Showing posts with label food for baby. Show all posts
Showing posts with label food for baby. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

Ginger Bread Man??? Oh tidak Ini Puding ROti Jagung Man!!

 haa...hamek ko
sejak jadi ibu ni semua menda nak ekperiment
semua menda nak buat utk menggembirakan hati sendiri anak

kali ni watashi nak kongsi menu untuk baby 8bulan -1tahun ye
sebab apa umur camni?
sebab bermula 8bulan..baby baru boleh introduce jangung
but,kalo baby tu ada eczema, haa ibu tunggulah sampai setahun yya..

lagisatu sebab penggunaan roti potong dalam menu kali ni..
dinasihatkan bayi seawal 8bulan boleh mkn.tp agak agakla kan kalo nak introduce
cara yg macamana..kena rajin buat homework dengan anak sendiri..

ok..ini bahan bahannya

PUDING ROTI SI JAGUNG MANIS-amik ko..nama !


  1. 1 keping roti. atau instant oat-kalau baby still kecik sila blend oat tu
  2. susu FM/atau susu fresh milk(utk baby 1 tahun keatas sahaja)
  3. jagung 1-2 sudu teh.(waatshi guna jagung rebus.jagung tin tak digalakkan sbb ada bahan pengawet)
  4. Utk bayi below 1 tahun - sedikit puree kurma (macamana nak buat puree kurma?rendam kurma semalaman, then buang kulit and biji, hancurkan isi and boleh simpan di bahagian dingin beku...
  5. Utk bayi 1 tahun keatas- sedikit brown sugar 
  6. secubit kulit kayu manis
  7. setengah sudu tepung jagung
Cara- Cara Make it happen-ahahaah..
  1. rendam roti/oat (kalo oat makesure susu panas ok) dgn susu sehingga kembang..
  2. masukkan tepung jagung,puree kurma/brown sugar,jagung,
  3. kacau dengan ganas supaya roti tadi bebetul hancur.ahahaha
  4. dah agak sebati(jgnla kasi cair sangat) cari acuan yg korang sukai.ahaha..terapkan dalam acuan
  5. dan siap untuk dibakar or steam dalam 15minit gitu..
  6. siap utk dihidang untuk yang tersayang




p/s-jgn lupa doa and zikir sepanjang proses pemasakkan hidanganuntuk bayi dan suami anda
makaseyyyyyyyy
-Ibu Hana Yg Shomey(u.w.e.k.s!)

Monday, October 22, 2012

Resepi Pasta/Spaghetti Carbonara baby/bayi. 8 bulan ke atas

Assalamualaikum ibu semua
haloo..arini entry khas buat adik angkat and adik ipar kesayangan watashi.

nak belajar buat pasta /or spaghetti carbonara untuk baby 
senang gilos rupanya..


semua idea nak google tahap gaban ni watashi dapat bila Arissa dah start mogok taknak makan
giler nangis hati ibu ok!
bayangkan ari sabtu ahad.watahsi ulang masak sbb semua arissa keep cakap "TAKNAK" sambil peluk tubuh

aduh duh duh,..so apa lagi cuba satu persatu..sekali toingg!!! bila dapat mkn pasta tetiba dia jadi semangat nak makan.and tak cukup plak,hohoo..anak ibu dah besar ekk,,

*padahal dalam hati mmg berdoa sangat sumber and cara pembuatan pasta ni daripada bahan yg halal..ye la..mmg ada cob halal kt situ tp watashi sgtlah cerewet. ohh ohohoho..

ok..bebel tahap gaban.moh terjah bahan bahannya
yabedabedduuuuu
bahan-bahan
  1. Pasta (macaroni ke..penne ke) or spaghetti..  (dicelur hinggga lembut dan ditoskan)
  2. 1-2 ulas bawang putih dicincang
  3. sedikit isi ayam
  4. sedikit lobak merah or carrot  diracik halus
  5. sedikitttt tomato (tomato baby 8bulan keatas baru boleh letak ya)
  6. brocoli - dicincang halus
  7. sedikit susu (make sure fresh milk/kalau bayi  1 tahun keatas, guna susu tepung yg selalu baby minum tu)
  8. cheese-kalao boleh amiklah yg kurang garam or cheddar-tp watahsi 
  9. sedikit olive oil ATAU unsalted butter untuk menumis
  10. sedikittttt lada hitam (taknak pun takpe)
  11. sedikitttttt garam-kadang kadanmg cheese tu dah masin.baby bawah 1tahun tak perlu letak ok! 
Cara cara membuatnya
  1. tumis bawang putih bersama olive oil atau unsalted butter sehingga naik bau
  2. masukkan carrot,isi ayam.lada hitam,tomato masak hingga naik bau
  3. masukkan susu,agak agak byk mana korang nak masukkan pasta nnt
  4. Perlahan kan api, masak agak agak susu mendidih sikit, masukkan pasta,cheese and lada hitam dan brocoli,
  5. biarkan sekejap sehingga brocoli masak and pasta mesra dengan kuah.(tambah garam jika perlu-rasanya tak perlu.hihih)
  6. tutup api and siap untuk dihidangkan untuk anak tersayang.

oh,,jgn lupa jampi serapah semasa memasak.ini jampi yg selalu watashi amalkan
"la ila haillallah.muhammadu Rasullulah" "ya LAtiff.Ya LAtiff "
pastu smbil kacau niatkan segala yg terindah,yg terbaik,yang terulung buat anak and suami KERANA ALLAH TAALA"

sekian,Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi .
Peace (^ ^)y

Friday, October 12, 2012

JAJAN ARISSA- 1 Tahun

 see..ni dah kira pemalas abes dah ni
bukan tak rajinnn..microwave oven tu takleh bake biscuit ok!!
lebih kukuh lagi,,microwave oven watashi tak dipasang dirak lagiii

sila tak note ya king,terperuk dalam studio dah almost 2 months taww
ahahahaha

snack sihat utk anak boleh dikategorikan

  • buah buahan
  • homemade biscuit 
  • bread
  • steam vegetables
  • home made sweet potato/fries(buat sendiri ok) digoreng tapi seeloknya dibakar  

ok..jajan or snack arissa ni ikut kerajinnan watashi
kalo ikut gambo atas sana..tak sebegiru rajin sebbbaaaaabb...roti main tekap tekap lovey dovey sajaaa..
pisang potong gitu..and biskut merry
kui kui kui..

actually snack for baby,kita boleh bagi masa waktu petang la kan
kalo agak tak nakanak makan dinner leh la wat oat ke..puding ke,,
kalo rasa pemalas canggih macam watashi wat gini la..anak akan ulang makan
ok la kan daripada bg anak makan keropok yg byk peraa and pewarna

huuuu ya Allahh..jauhkanlaahhh minat anak nak watashi dari makanan junk food nih
aminnnn!!
sedap kan arissa?
arissa sekarang dah ada 6 batang gigi pun
4batang atas ,2 batang bawah
agak mencabar nak ajar dia gosok gigi,sebab kenkadang dia gosok karpet.
waduhh waduhhh

Thursday, June 28, 2012

Ibu Tegar.Doakan terus tegar sampai anak kelima..Awwww!!!!

Holaaaa...
watahsi just nak kongsi pengalaman watashi yang membesarkan Arissa yang dah pun menginjak 10 bulan..
1. about breast feeding
2. about solid food for your baby.

1. breast feeding.

  • haa...jgn mimpi le ko nak tgk watahsi BF arisssa..muahahahah..tampo kang..
  • set dalam kepala bapak,ibu,suami ,isteri korang..baby minum susu badan/susu ibu(YG TERBAIK) sampai 6 bulan! 
  • in the journey to achieve 6 months,jgn getik,gatal mengada..nak sumbat nestum, dalam  botol,and besarkan lubang bottol bila baby keep nangis bila usia 4-5bulan..trust me..teruskan bersabar..kalau nanny korang am hampeh duk minta nestum or cerelac kappe..korang tampo dia laju laju dalam mimpi..ehhhh..idak la gitu..explain le bebaik.dah byk kes baby usus kena potong sebab belum cukup matang..worst , passed away sebab usus luka and pecah.sadis bukan?
  • susu ibu adalah susu terbaik..keep moving ibu! jgn putus asa or set dlm kepala susu badan saya kurang..bg baby minum.soal 'tenggelam kappe..let your baby help you..insya allah boleh..and paling penting berdoa..terus berdoa..watashi kali pertama arissa pandai minum susu, watahsi menangis keharuan..terus rasa betapa hebatnya watashi.. wonderful mr loba loba
ibu happy dapat borong avocado.

2. Solid Food for your baby

  • start umor 6 bulan ya....
  • mulakan dari puree dulu...puree buah buahan..buat cair cair..and suap dalam mulut dia...memang anak kita akan buat muka pelik memula,,,jgn cakap dia tak suka.,dia baru nak belajar kenal rasa
  • jgn expect anak korang  umur 6 bulan nak abeskan semangkuk puree yg byk ya..hari perdana..arissa dulu 2sudu besar je puree apple...
  • bila agak seminggu dua..boleh kenalkan bubur kosong yg super cair....dgn campuran puree sayur or buah
  • masuk 7 bulan dah start campur dengan bahan lain mcm avocado and apple ke...pisang dgn avocado ke..mix and match. nak campur dengan bubur cair pun buley
  • 8 bulan boleh try ayam (bhgn dada)and isi ikan mcm tenggiri.ikan merah and salmon
  • 8 bulan jugak korang boleh menumis gunakan olive oil amd gunakan bawang holland,herbs mcm kulit kayu manis,bunga lawang,halia,.,tapi dalam kuantiti sikit la ekk.,,
  • Pasta spaggethi, seawal yg watashi post sebelum ni..tapi agak agak la anak dah bergigi ke belum kan?hancho hanchokan dulu
Potato Lil Star

Pasta riang ria
KITAB IBU DNA,TEPEK KT PETI AIS.

Tuesday, June 26, 2012

Kumpulan Makanan Baby ikut umur (Seawal 6 bulan la kan..Pang kang!ahahahah)

Nota PentingBeri Bayi Makan Seawal 6 Bulan OK!!
Steam Rolled oat wit Formula Milk and MAshed Papaya.

Monday, June 25, 2012

Petua Sembelit+Cirit untuk Bayi 6 Bulan Ke atas saja ya!


Sembelit  untuk cuba pulihkan, terus ingat semua buah2 yang bermula dengan huruf P dalam english Contoh?

  1. papaya (8mos n above), 
  2. prune, 
  3. pear, 
  4. plum

Cirit Birit  untuk cuba pulihkan terus ingat BRAT .Contohnya :

  1. banana, 
  2. rice, 
  3. apple sauce
  4. toast Potato
Senang kan nak ingat?
ni hasil perkongsian watashi dalam group Home made Food For your Baby- Air Tangan Mak

Ibu masak  utk saya sebab nak hati saya sentiasa ada ibu and daddy

SO ibu ibu yang masih berkemampuan say selaku ahli kumpulan gagak hitam Air Tangan Mak menyeru pada korang masaklah makanan untk anak anak anda..suaplah mereka dengan tangan anda..tapi make sure kuku korang pendek

potong kuku setiap hari isnin.khamis dan jumaat ye sayangs!

Wednesday, June 20, 2012

Resepi Baby 7 Bulan

 hellow anak anak ibuuuu(bajet ko banyak anak ke hana?ehehheh)
arini ibu nak bg resepi utk mommy camne ibu selalu buat breakfast utk arissa
uiiii setappppppp....

Banana Pudding

bahan:
  •  2 sudu teh rolled/instant oat
  • pisang separuh je guna (make sure guna pisang yg manis seperti pisang emas dibawak belayar/pisang montel comel ko memang tembam and pisag cavendish natang hape tah)
  • 1sudu teh susu Formula milk-ibu arisa tak guna ebm sebab risau smpai rumah nanny pudding tak tahan lama.
cara buat..
  • bahagikan pisang kepada dua bahagian.1 bahagian-lecek.1bahagian potong nipis-nipis mcm ibu tunjuk gamba tu ekk..
  • susu fm bancuh dengan air panas dan masukkan dalam oat smpai agak pekat..
  • then campokan pisang lecek tadi.
  • pas tu..susun pisang yang potong nipis atas puding sebagai tanda penghargaan pada ibu/mommy yg sedaya upaya buat masakan utk anak :)
  • siap utk dikukus 5minit jews.


Raisin Dates Pudding

haa..ni favrite arisa nih. and step lebih kurang sama

bahan:
  •  2 sudu teh rolled/instant oat
  • puree kurma lebih kurang separuh sudu.
  • 6-10biji kismis hitam saja ya..rendam dgn air panas 15minit and cincang skit
  • 1sudu teh susu Formula milk bancuh dgn air panas
Giaman nak buat?
  • masukkan oat dalam susu FM yg dibancuh dgn air panas td smpai agak pekat..
  • then campokan ouree kurma
  • pas tu. kismis..kacau sebati
  • siap utk dikukus 5minit jews.
malaskan ibu arisaa? hebatkan ibu arissa
paling penting ibu/mama kena tahu...jangan sesekali samakan selera anak kita dengan anak orang lain
mcm ibu arisa aritu yo yo borong avocado sebiji 6hengget..
tapi takknya arisa makan.wuwuuwuw

baguss anak..kalau jadi fav kang koyak gak poket daddy dgn ibu..hikssss
sayang arissa!


Tuesday, June 19, 2012

Mari Buat Stok Puree for baby




labu manissss

ok..ini adalah cara ibu yang malass..opsss jgn lupa...org yang malas sentaiasa akan pikirkan cara untk mempercepat danmemudahkan kerja...
dan inibukanlah saranan watashi nak korang malas juga ok..biasalah ibu  bekerjaya  yg comel mcm watashi....ya ampunnn..hujung minggu mesti aktiviti padat dengan kerja-



  1. buat stock cili mesin untuk seminggu(senang nak masak,king suka makan sambal/dulu suka mkn black pepper..dah rupa pedagang arab je watashi ms pregnantkan arisa dulu.ahahah)
  2. buat stock puree utk anakanda yg solehah tercina DNArissa
  3. buat stok ikan/ayam utk arisa.cuci bersih masuk dalam kiub stock seminggu
 sweet potato



KURMA
usually ibu ibu kena pandai planning la apa kesukaan anak and jangan takut nak cuba menda baru dalam pemakanan anak ok!
cea..cerita cam best. smpai skang arisa tak cuba makan bunga kobis lagi...ahahahaha

ok..ini adalah kumpulan yg boleh bayi/baby makan seawal umur 6 bulan
watashi ulang SEAWAL 6 BULAN
ada paham minachi tanggey???
Buah Pear


1. pisang,mango,betik,avocado, (just blend halus or lecek..and campur susu ibu or formula skit masa nak bg baby.)

2.labu,keledek merah,epal,pear,brocoli,kentang.pear (kena steam or rebus..buang kulit/biji (kalo ada kulit/biji)..sampai lembut,blend and boleh bg baby mkn.)

3.kurma (rendam kurma semalaman smpai senang nak tanggal kulit and biji..blend or lecek..simpan wat stock..usually kurma watahsi bagi mkn dgn bubur nasi yg diblend super halus and cair )



and dont assume ur baby mkn byk..perut anak kita kecik giler weyhhh...


ok..stop bebel..ni cara watahi wat stock puree utk arissa..
cara jimat gas and jimat masa

bahan 1 -green peas..bahan 2:labu manis bahan 3.bergabunggg kukus guna rice cooker!!BIjakkk Bijak!!

Buat buat half rasa nak karate je meja..
lepas semua empuk...labu boleh lecek guna garpu..masuk dalam kiub ais yang bertutup.simpan dalam sejuk.buat stok sampai seminggu ok

utk green peas????aduhaiii...minta maaf arisa sayang, ibu tak cukup tegar...
KENA KOPEK KULIT SEBIJI SEBIJI OK!!!!




Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer