tepung yg selalu baby minum tu)
  8. cheese-kalao boleh amiklah yg kurang garam or cheddar-tp watahsi 
  9. sedikit olive oil ATAU unsalted butter untuk menumis
  10. sedikittttt lada hitam (taknak pun takpe)
  11. sedikitttttt garam-kadang kadanmg cheese tu dah masin.baby bawah 1tahun tak perlu letak ok! 
Cara cara membuatnya
  1. tumis bawang putih bersama olive oil atau unsalted butter sehingga naik bau
  2. masukkan carrot,isi ayam.lada hitam,tomato masak hingga naik bau
  3. masukkan susu,agak agak byk mana korang nak masukkan pasta nnt
  4. Perlahan kan api, masak agak agak susu mendidih sikit, masukkan pasta,cheese and lada hitam dan brocoli,
  5. biarkan sekejap sehingga brocoli masak and pasta mesra dengan kuah.(tambah garam jika perlu-rasanya tak perlu.hihih)
  6. tutup api and siap untuk dihidangkan untuk anak tersayang.

oh,,jgn lupa jampi serapah semasa memasak.ini jampi yg selalu watashi amalkan
"la ila haillallah.muhammadu Rasullulah" "ya LAtiff.Ya LAtiff "
pastu smbil kacau niatkan segala yg terindah,yg terbaik,yang terulung buat anak and suami KERANA ALLAH TAALA"

sekian,Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi .
Peace (^ ^)y

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer