Showing posts with label kongsi. Show all posts
Showing posts with label kongsi. Show all posts

Wednesday, August 13, 2014

Belajar Solat: Doa Qunut dalam Jawi dan Rumi. terjemahan watashi dah bagi dulu :)

maksud dan pengertian doa qunut. Doa qunut dalam rumi
Allahhumah-dini fiman hadait.

Wa’a fini fiman ‘afait.

Watawallani fiman tawalait.

Waba-rikli fimaa a’tait.

Waqinii birahmatika syarramaa qadhait.

Fa-innaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.

Wa-innahu la-yadzillu manw-wa-lait.

Walaa ya’izzuman ‘adait.

Tabaarakta rabbana wata’alait.

Falakal-hamdu ‘ala ma-qadhait..
Wa-astaghfiruka wa-atubu ilaik.

Wassolallahu 'ala saiyidina muhammadi wa ala alihi wa sahbihi wassalam.

Friday, February 28, 2014

REsepi Makanan/Menu semasa berpantang

RESIPI SEMASA PANTANG – IKAN

Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah:

1. Ikan haruan



2. Ikan yu


3. Ikan selar


4. Ikan gelama



5. Ikan jenahak



6. Ikan merah


7. Ikan tenggiri


8. Ikan kurau


9. Ikan bawal putih

10.Ikan senangin



11.Ikan kerisi



12.Ikan kod


13.Ikan bilis


14.Ikan siakap



15.Ikan salmon

tedia..dah mcm Lembaga Perikanan Malaysia dah ni.hua hua hua
actually ni pun ilmu baru utk watashi ok..bari taudalam pantang boleh makan siakap ko..ahahahha
tp bilis mmg watashi tak serasi

ok..ni resepi2nya


SUP IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


STEAM IKAN

Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.


SINGGANG IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.


IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak

Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.


IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.


IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.


SUP IKAN TENGGIRI

Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.


IKAN HARUAN GORENG REMPAH

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak

Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.


IKAN HARUAN KUKUS

Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris

Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.


SUP IKAN HARUAN

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.


IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.


IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.


IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)

Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit

garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.


IKAN PANGGANG HALIA MUDA

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.


IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)

Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.


IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.


IKAN BILIS BERKUNYIT

Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.

Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


IKAN BILIS DAUN KARI

Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.

Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.

Sekian..bukan ibu yg berpantang je kena baca..mak pak ..yg mertua hatta suami pun kena baca ni
sokmo ngelat kensss 

Saturday, December 14, 2013

masa akn cepat berlalu- hargai anak anak kita ye

sejak jadi ibu ni..watashi mmg hati cepat tersentuh je
ada sape tah share dalam fb.
kunun nya kata  si anak la

"i wont always cary,mummy, when you leave the room and my supermarket tantrums will end too soon.
i wont alwayas wake, daddy. for cuddles through the nite & one day you will miss, having a chocolate face to wipe.
i wont alwayswake to find my foot
is kicking you out of bed
or  find me sideways on your pillow
where you want to lay you head
You wont always to carry me
In asleep from the car
Or piggy back me down the road
when my tiny legs cant walk far

So cherish every cuddle
remember them all
One day mummy



































i wont be this small

hoihhh bapak nya tacing watashi nih akakakaka


Friday, December 13, 2013

Panduan Penyusuan/Menyusu Bayi/Jumlah penyusuan dan tips penyimpanan susu ibu

salam Jumaat
cakap banyak takmo
watashi nak tepek kat sini panduan berguna para ibu ibu yg pertama kali nak menyusu dan keep wondering byk mana anak minum..berak dan camne nak simpan
wahh gitu mukadimahnya










Thursday, November 28, 2013

Lelaki Idaman Wanita.panduan wanita bujang :)

for masy with love.ahaha

sharing is caring kan..~~ hohohoho

KEMAS DAN BERSIH
Ini faktor utama yang selalu ditengok perempuan sebab mata perempuan ni suka benda-benda yang perfect dan kemas gitu. Tak perlu buat pembedahan plastik untuk dapat wajah kacak seperti Anuar Zain, apa yang perlu korang buat ialah ambik berat tentang diri sendiri. Pastikan kalau keluar tu badan bau wangi bukan bau peluh kambing jantan.  (Akkakaka) Muka tu pulak pastikan dibersihkan guna pencuci muka dan jangan lupa pelembap. Tak coollah kalau keluar dengan muka berminyak, kalau aku jumpa rasa macam nak perah buat minyak masak je...Baju tak payah nak skema sangat tuck in, yang penting kemas dan tak renyuk. Akan akan ulas sikit untuk ni entri akan datang. Rambut kenalah letak minyak rambut. Gigi pun penting, tak guna muka smart macam Aaron Aziz, sekali gigi kuning nak mampoih...


GENTLEMAN BUKAN GENTELMAN
Selepas dah smart, kenalah marketkan nilai-nilai macho tu.Tahukah korang bahawa lelaki berbadan besar lagi disukai perempuan sebab ciri-ciri gentleman diorang? Kalau nampak je orang tua buta nak lintas jalan, tolong dia lintas. Siapa tahu, kalau tak dapat si dia, sekali ada aweks lagi hot tengah pandang korang, tak rezeki namanya? Kalau ada perempuan nampak kusut ada masalah, pergi dekat dia dan dengan suara romeo kata, "Awak nampak macam ada masalah je?Ada pape boleh saya bantu?" Pergh... Konpem cair beb.. Kalau si dia menangis, bagilah tisu atau pinjamkan bahu korang. Pendek kata, korang kena tunjukkan yang korang ni boleh membuat si dia rasa dihargai.tips ni bagus untuk lelali jugak kan.pujuk anak top score .pujuk isteri berdiskaun diskaun pulak.ehh??


FAHAM DIRI SI DIA
Benda ni yang ramai lelaki gagal dan punca banyak perhubungan terkucil ditengah jalan. Kebanyakan lelaki tak bersabar dalam cuba memahami diri si dia. Pendek kata, PENTINGKAN DIRI SENDIRI! Kalau si dia mintak jauhkan diri, jauhkan diri. Jangan terlalu mendesak si dia apatah lagi memaksa. Kalau dia nak kongsi masalah, biarkan dia habis cakap dulu, baru korang cakap. Ini tak, asal dia cakap je, kau pun nak cakap. Macam mana nak faham si dia kalau macam tu? 


PENYABAR DAN TENANG
Sifat ni banyak mainkan peranan. Kalau kena marah dengan lecturer atau berada dalam situasi sukar, korang kena sentiasa amalkan prinsip ni. Baru nampak korang ni orang yang cerdik pandai. Walaupun tak belajar tinggi mana, tapi dengan ada sifat ni dah cukup buat si gadis tertawan sebab diorang tahu yang korang ni guna kepala otak jugak untuk berfikir dan bukan guna kepala lutut. Kalau si dia marah atau apa yang dikatakan bertentangan dengan korang, sabar je. Lepas dua tiga nafas baru korang suarakan pendapat korang tapi dengan cara yang melukakan hati si dia . Cuba amalkan "win-win situation". Ops, sabar-sabar jugak, tenang-tenang jugak, tapi senyum jangan lupa, cuma senyum ikhlas, bukan senyum orang gila seks! Aset penting tu.


MATANG
Matang ni luas maknanya. Tapi yang sentiasa buat gadis-gadis kat luar sana tu tergila-gila ialah dah boleh bawak diri. Kiranya kalau campak kau sorang-sorang kat dalam hutan pun kau boleh hidup dengan buat keputusan sendiri. Kalau tak matang, perangai macam budak-budak, buat muka air liur meleleh, muka bodoh-bodoh je yang kononnya kiut, macam mana nak nampak keyakinan diri tuh! Memang ada masanya kena buat perangai kiut-miut, tapi bukan setiap masa yek..Jangan sampai dia kata, "diri sendiri tak pandai jaga nak jaga aku", Sudah~~~


PANDAI BUAT LAWAK
Last sekali pandai ambil hati si dia dengan buat lawak. Tak kisahlah belum kahwin ke, dah kahwin ke, benda ni akan membuatkan seseorang tu 'special'. Tak guna kalau muka hensem, tapi serius je. Kalau aku pun tak suka...Membosankan~~~Tapi nak buat lawak kena tengok-tengok jugak lawak macam mana. Jangan belum kau habis cerita lawak, kau dah gelak dulu sehingga buat si dia terpinga-pinga sudahlah yek..


Read more: Sifat Lelaki Yang Perempuan Suka ~ Akal Emosi 

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer