baiklah isteri semua..
lagi citer yang watashi dapat daripada blog ilmu yang menarik utk dikongsikan bersama.
"JANGAN KAHWINI WANITA INI"
ok..terover plak font tu.ahahahah..
Pesanan
Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : " Jangan engkau kahwini wanita yang
enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan
engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
1.Wanita Ananah
wanita
yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami
untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah
wanita
sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada
dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka
mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga.
Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah
Menyatakan
kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum
ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini
berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia
ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya
itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga
merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah
melemparkan
pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya
utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu
wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala
lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya
dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang
menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah
Pertama -
Wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias
diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia.
Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang
kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi
isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang
lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua - Dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah
banyak
cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala
kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
So memana isteri tu,sila check balik,adakah kita terlontar dalam golongan yg Rasullulah sebutkan tadi ya.
Hana doakan takde la ekk
;)
2 comments:
good one, sayang!
rasa sangat2 puas hati dgn posting anda nieh. great!
part hananah tu...hmm...sekarang rasanya ada idea nak tulis blog:)
muhasabah diri sebenarnya jgn sampai trgolong dari golongan tu
so far alhamdulilah
bersyukur segalanya ^^
Post a Comment