Last weekend
watashi and Kurnia's gang ke stesen minyak Petronas Bandar Sri Damansara dalam pukul 10am camtu la.
kt luar kaki lima stesen minyak ada satu pakcik.kurus,gelap dan berketayap menjual kerepek bilis
watashi bisik pada king. "buy something from the pakcik",,king angguk seraya pegi bayar minyak kt kaunter
masa king tgh bayar. ada satu keluarga watasi rasa naik motor.
1ayah., 1anak perempuan dalam lingkungan umur 11 tahun dan 1 anak lelaki dalam umur 9 tahun..pakaian pun sangat biasa biasa,
satu keluarga masuk kedai mesra dan keluar.nak bonceng motor, pakcik yg jual kerepek bilis memanggil budak lelaki tu beberapa kali
watashi yg dalam kereta igtkan budak tu tercicir barang.
rupanya pakcik tu nak sedekahkan kerepek billis kt budak lelaki tu!!
allahuakbar,,,miskin harta tapi pakcik ni kaya jiwanya.
apa yg watashi nmpak depan mata bebetul menyentuh hati watashi.
betul2 terkesan.watashi tgk pd diri watashi,
bergenang air mata.perasaan bercampur,tersentuh,terharu.sedih.
watashi panggil king
watashi cakap belilah apa yg mampu drpd pakcik tu
tp yg ni sedekah dr kita semua utrk pakcik,
tak apa,tak mati kalau hilang certain amount.allah kan ada.allah ganti balik nnt
mungkin dgn kurniaan kesihatan,limpahan kasih sayang.
dan korang kalo ada nmpak org tua jual kopok keping,kuih,dan apa sajalah,
-jgnla cuba menawar dr dorang
-belilah setakat mampu,kalo lebih bg kt jiran
-bagi sedekah asing disamping niat kitasedekah pada dorang dgn beli hasil jualan dorang
-sometime barang jualan tu dorang amik and untung dorang based on berapa jumlah yg dorang jual.so bagilah sedekah yg asing.yg beli lain.yg sedekah utk pakcik makcik lain.
-belikan air untuk dorang minum,.......
mati kata watashi skang,terbayang lg situasi pakcik tu hulurkan kerpok bilis kt budak lelaki.
dan saat dia menadah tgn berdoa.,allahuakbar.murahkanlah rezeki pakcik tu
amin..
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah telah bersabda: "Bukanlah kekayaan itu
disebabkan seseorang mempunyai banyak harta, tetapi kekayaan yang
sebenarnya ialah kekayaan diri (jiwa)." (Hadis riwayat Bukhari)Seseorang
yang mempunyai banyak harta belum lagi dianggap kaya di sisi Allah
selagi ia belum dapat menseimbangkan kekayaan itu dengan kekayaan
rohaninya yang sesuai dengan pengajaran agama. Itulah ditegaskan bahawa
kekayaan yang kekal lagi mulia ialah kekayaan jiwa.Mereka yang jiwanya
kaya dan mulia sentiasa bahagia sekali pun ia tidak mempunyai banyak
harta, dan sekiranya ia banyak harta maka ia adalah sebahagia-bahagia
manusia di dunia ini
Raksaksa Comel dari langit biru yang Peramah Tapi Pemalu. -sumpah watashi tulis ni pun watashi rasa geli :P
Showing posts with label amalan mulia. Show all posts
Showing posts with label amalan mulia. Show all posts
Tuesday, July 26, 2016
Monday, November 4, 2013
Keharmonian rumahtangga..Tips elakkan perceraian
wahh gitu ko..
ni watashi dapat dr newspaper arini.
4.11.2013..baiklah..moh kita check
1.Komunikasi 2 hala
kena berbual dengan pasangan walaupun hehari ko tgk muka aku..aku tgk muka ko ye..ye la ,,skang ni husband and wife modern..duk serumah tpi memasing bz ngadap gadget.habis tu acaner?so pendekkata kena kongsi apa jua masalah.ye la..ko nak hidup dgn org tu sampai ke jannah kan,kalo rasa takmo berkomunikasi mohon jahit saja mulut ituuu..akakakakak
2. Keterbukaan tentang masalah seks.
wahh tetiba open gila gitu .malas nak ulas.pandai korang cari sendri.kata teror.akakakaka
3. menerima pasangan seadanya
haa..ni penting..selalu ada bidalan mak salleh cakap..lepas kawen.. wife harap suaminya akan berubah..tp sebenarnya dorang mmg SUSAH nak di ubah dan Suami mengharapkan isteri dorang takkan berubah..tp MEREKA berubah.,.apa yg watashi nampak kt situ..wanita harapkan lelaki berubah dari segi perangai..atititude..tp mereka susah nak ubah..dan suami plak harapkan isteri mereka tak berubah dari segi rupa parasssss body melentikkk..tp kita hanya merancang..tuhan menetukan..dah isteri korang lahirkan 3 anak utk korang.bersengkang mata jaga tetiap malam and wat kerja rumah bagai..what do you expect man?????lempang nak???memasing berusaha la terima kelemahan dan kelebihan pasangan memasing.jgn nak compare husband or wife korang dgn org lain.ko terima akad dari sape sebenarnya pada mula??
4.Jangan biasakan berbohong.
bidalan melayu..siakap senohong gelama ikan duri
bercakap bohong lelama ada 2isteri.
akakakaka leh terima?
5.jgn cemburu berlebihan
ok.cemburu tanda sayang,tapi takkan suami ko bercakap dgn receptionist pompuan ko nak majuk kan?unless ko nampak receptionist tu melentok lentok.meliuk liuk badan kiri kana tu harus ko kasi starlight kt dahinya.tapi pada watashi sesekali rasa cemburu harus di utarakan sebagai reminder kepada pasangan memasing.haa gituu
6.hindari kecurangan
nak rasa sneakers size 9?dah kawen tu buat cara kawen.
7.cari orang tengah
kao erkonflik sila cari org tengah yg dipercayai.jgn cari org yang berpot pet and gossip plak di belakang korang.tips nak tau org tengah yg berkuaiti adalah..bila korang bermasalah dia takkan bercakap menda buruk psl suami or isteri korang hingga bawak kepada masalah bertambah spicy.orang tengah sepatutnya menenangkan..mendamaikan.dan pastikan juga org tengah korang ni kao ko wife..cari la pompuan.kalo ko suami..carila jantan.kang tak pasal2 berskandal tak sedar.dah satu hal cinta tanpa rela.lempang kang
8.tetap mesra
yang ni mmg susah nak di apply dalam masyarakat melayu.sebab lelaki melayu tak romantik akakakak..so kurang pamerkan rasa mesra tu walaupun tade orang kt rumah.setuju?heh..
lelaki selalu lupa..wife ni perlukan pujian ,perlukan perhatian dan setuhan.tp tetap benggong gitu smpai tua,ceh
9.Pasrah pada yang Esa
banyakkan berdoa..pasrah jika doa anda masih tidak terpilih sisiNYA..wah tetiba syahdu disitu.
sekian,
Labels:
amalan mulia,
family,
kisah dan teladan,
kongsi,
nyampah taw
Friday, September 13, 2013
perkembangan anak 2-3 tahun ke atas..emosi,mental dan fizikal. oh my arissa!!
Mengenali Anak Anda (Umur 2-3 Tahun)
Artikel dari dari www.bicaramuslim.com. watashi terpaksa byk membaca skit lepas rasa mcm
nak angkat bendera putih handle arissa yg aktif.#urut dadaaaa
A. PERKEMBANGAN FIZIKAL
1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan,
perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak- anak bergerak
tanpa rasa bimbang. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak.
nak angkat bendera putih handle arissa yg aktif.#urut dadaaaa
A. PERKEMBANGAN FIZIKAL
1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan,
perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak- anak bergerak
tanpa rasa bimbang. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak.
2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga
mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama.
, sia-sia saja kita meminta mereka duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan
mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi mereka.
B. PERKEMBANGAN MENTAL
1. Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu..
2. Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini sangat tinggi. Ibubapa perlu mengambil
kira jenis alat permainan yang hendak dibeli. Permainan yang sesuai ialah permainan
yang merangsang kreativiti anak-anak selain harus menarik dan tidak mudah rosak,
Ajar anak menggunakan pancaindera (mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa).
Libatkan sebanyak mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya:
mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman untuk melihat
berbagai jenis haiwan dan sebagainya.
Libatkan sebanyak mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya:
mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman untuk melihat
berbagai jenis haiwan dan sebagainya.
3. Perbendaharaan kata mereka masih terbatas di tahap ini.
Gunakanlah kata-kata yang sederhana dan konkrit, baik ketika bercerita ataupun
ketika bercakap dengan anak-anak. Jangan menggunakan perkataan yang abstrak
misalnya: tanggungjawab, keselamatan, kebenaran, keadilan dll.
Adalah lebih baik menggunakan perkataan yang disertai dengan contoh-contoh kehidupan seharian.
4. Pemikiran anak-anak di tahap ini sebenarnya lebih cepat berkembang
berbanding dengan kemampuan untuk bertutur. Sebab itulah anak-anak sering
didapati tergagap-gagap ketika bercakap. Ibubapa harus peka terhadap situasi ini dengan
menunjukkan perhatian dan kesabaran. Bersedia untuk menjadi pendengar tanpa
tergesa-gesa ataupun memaksa anak bercakap dengan lebih cepat.
C. PERKEMBANGAN EMOSI
Menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut pada suasana baru atau orang asing.
Sekiranya anak sentiasa dibawa bergaul dengan orang sekeliling, perasaan takut lama
kelamaan akan hilang.
D. PERKEMBANGAN SOSIAL
1. Sifat dependent masih tinggi, namun kadang-kadanganak juga ingin menonjolkan sifat kemandirian. Biarkan anak melakukan
sesuatu yang mampu ia lakukan sendiri.
2. Egocentric. Anak-anak di tahap ini cenderung memperlakukan
kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan
bukan sebagai individu. Ia belum boleh bermain "dengan" kanak-kanak
dalam arti kata yang sebenarnya. Oleh itu, ketika bermain dengan
kanak-kanak lain, perlu ada pengawasan dari orang dewasa
supaya tidak terjadi keadaan di mana anak kita akan menyakiti
anak-anak lain.
3. Suka mengatakan "tidak" dan memang dalam usia ini anak bersikap "menentang".
Selain itu anak juga seringkali "menguji" persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya.
Anak-anak perlu mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya.
Tingkah laku mereka itu pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk mengetahui apa
yang boleh atau tidak boleh dilakukannya. Oleh karena itu ibubapa harus tegas, jika perlu,
berikan hukuman yang sesuai dengan tahap umur mereka bagi kesalahan yang dilakukan supaya
mereka tahu bahwa yang dilakukannya adalah salah.
E. PERKEMBANGAN ROHANI (SPIRITUAL)
1. Meniru tingkah laku orang dewasa, Sikap dan tingkah laku ibubapaharus membuat mereka memahami tentang ajaran Islam. Bermakna setiap
perbuatan kita harus dikaitkan dengan ajaran Islam, seperti solat, berdo’a
sebelum makan, membaca bismillah sebelum membuat sesuatu dll.
2. Anak juga berkembang dari segi rohani. Oleh itu, ibubapa perlu
menolong mereka untuk menyedari tentang kewujudan Allah dalam setiap
aspek kehidupan. Dengan demikian mereka akan belajar bahwa sekalipun
Allah tidak dapat dilihat tapi Allah ada. Bermakna dalam setiap aktiviti kita
seharian, ibubapa perlu mengaitkannya dengan kewujudan Allah.
AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK DI TAHAP INI
Secara fizikal, anak-anak yang berumur antara 2-3 tahun adalah anak yang suka bergerak,
berlari, melompat, memanjat dan tidak boleh duduk diam untuk jangkamasa yang
lama. Namun mereka cepat letih karena otot-otot belum berkembang dengan sempurna.
Mereka belum dapat melakukan pekerjaan yang rumit. Ibubapa perlu menyediakan aktiviti
dan permainan sederhana yang dapat anak-anak lakukan. Beberapa aktiviti yang sesuai
untuk anak-anak di tahap ini ialah:
1. PERMAINAN BLOK
Gunakanlah blok-blok kayu/plastik, dan ajaklah anak-anak untuk menyusun blok-blok
tersebut menurut imajinasi mereka sendiri. Biarkan mereka membuat bentuk menurut
keinginan mereka, Permainan ini selain dapat merangsang perkembangan otot-ototnya,
juga dapat membantu meningkatkan daya imajinasi mereka.
2. PUZZLE
Puzzle adalah permainan yang menyusun suatu gambar atau benda yang telah
dipecah dalam beberapa bahagian. Jangan menggunakan puzzle yang terlalu rumit,
gunalah yang sederhana yang terdiri dari 5-10 keping, sehingga anak-anak dapat menyusun
dengan mudah.
3. MELUKIS
Sediakan kertas dan crayon dan biarkan anak-anak membuat gambar dan
contengan menurut imajinasi mereka, walaupun pada tahap umur ini biasanya anak-anak
masih belum melukis dengan sempurna.
4. MENAMPAL
Gunakan gambar-gambar sederhana yang telah dikenali oleh anak, misalnya meminta anak menampal "mata ikan" pada
tempat yang sesuai. Boleh juga diberikan beberapa keping gambar
dan minta anak menampalkan mengikut keinginan mereka sendiri,
misalnya gambar seorang gembala, seekor anjing, dan 3 ekor anak
lembu serta sekeping kertas hijau berbentuk padang rumput yang luas.
Aktiviti ini boleh juga disertai dengan aktiviti mengira. Selesai menampal
gambar ajaklah anak mengira jumlah anak lembu, anjing dsbnya.
5. MEWARNA
Sediakan kertas dengan gambar di atasnya, pensil warna, atau
crayon. Mintalah anak-anak mewarnakan gambar tersebut.
Walaupun mereka belum dapat mewarna dengan sempurna, tapi aktiviti ini dapat melatih
kepekaan mereka terhadap warna.
Itulah di antara beberapa aktiviti yang dapat dilakukan oleh anak-anak yang berumur 2-3 tahun.
Semoga idea ini dapat membantu ibubapa sedikit sebanyak dalam melayani dan merangsang
perkembangan anak-anak.
nota kaki: semoga watashi dan king dapat konsisten.Aminn~
Labels:
amalan mulia,
dhiya nur arissa,
kongsi,
PRECIOUS
Monday, June 10, 2013
Senaman untuk Ibu yg Hamil or Mengandung
dah nak dekat bersalin baru nak share.boleh?
ehehehehe
watashi just harap sangat senanaman untuk ibu mengandung ni selamat kalo boleh pusing pinggang kiri kanan kasi strechhh tu haa
perghh..pepaham la kan..
lenguhhhnya huhuhu
Wednesday, April 10, 2013
Hormati isteri korang, kalo nak anak korang hormat ibunya.ingat tu ye!

Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak
----------------------------Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.
Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!
Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.
Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.
Promotelah Isteri Depan Anak-anak
Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.
Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!
Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!
Jadi, kalau anak-anak tak dengar cakap (ibu/ bapa), cuba semak balik macam mana kita melayan isteri/ suami depan anak-anak! Kerana walaupun anak-anak tak cukup bagus untuk dengar apa yang kita CAKAP, tapi mereka tak pernah gagal untuk tiru apa yang kita BUAT…
Sama-sama kita fikirkan… SEBARKAN.
- Pakar
Komen Watashi?.
sayangnya kat malaysia segelintir suami mmg dah biasa tengking, marah kondem isteri depan anak anak..Kesian kan....... meninggi suara juga salah satu didikan pada anak juga .
Friday, November 9, 2012
Air tangan ISteri
Sebagai pemasak tegar
- hari hari suami kena makan dari air tangan isteri maksudnya memasak la kan.kalau tak mampu masak pun,buatkan air utk suami.sambil kacau air tu sentiasa bismillah bagi menangani masalah suami yg panas baran kappe..terjemaah bismillah korang tau kan? " "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." so bila setiap pekerjaan kita buat atas nama ALLAH insya ALAAH Sedapppp lagi berkatttt!!
- Bila dah rajin masak plak,ibuk ibuk,mama semua kenala pastikan kuku korang tu pendek and bersih dari kotoran.sumpah watashi geli tgk org yg masak kt kedai mkn tu kuku panjang.watashi pernah baca kalau mak yg masak tu kuku panjang, nnt anak anak tu akan jadi keras kepala..Wallahualam la kan.tp mmg dalam sunnah Nabi ada suh umat islam berkuku pendek kan?
- Kadang kadang ada jugak yg tanya watashi, eh..ko tak letih ke bangun jam 5am setiap hari masak bekal suami pegi pejabat,bekal anak...tipuu leeee kalu cakap tak letihh .ingt watashi robot kappe tak letih.maybe sebab watashi dah set dalam kepala, masak dah jadi kewajiban watashi.maybe sebab niat tu Allah terus berikan kudrat utk terus kuat walaupun i masak main campak je,jampi akak doa je lebih.ahahahaha...
itu pun nak citer ke?ahahaha
Wednesday, October 24, 2012
My little Helper-Arissa
Skang musim hujan kan?
baju umah korang kering ke?
hohohoh..sape yg duk apartment or flat memang menjawab le nak sidai baju macamana
ada bau...ahahahah
currently watashi mme kena sidai baju kat ruang tamu leww
sebab kat situ je pancaran mata hari paling terbayekkk kalo nak dibandingkan dari corner yg lain
tapi..menjawab la nak kena "haipp haipp haippp" dengan ariissa
arissa paling excited bila time sidai baju
terkocoh koch datang bila watashi bawak bakul..
letak je bakul sibuk je nak keluarkan baju and hulur pada watashi
"nahh nahh nahh nahnn"
agak agak lambat je terus jerit
igt ibu robot ke anak?
bila dah abes sidai,dia sibuk plak nak angkat
pengaruh doraemon la nih
"lampuuuu keringkan baju dgn cepattt!!" suara doraemon
Labels:
amalan mulia,
dhiya nur arissa,
kodomo,
watashi no koibito
Tuesday, October 23, 2012
Ginger Bread Man??? Oh tidak Ini Puding ROti Jagung Man!!
haa...hamek ko
sejak jadi ibu ni semua menda nak ekperiment
semua menda nak buat utk menggembirakan hatisendiri anak
kali ni watashi nak kongsi menu untuk baby 8bulan -1tahun ye
sebab apa umur camni?
sebab bermula 8bulan..baby baru boleh introduce jangung
but,kalo baby tu ada eczema, haa ibu tunggulah sampai setahun yya..
lagisatu sebab penggunaan roti potong dalam menu kali ni..
dinasihatkan bayi seawal 8bulan boleh mkn.tp agak agakla kan kalo nak introduce
cara yg macamana..kena rajin buat homework dengan anak sendiri..
ok..ini bahan bahannya
PUDING ROTI SI JAGUNG MANIS-amik ko..nama !
p/s-jgn lupa doa and zikir sepanjang proses pemasakkan hidanganuntuk bayi dan suami anda
makaseyyyyyyyy
-Ibu Hana Yg Shomey(u.w.e.k.s!)
sejak jadi ibu ni semua menda nak ekperiment
semua menda nak buat utk menggembirakan hati
kali ni watashi nak kongsi menu untuk baby 8bulan -1tahun ye
sebab apa umur camni?
sebab bermula 8bulan..baby baru boleh introduce jangung
but,kalo baby tu ada eczema, haa ibu tunggulah sampai setahun yya..
lagisatu sebab penggunaan roti potong dalam menu kali ni..
dinasihatkan bayi seawal 8bulan boleh mkn.tp agak agakla kan kalo nak introduce
cara yg macamana..kena rajin buat homework dengan anak sendiri..
ok..ini bahan bahannya
PUDING ROTI SI JAGUNG MANIS-amik ko..nama !
- 1 keping roti. atau instant oat-kalau baby still kecik sila blend oat tu
- susu FM/atau susu fresh milk(utk baby 1 tahun keatas sahaja)
- jagung 1-2 sudu teh.(waatshi guna jagung rebus.jagung tin tak digalakkan sbb ada bahan pengawet)
- Utk bayi below 1 tahun - sedikit puree kurma (macamana nak buat puree kurma?rendam kurma semalaman, then buang kulit and biji, hancurkan isi and boleh simpan di bahagian dingin beku...
- Utk bayi 1 tahun keatas- sedikit brown sugar
- secubit kulit kayu manis
- setengah sudu tepung jagung
Cara- Cara Make it happen-ahahaah..
- rendam roti/oat (kalo oat makesure susu panas ok) dgn susu sehingga kembang..
- masukkan tepung jagung,puree kurma/brown sugar,jagung,
- kacau dengan ganas supaya roti tadi bebetul hancur.ahahaha
- dah agak sebati(jgnla kasi cair sangat) cari acuan yg korang sukai.ahaha..terapkan dalam acuan
- dan siap untuk dibakar or steam dalam 15minit gitu..
- siap utk dihidang untuk yang tersayang
p/s-jgn lupa doa and zikir sepanjang proses pemasakkan hidanganuntuk bayi dan suami anda
makaseyyyyyyyy
-Ibu Hana Yg Shomey(u.w.e.k.s!)
Labels:
amalan mulia,
baby,
dhiya nur arissa,
food for baby
Monday, October 22, 2012
Resepi Pasta/Spaghetti Carbonara baby/bayi. 8 bulan ke atas
Assalamualaikum ibu semua
haloo..arini entry khas buat adik angkat and adik ipar kesayangan watashi.
nak belajar buat pasta /or spaghetti carbonara untuk baby
senang gilos rupanya..
semua idea nak google tahap gaban ni watashi dapat bila Arissa dah start mogok taknak makan
giler nangis hati ibu ok!
bayangkan ari sabtu ahad.watahsi ulang masak sbb semua arissa keep cakap "TAKNAK" sambil peluk tubuh
aduh duh duh,..so apa lagi cuba satu persatu..sekali toingg!!! bila dapat mkn pasta tetiba dia jadi semangat nak makan.and tak cukup plak,hohoo..anak ibu dah besar ekk,,
*padahal dalam hati mmg berdoa sangat sumber and cara pembuatan pasta ni daripada bahan yg halal..ye la..mmg ada cob halal kt situ tp watashi sgtlah cerewet. ohh ohohoho..
ok..bebel tahap gaban.moh terjah bahan bahannya
yabedabedduuuuu
bahan-bahan
- Pasta (macaroni ke..penne ke) or spaghetti.. (dicelur hinggga lembut dan ditoskan)
- 1-2 ulas bawang putih dicincang
- sedikit isi ayam
- sedikit lobak merah or carrot diracik halus
- sedikitttt tomato (tomato baby 8bulan keatas baru boleh letak ya)
- brocoli - dicincang halus
- sedikit susu (make sure fresh milk/kalau bayi 1 tahun keatas, guna susu tepung yg selalu baby minum tu)
- cheese-kalao boleh amiklah yg kurang garam or cheddar-tp watahsi
- sedikit olive oil ATAU unsalted butter untuk menumis
- sedikittttt lada hitam (taknak pun takpe)
- sedikitttttt garam-kadang kadanmg cheese tu dah masin.baby bawah 1tahun tak perlu letak ok!
Cara cara membuatnya
- tumis bawang putih bersama olive oil atau unsalted butter sehingga naik bau
- masukkan carrot,isi ayam.lada hitam,tomato masak hingga naik bau
- masukkan susu,agak agak byk mana korang nak masukkan pasta nnt
- Perlahan kan api, masak agak agak susu mendidih sikit, masukkan pasta,cheese and lada hitam dan brocoli,
- biarkan sekejap sehingga brocoli masak and pasta mesra dengan kuah.(tambah garam jika perlu-rasanya tak perlu.hihih)
- tutup api and siap untuk dihidangkan untuk anak tersayang.
oh,,jgn lupa jampi serapah semasa memasak.ini jampi yg selalu watashi amalkan
"la ila haillallah.muhammadu Rasullulah" "ya LAtiff.Ya LAtiff "
pastu smbil kacau niatkan segala yg terindah,yg terbaik,yang terulung buat anak and suami KERANA ALLAH TAALA"
sekian,Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi .
Peace (^ ^)y
Labels:
amalan mulia,
baby,
dhiya nur arissa,
food for baby,
kongsi,
pasta,
PRECIOUS
Thursday, October 11, 2012
Siri Bacalah Anak ku. Rasullah SAW dan Pengemis
Ok..watashi sedang compile kisah dan teladan yang baik utk rujukan watashi bila nak buat modal bercerita pada anak anak macam arwah mak selalu buat pada kami..
sorry ye..watashi tak dibesarkan dengan kisah Snow White, Cinderella dari mulut arwah mak
muahahaha~~muka eksyen smbil ketawa atas kusi office
Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
| gambar ehsan pakcik Gigil.eh Google |
saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka
kalian akan dipengaruhinya".
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan
membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW
menyuapkan
makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak
mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW praktis tidak ada lagi orang yang
membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu
hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah
anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri
Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,
"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?". Aisyah
RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir
tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
Apakah Itu?", tanya Abubakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan
membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di
sana", kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan
untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu
lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai
menyuapinya,
si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?".
Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis
buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih
dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku",
pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.
Aku adalah salah seorang dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar
penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?
Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku
sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu
mulia....
" Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan
Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim
Tammat~
Labels:
amalan mulia,
bacalah anak,
dhiya nur arissa,
kongsi
Friday, October 5, 2012
Surah /Ayat Al Quran terbaik untuk diamalkan masa Mengandung ;)
perkongsian pada hari Jumaat yg Indah~
sesapa yang takleh view picture meh watashi type balik meh!
Masa watashi ngandung kan arissa dulu amalkan surah
-Alfatihah
-Surah Maryam
-Surah Yusuf
tak tau plak ada lagi surah pilihan yang bagus untuk diamalkan.
Takpe hana! Next pregnancy
weeehooo~~~
sesapa yang takleh view picture meh watashi type balik meh!
- Surah Alfatihah- Untuk terang hati dan kuat daya ingatan.
- Surah Maryam-Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang soleh
- Surah Luqman- untuk memperoleh anak yg cerdik akal dan jiwanya
- SUrah Yusuf- Untuk peroleh anak yang cantik rupa dan akhlak
- Surah At Tawbaj- untuk bersihkan jiwa dan ,memelihara diri dari maksiat
- Surah an Nahi- untk peroleh anak yang berdisplin
Masa watashi ngandung kan arissa dulu amalkan surah
-Alfatihah
-Surah Maryam
-Surah Yusuf
tak tau plak ada lagi surah pilihan yang bagus untuk diamalkan.
Takpe hana! Next pregnancy
weeehooo~~~
Friday, September 28, 2012
SURAH RUQYAH-Penawar Sanubari Ku~
Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.
Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:
- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
- berdebar-debar
CARA MENGGUNAKAN RUQYAH SYAR’IYAH
AYAT AYAT RUQYAH YANG PERLU DIBACA UNTUK MENGHALAU JIN ATAU SYAITAN YANG BERKELIARAN DALAM RUMAH. BERMULA DENGAN ALFATEHAH DAN BERAKHIR DENGAN SURAH AN NAAS.1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.
AYAT AYAT INI BOLEH DIBACA PADA AIR DAN DISEMBUR SEKELILING DALAM RUMAH HANYA SAMPAI KAT PINTU TANDAS ATAU BILIK MANDI SAHAJA .
JANGAN SEMBUR AIR YANG DIBACA DENGAN AYAT AYAT INI KEDALAM TANDAS ATAU BILK MANDI MEMADAIDIPINTU TANDAS DAN BACA AYAT KURSI WAKAF 9 ( 9 KALI BERHENTI )DAN ISYARAT DENGAN TANGAN SEBAGAI PAGAR DALAM TANDAS ATAU BILIK MANDI.
AIR YANG TAK HABIS YANG MASIH BERADA DALAM PAM SEMBURAN ITU JANGAN BUANG KE TANAH ATAU LONGKANG . IA HENDAKLAH DISIRAM KAT POKOK BUNGA.
AIR AYAT INI HANYA BOLEH DIGUNAKAN DALAM RUMAH SAHAJA.
Note Hana :
Sejak mengandung and hana selalu mimpi yg pelik cam nenek kebayan datang melawat la,lembaga hitam bergayut kt tingkap la...so selalu je pasang surah ni setiap kali nak tidur
Commit sampai lah sekarang.Alhamdulilah,tidur anak makin lena..
Saturday, September 22, 2012
Jenis wanita yg lelaki akan hindari -lari dari korang ala watson nyambek gitu
1. Wanita kategori liar.
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.
Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.
2. Wanita si Bom jangka.
Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.
Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.
Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.
3. Wanita si Gula-gula
Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.
Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.
Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.
4. Wanita si Bintang
Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.
5. Wanita si Penggapai.
Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.
Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.
Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.
Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.
6. Wanita yang Tercedera.
Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.
Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.
Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.
Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.
Friday, September 21, 2012
Pesanan Rasullah kepada Lelaki "Jgn Kahwini Wanita-Wanita Ini"
baiklah isteri semua..
lagi citer yang watashi dapat daripada blog ilmu yang menarik utk dikongsikan bersama.
"JANGAN KAHWINI WANITA INI"
ok..terover plak font tu.ahahahah..

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : " Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
1.Wanita Ananah
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah
wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah

Pertama - Wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua - Dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah
banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
So memana isteri tu,sila check balik,adakah kita terlontar dalam golongan yg Rasullulah sebutkan tadi ya.
Hana doakan takde la ekk
;)
lagi citer yang watashi dapat daripada blog ilmu yang menarik utk dikongsikan bersama.
"JANGAN KAHWINI WANITA INI"
ok..terover plak font tu.ahahahah..

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : " Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
1.Wanita Ananah
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah
wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah

Pertama - Wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua - Dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah
banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
So memana isteri tu,sila check balik,adakah kita terlontar dalam golongan yg Rasullulah sebutkan tadi ya.
Hana doakan takde la ekk
;)
Tuesday, July 31, 2012
Status ISteri di Akhirat Kelak~
wahh gitu ko semenjak jadi isteri,watashi dgn king berebut rebut cari ilmu and kosng sesama.
this one is very good to share about.
tentang status wanita sebagai isteri di akhirat kelak..
watashi dulu just tau..kalau isteri yg kematian suami,and dia tak kawen sampai dia meninggal dunia..dia akan dapat bersama balik di akhirat nnt..
macamana kes yg lain lain lak..kalo isteri kt syurga..suami kt neraka camno?haa....moh kita baca..
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda:”Tiada si bujang di dalam syurga” ~ (HR Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan &tak b’kahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan
suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan
serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang
terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.
Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda:
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”
Tuesday, June 26, 2012
Kumpulan Makanan Baby ikut umur (Seawal 6 bulan la kan..Pang kang!ahahahah)
![]() |
| Nota PentingBeri Bayi Makan Seawal 6 Bulan OK!! |
![]() |
| Steam Rolled oat wit Formula Milk and MAshed Papaya. |
Labels:
amalan mulia,
food for baby,
kongsi,
petua pemuda
Thursday, June 21, 2012
Untuk Bacaan Suami or bakal Suami Cik Adek Maness Semua
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
![]() |
| Daddy ajar arissa tatih! |
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk
atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu
dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami
tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang
remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami
khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan
perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Rumusan Hana :Bagi dara yg bakal berumahtangga,sila prepare fizikal dan mental dalam kita nak harungi alam rumahtangga
kena buang perasaan pentingkan diri sendiri,kena banyakkan bersabar dan sentiasa beri keutamman kepada suami.pada peringkat pertama watahsi akui agak susah nak cari titk persefahaman dalam diri suami/isteri... jgn cari perbezaan kita dan suami,carilah persamaan.jika ada perbezaan anggaplah perbezaan itu salah satu sebab pelengkap kita dalam alam rumahtangga..dalam bahasa romentik "you complete me~"
awwwwww~~~
Subscribe to:
Posts (Atom)















