Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Wednesday, March 18, 2015

Petua Overweight. sakit lutu plak tu. slim dwon .kurus secara ilmiah.amik ko

watashi dapat dari facebook
postdari kawan watashi
intan puteri kure kure dalam perahu.
boleh cuba dgn riang ria ye.
mmuahhhss


A. CARA SUSUTKAN BERAT BADAN.



Langkah 1.
Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu.
Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).
Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.




Langkah 2.
Selesai yang di atas, makanlah pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.
Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.


B. CARA KUATKAN LUTUT.
Racik kacang lendir (bendi) muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.
Mari kita sama-sama cuba dan bandingkan hasilnya nanti.

Friday, December 13, 2013

Panduan Penyusuan/Menyusu Bayi/Jumlah penyusuan dan tips penyimpanan susu ibu

salam Jumaat
cakap banyak takmo
watashi nak tepek kat sini panduan berguna para ibu ibu yg pertama kali nak menyusu dan keep wondering byk mana anak minum..berak dan camne nak simpan
wahh gitu mukadimahnya










Thursday, November 28, 2013

Lelaki Idaman Wanita.panduan wanita bujang :)

for masy with love.ahaha

sharing is caring kan..~~ hohohoho

KEMAS DAN BERSIH
Ini faktor utama yang selalu ditengok perempuan sebab mata perempuan ni suka benda-benda yang perfect dan kemas gitu. Tak perlu buat pembedahan plastik untuk dapat wajah kacak seperti Anuar Zain, apa yang perlu korang buat ialah ambik berat tentang diri sendiri. Pastikan kalau keluar tu badan bau wangi bukan bau peluh kambing jantan.  (Akkakaka) Muka tu pulak pastikan dibersihkan guna pencuci muka dan jangan lupa pelembap. Tak coollah kalau keluar dengan muka berminyak, kalau aku jumpa rasa macam nak perah buat minyak masak je...Baju tak payah nak skema sangat tuck in, yang penting kemas dan tak renyuk. Akan akan ulas sikit untuk ni entri akan datang. Rambut kenalah letak minyak rambut. Gigi pun penting, tak guna muka smart macam Aaron Aziz, sekali gigi kuning nak mampoih...


GENTLEMAN BUKAN GENTELMAN
Selepas dah smart, kenalah marketkan nilai-nilai macho tu.Tahukah korang bahawa lelaki berbadan besar lagi disukai perempuan sebab ciri-ciri gentleman diorang? Kalau nampak je orang tua buta nak lintas jalan, tolong dia lintas. Siapa tahu, kalau tak dapat si dia, sekali ada aweks lagi hot tengah pandang korang, tak rezeki namanya? Kalau ada perempuan nampak kusut ada masalah, pergi dekat dia dan dengan suara romeo kata, "Awak nampak macam ada masalah je?Ada pape boleh saya bantu?" Pergh... Konpem cair beb.. Kalau si dia menangis, bagilah tisu atau pinjamkan bahu korang. Pendek kata, korang kena tunjukkan yang korang ni boleh membuat si dia rasa dihargai.tips ni bagus untuk lelali jugak kan.pujuk anak top score .pujuk isteri berdiskaun diskaun pulak.ehh??


FAHAM DIRI SI DIA
Benda ni yang ramai lelaki gagal dan punca banyak perhubungan terkucil ditengah jalan. Kebanyakan lelaki tak bersabar dalam cuba memahami diri si dia. Pendek kata, PENTINGKAN DIRI SENDIRI! Kalau si dia mintak jauhkan diri, jauhkan diri. Jangan terlalu mendesak si dia apatah lagi memaksa. Kalau dia nak kongsi masalah, biarkan dia habis cakap dulu, baru korang cakap. Ini tak, asal dia cakap je, kau pun nak cakap. Macam mana nak faham si dia kalau macam tu? 


PENYABAR DAN TENANG
Sifat ni banyak mainkan peranan. Kalau kena marah dengan lecturer atau berada dalam situasi sukar, korang kena sentiasa amalkan prinsip ni. Baru nampak korang ni orang yang cerdik pandai. Walaupun tak belajar tinggi mana, tapi dengan ada sifat ni dah cukup buat si gadis tertawan sebab diorang tahu yang korang ni guna kepala otak jugak untuk berfikir dan bukan guna kepala lutut. Kalau si dia marah atau apa yang dikatakan bertentangan dengan korang, sabar je. Lepas dua tiga nafas baru korang suarakan pendapat korang tapi dengan cara yang melukakan hati si dia . Cuba amalkan "win-win situation". Ops, sabar-sabar jugak, tenang-tenang jugak, tapi senyum jangan lupa, cuma senyum ikhlas, bukan senyum orang gila seks! Aset penting tu.


MATANG
Matang ni luas maknanya. Tapi yang sentiasa buat gadis-gadis kat luar sana tu tergila-gila ialah dah boleh bawak diri. Kiranya kalau campak kau sorang-sorang kat dalam hutan pun kau boleh hidup dengan buat keputusan sendiri. Kalau tak matang, perangai macam budak-budak, buat muka air liur meleleh, muka bodoh-bodoh je yang kononnya kiut, macam mana nak nampak keyakinan diri tuh! Memang ada masanya kena buat perangai kiut-miut, tapi bukan setiap masa yek..Jangan sampai dia kata, "diri sendiri tak pandai jaga nak jaga aku", Sudah~~~


PANDAI BUAT LAWAK
Last sekali pandai ambil hati si dia dengan buat lawak. Tak kisahlah belum kahwin ke, dah kahwin ke, benda ni akan membuatkan seseorang tu 'special'. Tak guna kalau muka hensem, tapi serius je. Kalau aku pun tak suka...Membosankan~~~Tapi nak buat lawak kena tengok-tengok jugak lawak macam mana. Jangan belum kau habis cerita lawak, kau dah gelak dulu sehingga buat si dia terpinga-pinga sudahlah yek..


Read more: Sifat Lelaki Yang Perempuan Suka ~ Akal Emosi 

Friday, November 22, 2013

lesson hari ini..fahami anak anak kita.. dan cara kawal anak yg agresif/hyper active

Beberapa perkara yang perlu kita fahami;
1) Jika ada anak 1 hingga 2 tahun yang kelihatan mahu memukul anak lain, 
jangan cepat bersangka buruk kepadanya. 
Selalunya dia mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu. 
Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka,
 maka adakalanya jadi terlebih kasar. Apa yang ibu selalu lakukan pada
 anak-anak kecil sebegini, ibu tolong pegang tangan mereka dan tolong dia mengawal
 tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan; 
‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’ 
Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.
2) Setiap generasi mempunyai karakter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan mellinia berbeza dari segi trait dan karakter mereka. Kebanyakan Gen Mellinia ini lebih ekspresi. Selalu dikatakan degil, keras kepala dan suka menunjuk perasaan, memberontak dan lebih berani mengeluarkan pendapat mereka. Mengapa mereka begitu memang ada dan banyak sebabnya. Namun, ibu tidak mahu membincangkan di sini kerana ibu telah menulis mengenai ini sebelum ini. Sila lihat blog ibu sebelum ini.
3) Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Mil ini. 
Ramai yang masih menggunakan skil parenting semalam untuk menangani Gen Mil ini.
 Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan.
Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak. Dan Gen Mil ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana memang trait mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.
Langkah Untuk Mengatasi Anak Agresif.
1) Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor.
Lebih baik outdoor. Bila mereka bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. 
Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga 
negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat.

Cucu sulung ibu, baru-baru ini tiba-tiba suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kai balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang. Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.

2) Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TVBila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. 
Dan bila mereka tidak beri bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush
 itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat
 yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan 
try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. 
Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, 
apatah lagi anak-anak kecil itu.
3) Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, 
maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya.Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh 
kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.
4Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah 
itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu 
yang merbahaya baginya, seperti bermain di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, 
marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang 
anak-anak kecil itu akan ikut.
Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter.
Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk, istighfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit smabil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.
Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.


Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.

Wednesday, November 20, 2013

Seribu Khasiat Halba.baru cek taww-->dalam nada gewwdixx

serius masa ngandungkan arissa dulu watashi pernah dengar org bgtau minum teh halba utk banyakkan susu.tp tah mcmana rasa mcm nak ignore.tapi pas google ..then abg watashi yg ustaz tu siap share dlm FB watashi rs cam konfiden la skit kan petua ni

rupanya bukan utk banyakkan susu je.byk lg khasiat weyhh...ohhhh betapa ruginya diriku iniii.

confirm paas ni ada sepaket besar halba kt rumah .masak menda pun nak taruk halba..boleh??
tp watashi pernah ada memory dulu arwah mak suka masak ikan masak cuka letak halba..pastu wat bubur nasik pun letak halba.ish ish ish..pe la hana nih..

better explaination boleh baca kt bawah ni.tp watashi make it short la kan.mudah nak trace isi penting utk reference watashi nnt.hua hua hua
~dasar malas nak baca n nak cepat je kannn


"Sebenarnya halba mempunyai nilai perubatan yang amat tinggi. 

Maha suci Allah yang telah menurunkan penyakit itu beserta penawarnya. 
Halba adalah merupakan penawar yang amat hebat kepada pelbagai penyakit.
 Dipercayai herba ini telah digunakan sejak zaman berzaman dan amat penting dalam perubatan islam ketika itu.

Rasulullah SAW pernah bersabda :
" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas " ( Books of Sufi Healing m.s.58)
" Gunakanlah Halba sebagai ubat"( Qamus Al-Tibb i Ahad Qodamah-Mesir)


Lihat, Nabi SAW juga menyuruh kita memanfaatkan herba ini.Hebat bukan!

kebaikkan untuk kaum lelaki:

 hormon testosterone lelaki meningkat dan ini merangsangkan keinginan seks, mengelakkan ejakulasi awal dan melegakan kesakitan di bahagian prostat.

kebaikkan untuk kaumwanita:, 

herba rempah ajaib ini dapat merangsangkan penghasilan hormon estrogen dan oleh yang demikian ia dapat merangsang pengeluaran susu ibu sehingga 900% dalam masa sehari dua sahaja. (ini berita gembira!!)


Antara lain Kelebihan & Khasiat Teh Halba adalah :-

  1. Mencuci perut. 
  2. Mencuci darah kotor
  3. Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm badan. 
  4. Membantu penggunaan kalori untuk meningkatkan tenaga secara semulajadi. 
  5. Membantu masalah kegemukan
  6. Menguatkan fungsi jantung. 
  7. Merawat masalah sembelit & buasir. 
  8. Melancarkan perjalanan darah. 
  9. Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid). 
  10. Melegakan masalah sakit kepala / migraine. 
  11. Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim 
  12. Mengetatkan & meremajakan rahim
  13. Menghilangkan lendir & sakit tekak. 
  14. Membantu mengatasi masalah kekurangan darah. 
  15. Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah. 
  16. Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan. 
  17. Memperbanyakkan air susu ibu. 
  18. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi! 
  19. Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan. 
  20. Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual lelaki & wanita. 
  21. Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan. 
  22. Memelihara keanjalan kulit 
ni halba campur ye kanak kanak



Cara-cara penyediaan halba sebagai penawar:

1. Teh - masukkan sesudu teh biji halba ke dalam 300ml air dan rebus. Halba boleh ditumbuk juga jika diingini. Minum semasa panas atau yang telah disejukkan.
2. Beberapa biji halba ditelan terus dan minum air. (yg ni watashi boleh wat.hohoho)
3. Tumbuk biji halba sehingga menjadi serbuk dan letak pada bisul atau kulit yang bermasalah.

Saya percaya selepas ini ramai yang 'buka mata' setelah mengetahui khasiat herba ini. Bagi saya inilah penawar yang paling ampuh dan memberikan kesan serta merta kepada pemakannya. Tak percaya? Cubalah!

Sumber: Wikipedia, Halaqah.net, Blog

Thursday, November 7, 2013

Tips asuh/ ajar anak berus gigi


Anak korangcrajin gosok gigi tak..
Antara tips yg watashi dapat beli berus gigi yg anak kita pilih

Yeeee la sngtt kenss...
3 berus gigi arissa dibelinya
Malaih gak gosok gigi

Last last watashi dpt tau yg kalo nak gosok gigi kita kena gosok gigi sekali
Ok fineee done..tp dia gosok sekejap je...

Then last week watashi dpt tau yg dia minat sgt berus gigi watashi. 
Siao ada drama sebab nak berus gigi

Fineeee amiklah nakkkk.janji ko gosok gigi wahai arissa..surprisingly mmg dia gosok gigi almost half an hour.hohoohho hilang sudey bau mulut dia.ahahhahaha

Yg xbestnya plak ibu leeewww kena beli berus gigi baru.adoila...

P/s = maybe fasa umur arissa skang suka imitate or copy org dewasa buat.so sebab tu apa saja barang or behavior watashi dia akan copy.


Sent from Samsung Mobile

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer