Raksaksa Comel dari langit biru yang Peramah Tapi Pemalu. -sumpah watashi tulis ni pun watashi rasa geli :P
Tuesday, July 26, 2016
Betapa Cantiknya Sekeping Hati tu~
watashi and Kurnia's gang ke stesen minyak Petronas Bandar Sri Damansara dalam pukul 10am camtu la.
kt luar kaki lima stesen minyak ada satu pakcik.kurus,gelap dan berketayap menjual kerepek bilis
watashi bisik pada king. "buy something from the pakcik",,king angguk seraya pegi bayar minyak kt kaunter
masa king tgh bayar. ada satu keluarga watasi rasa naik motor.
1ayah., 1anak perempuan dalam lingkungan umur 11 tahun dan 1 anak lelaki dalam umur 9 tahun..pakaian pun sangat biasa biasa,
satu keluarga masuk kedai mesra dan keluar.nak bonceng motor, pakcik yg jual kerepek bilis memanggil budak lelaki tu beberapa kali
watashi yg dalam kereta igtkan budak tu tercicir barang.
rupanya pakcik tu nak sedekahkan kerepek billis kt budak lelaki tu!!
allahuakbar,,,miskin harta tapi pakcik ni kaya jiwanya.
apa yg watashi nmpak depan mata bebetul menyentuh hati watashi.
betul2 terkesan.watashi tgk pd diri watashi,
bergenang air mata.perasaan bercampur,tersentuh,terharu.sedih.
watashi panggil king
watashi cakap belilah apa yg mampu drpd pakcik tu
tp yg ni sedekah dr kita semua utrk pakcik,
tak apa,tak mati kalau hilang certain amount.allah kan ada.allah ganti balik nnt
mungkin dgn kurniaan kesihatan,limpahan kasih sayang.
dan korang kalo ada nmpak org tua jual kopok keping,kuih,dan apa sajalah,
-jgnla cuba menawar dr dorang
-belilah setakat mampu,kalo lebih bg kt jiran
-bagi sedekah asing disamping niat kitasedekah pada dorang dgn beli hasil jualan dorang
-sometime barang jualan tu dorang amik and untung dorang based on berapa jumlah yg dorang jual.so bagilah sedekah yg asing.yg beli lain.yg sedekah utk pakcik makcik lain.
-belikan air untuk dorang minum,.......
mati kata watashi skang,terbayang lg situasi pakcik tu hulurkan kerpok bilis kt budak lelaki.
dan saat dia menadah tgn berdoa.,allahuakbar.murahkanlah rezeki pakcik tu
amin..
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah telah bersabda: "Bukanlah kekayaan itu disebabkan seseorang mempunyai banyak harta, tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan diri (jiwa)." (Hadis riwayat Bukhari)Seseorang yang mempunyai banyak harta belum lagi dianggap kaya di sisi Allah selagi ia belum dapat menseimbangkan kekayaan itu dengan kekayaan rohaninya yang sesuai dengan pengajaran agama. Itulah ditegaskan bahawa kekayaan yang kekal lagi mulia ialah kekayaan jiwa.Mereka yang jiwanya kaya dan mulia sentiasa bahagia sekali pun ia tidak mempunyai banyak harta, dan sekiranya ia banyak harta maka ia adalah sebahagia-bahagia manusia di dunia ini
Thursday, April 28, 2016
no value
Hati yang diselaputi dengan kesabaran.
Hati yang tahan untuk disakiti.
Hati yang belajar erti taat dan setia.
yang dipanggil suami
Dengan kesabaran hati wanitalah yang dapat mendidik anak-anak hingga dewasa
Dengan hati wanita lah yang dapat menahan segala karenah anak dan
suami walau disakiti
Dengan hati inilah wanita mencurahkan segala kasih sayang dan
kesetiaan yang tidak
berbelah bagi kepada seorang suami.
Terkadang emosi kita yang lebih menguasai hati membuatkan kita lupa
betapa tabah dan kuatnya hati ini.
Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan
dan kekuatan yang ada pada kita.
Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi dan hatinya
dengan cinta kepada Illahi.
jatuh pada satu ujian yang diberiNya.
Emosi yang dianugerahkan Allah kepada kita adalah tanda betapa hati
wanita ini sangat peka.
Peka dengan kehendak dan hati sang suami dan anak-anak.
Bukan tanda kelemahan tetapi sebagai pelengkap dalam rumahtangga.
Jangan pernah dikesalkan.
kerana
Hari ini mengajar kita tentang hari esok.
Agar pengalaman hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih
mengingatiNya pada perjalanan kita yang seterusnya.
Insyaallah.
Thursday, November 27, 2014
Kelebihan suami kaki game di smartphone-COC TC LC bagai
banyak kategori tahap kronik main game ni.
ada masa terluang je dia main
ada 24jan dia main
ada yg asal trafil light merahje dia main.
tapi korang tatau apa kelebihan suami yg gila main game ni...siyess korang kena tau..meh hana listkan
1. suami lebih penyabar
apa?tak caya?cer korang test tengok.ms nak bersiap kuar gi memana.spendkan masa korang dgn berscrub badan dlm bilik air..syamnpu rambut korang. siyess dorang boleh tggu.korang boleh shopping barang dapur sejam lebih pun xpe.suami boleh tunggu.sebab suami ditemani oleh kawan baik dorang.game tu la
2. suami boleh hilangkan stress.
kita paham suami kita balik keja penat.so dorang habiskan masa dengan game tu untuk release kan tension dorang. so pendek kata dornag lebih selesa menyahkan toksinkan stress mereka dengan game
3. suami lebih suka berada dirumah
yelah kalo dah main game tu dorang perlukan sofa yg selesa.katil yg empuk.dorang nak kuak lentang ke nak renang beirama lenguh main 24 jam pun tadehal okeyh!
see..dah nmpak kelebihan lelaki kaki game nih??
ok..as isteri..suami. sila baca pula apa impact kepada isteri dan anak anak bila anda adalah kaki game .
1.isteri dan anak anak terabai
suami, kita masing masing kerja, kita masing masing penat. anak anak bila kita amik di taska. niat mereka hanya utk luangkan masa dengan kita. bermain dengan kita. zahirkan rasa kerinduan pada kita. tapi suami.. apa yg kalian dah lakukan?kalian biarkan anak kecil ini mencipta imaginasinya sendiri dengan televisyen.. kalian biarkan mereka bermain dengan mainan yg telah lama mereka mainkan. mereka inginkan berkomunikasi dengan anda suamiku,..
isteri?cuba perhatikan isterimu wahai suami. usai menjejak lantai rumah..ke mana dia pergi. kedapur untuk siapkan makam malam kamu dan anak anak.sejurus terus dia melakukan segala rutin yg sering kamu katakan yang sang isteri terlalu sibuk hingga tak ada masa utk anak anakmu. perhatikan diri kamu wahai suami. apa yg telah kamu lakukan setelah makan malam. kamu dengan dunia kamu.
2. hilangkan stress kamu? tapi alirkan stress kamu pada anak kecil dan isteri kamu
tidakpercaya bukan?
ini hakikatnya., disaat kamu menyatakan permainan game ini hanya untuk hilangkan stress kamu.kamu semakin lama semakin ghairah mekuangkan masa dengan dia. pagi.petang, siang malam. kamu seronok berada bersama dia. ketika keseronakkan kamu diganggu dengan pertanyaan dari mulut anak kecil kamu... di skiti dengan permintaan pertolongan dari isteri kamu. gelodak baran kamu meletus. baran kamu meliar.anak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa. isteri yang rasa hati dipendam semakin parah.
ketahuila kamu wahai suami. disaat isteri cuba menegur utk kali pertama..acapkali hatinya terluka dengan perbuatan kamu.dgn kekasaran kamu.bayangkan jika dia menegur utk kali ke dua ketiga..ke empat dan akhirnya kamu baru tersedar yg kamu telah saja kehilangan hati sang isteri dan anak anak comel kamu
3. Ruang komunikasi TERHAD atau HILANG
kamu lebih selesa berbicara dgn teman teman maya kamu bukan?orang disebelah kamu.di depan kamu hanya menyakitkan hati.merimaskan. bingitkan telinga,
jangan salahkan kami jika kami melarikan diri.jgn salahkan kami jika kami hilang kata bicara utk kamu.
last but not least. semogabahagia dengan game kamu.
biarkan kami cari kebahagiaan kami sendiri
yg ikhlas,
KAMI
oh.. mulai hari ini tak perlu igt apa apa tarikh penting kami'
hiduplah kamu dengan dunia kamu
Monday, October 27, 2014
Nota bicara
Monday, August 11, 2014
Lafaz Taklik-suami isteri. kamu peka atau tidak?
Taklik adalah syarat-syarat yang boleh ditetapkan antara pasangan suami isteri setelah mencapai satu persetujuan. Mengikut seksyen 2 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, taklik bermaksud lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut hukum syarak dan peruntukan akta ini.
bg watashi taklik adalah bagi melindungi hak seorang isteri.
Lafaz talak taklik watashi bagi org kedah :
“Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik, jika :
(1) Saya tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan isteri saya (nama Isteri) sama ada saya meninggalkan di dengan segaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau;
(2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau:
(3) saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia (nama Isteri) dengan satu talak khuluq.”
semoga bermanfaat
Thursday, July 17, 2014
cakap cakap kosong
ada rasa gelodak terbuku dalam hati
watashi rasa semuanya serba tak kena
watashi akui watashi lemah semua perkara
watashi tidak pandai semua perkara
kalaula arwah mak masih ada..
hanya di mata dia watashi sangat istimewa
biarpun masakan watashi hambar
biarpun 10kali kek watashi buat rentung
biarpun...
aduhai.watashi rindu..
rindu pada arwah mak.
watashi harap boleh watashi tau mcamana arwah mak besarkan kami 6 beradik
dengan keadaaan menyusu anak anak.memasak utk kami semua.mengemas rumah..dengan bantu ayah berniaga dari pagi rehat. petang rehat malam...dengan nasi lemak buingkus utk jualan dia awal pagi
dengan tengokkan homework kami.
dan kami tidak pernah terasa kekurangan kasih sayang dari arwah mak..
watashi rasa tak mampu tandingi arwah mak.
hats off to you mom
Thursday, March 20, 2014
Wednesday, May 30, 2012
Wordless la sangat Wednesday
![]() |
| ni watashi punyooo |
![]() |
| family adie-adik bongsu punyo |
![]() |
| untuk ayah ummi and achik (adik watashi yg che gu tu) |
![]() |
| family abg watashi punyooo |
![]() |
| ni utk family abg ustaz watashi..abg sulung..teringgal lagu dua nama anak bongsu dorang since tempahan dah penuh.ahahahaa |
![]() |
| fanily akak sulung watashi punyo |
last but not least..of course ada untu mertua watashi juga..
ahahahaha
watashi harap ada satu resepi yg arwah mak watashi bgtau utk watashi jadikan panduan mengeratkan rasa kasih sayang kami sesama adik beradik~
Thursday, March 22, 2012
Something TO Share ABout
Apa yang korang fikirkan sekarang?
Ibu bapa korang?
Anak korang?
atau suami/Isteri korang..
hargailah & sayangi selagi ada..HINGGA UJUNG WAKTU ;)
Wednesday, February 15, 2012
Word less or more wednesday
Tapi...
Sekerap mana kita mendoakan kedua ibubapa kita?
Watashi rasa ada segelintir kita punyai format doa yg sama setiap kali lepas solat bukan?
Sejauhmana keikhlasan kita?
Akan gugurkah airmata kita setiap kali merayu pada Allah SWT agar mengasihani kedua sepertimana mereka mengasihani kita sewaktu kecil?
Sedekahkan Al Fatihah kepada kedua ibubapa kita setiap pagi walaupun mereka masih ada.
Arissa,ingat pesan ibu ya sayang..
Thursday, January 12, 2012
Untuk kamu yang bergelar Suami
Nasihatilah dia dengan penuh hikmah
Perbetulkan kesilapannya dengan berhemah
Jagalah dia dengan sepenuh hati
Kasihanilah dia seadanya
Lindungilah dia sebaik mungkin
Berilah kasih sayang padanya setulus sanubari
Hargailah dia selayaknya
Ucapkan terima kasih atas semua kelebihan dan jasa-jasanya
Bersabarlah dengan tingkah lakunya
Terimalah & redho lah dengan kekurangan yang ada padanya
Jadilah IMAM terbaik yang dapat membimbingnya
Ampun dan maafkanlah dia atas segala kesilapannya

Moga-moga dia menunggumu di SYURGA sebagai ketua bidadarimu…
Aamiiin…
Thursday, December 22, 2011
Counting A Days of New Year Y'all!!!

- nak stock perfume gucci-flora selama setahun-dah ceraikan lancome hypnose dek alahan pada bau ms pregnantkan arissa.
- nak ada rumah sendiri berhalaman utk bercucuk tanam dengan arissa dan adik adiknya nnt.wahh maju ke depan ko jah!)
- nak oven (bukan Owen ya)
- nak itu
- nak ini
- nak
nak nak nak nak...
ok..itu kata nafsu,
kalau kata hati and niat watashi? 

watahsi just nak jadi orang pertama sambut suami dan anak anak di pintu syurga nanti
so,kena lebih jadi lebih baik ya watashi!
chaiyok!
Thursday, December 23, 2010
Outdoor Photoshoot
sedangkan ada org pegi tempat bersejarah la..pegi taman la..pegi rel ketapi la..
sekolah watahsi ni ada kenangan tersendiri la..of cossssszzzzz...ahahahhaha
mcm watashi citer awal dulu..dari cinta munyet-musuh ketat-cinta tapi bilang benci(ini king) watashi sumpah tatau!.ahaksss
ok..selamat datang ke sekolah kami.
kaler warna bendera selangor abesssss...


::dalam kelas.tadenya baik,sengih2 cani..::



::tapi tu semua dulu la...skang semua dh tak sama.sehari tak nampak King takley duduk woo..ahahahahaha..watashi tulis pun nk muntah::
::kawad kaki di padang sekolah::
::kalo King leh dukung watashi ,mmg watashi salute arr.ahahhaha::
::bangun je,baju kami basah sebab pagi tu hujan lorrr::
::King membetulkan kain permaisurinya.betapa kereknya muka watashi.lallalalalala~~::
::King tanya "saper col huny?::
FAV Pic Watashi
::cubaan utk jadi romantik.kedua-duanya GAGAL ok!hahahaha::
::kalo pose cani..mmg kami flying with colors la kan::Wednesday, October 20, 2010
Tuesday, October 12, 2010
walaweeeeeiiii..sungguhhh cool laaahh!!!
musti ada yg igt watashi perang besar sgt la dgn king smpai lama biar blog ni usang mcm hape je kan?
wahaha..padahal ok jekkk...(alhamdulilahhh)
watashi line internet kt sini tak berapa ok la...
maybe byk sgt watashi pk kan..at the same time.
makin nak kawen ni..ujian yg Allah kasi banyak lorrrr
so watahsi rasa watashi SUNGGUH HEBAT dan ISTIMEWA
(ikikikiki..) sesape yg ada masalah tu,jgn merungut ok.
Allah takkan uji umatnya diluar kemampuan seseorang tu.
kita boleh wat..jgn risau..sentiasa berdoa,
-tetiba jadi ustazah..pahal ko hana?weeee....
ok.tkar citer jap.
maybe ramai yg dah tau..tggal sebulan lebih je lagi watahsi akan langsung kan?
so..preparation watahsi tade la hebat sgt ok!
tadela nk pegi spa ke..majlis sanding tade.semuanya very sempoi and steady (cayalah!)kalo sound system pun leh psg ayat suci alquran and nasyid saja
-abg watashi yg ustaz tu hehari tajamkan pedang samurai kalo ada lagu lain selain yg watashi sebut kt atas ms majlis watashi nnt.ahahaha
so..kalo sesape yg berhajat nak datang masa majlis watashi nih dengan expectation yg tidak tnggi-sebab watashi tak buat le perkahwinan teragung dekad ini ok.. sila bgtau awal k..
kampung watashi di Sg Petani Kedah and ada beberapa kengkawan watashi di blog ni watashi nak sgt dorang dtg-buley demand gittew..padahal ko sendiri malu hana.hikssss...
so disebabkan preparation gilang gemilang dari segi material watashi kurangkan...
watashi amik inisiatif utk wat preparation gilang gemilang dari segi ilmu rumah tangga la plak kan.wahahahaha..-gile saiko.
oh..satu perkara cool berlaku kt rumah watashi bila berbual2 dgn sesama kaum wanita la kan.
fenomena dapat menentang and menipu suami dianggap cool ok,
wah...dah lama ke menda ni berlaku?
atau watashi je baru tahu..??
kalau dulu wtaahsi dengan lelaki je citer asyik nak menang and tipu isteri kt umah
skang dah ada camtu ekk?
ok..motif post kali ni adalah tidak di ketahui
internet baru ada kt opis and watahsi masih terkapai2 nk biasakan diri menulis ye
miahahaha
Tuesday, October 5, 2010
Monday, October 4, 2010
immune ke?

::watashi kan mak guard je...tade hati dan perasaan yg istimewa pun.tape..semua boleh terima lorr~ sigh::
Monday, September 20, 2010
Conteng-conteng Aidilfitri 2010-1,2,3
- Menu Wajib,nasi impit kuah kacang dgn rendang daging.owh..kari ayam pd lebaran.ketupat jugak tak dilupakan ye kanak2.
- aktiviti-beraya dgn adik beradik ayah umi dulu,adie lewat sebab tgh mandi ayah dh pegi masjid.wakakakaka..fadan muka.

sempat berjuang sekejap jek..pas balik solat aidilfitri,king dtg rumah awal okeh!beraya dgn ayah umi and bawak watashi ke rumah dia plak..
hampir petang baru watashi smpai umah balik.tu pun ayah watashi col sbb ada sedara daripada kelantan datang.
- then ke rumah sedara yg sebelahan rumah.smpai ke malam.

- perkara yg besh pada raya pertama? ...dapat det raya dari abang and dapat beraya dengan King and family.miahahahah
sumpah watahsi cair masa nih.*sila jgn pakai baju melayu kerap sgt dan senyum cani.watashi takde peluang cuci mata pndang lelaki lain.ahahahah*gurauu gurauu!!
- kunun siap awal giler nak ke beraya rumah umi and kampung arwah mak.tp harapannnnnn...dan adi baru nk beraya dgn adik badik yg lain.cessss...
kt rumah bik yah.sepupu2 watashi lg besar dr watashi.takot ok ..cptnyaaa masa berlalu- then ke rumah bik ning,rumah umi then rumah king lg sekali dgn satu family watahsi dgn rumah tunnang adi



- kt rumah king mama masak lontong,ketupat bagai.disebabkan adik beradik king semua hero,jawabnya mmg watahsi kena terpa dulu la ke dapur.dan satu insiden yg tak pernah watashi nampak depan mata watashi adalah...
king angkat pinggan mangkuk ..kemas2..weeeeeeeee......fuhhh heharap smpai tua pun caniii...adinda kan penat memasak..kanda la kemaskan..wahahahahha....tamparrrrr ..tamparrrr muka sendiri dulu.

"kanda,janji tolong dinda smpai kerepot yeeee..."
Raya Ke-Tiga
- king datang beraya ke rumah and menunya adalah kantonis kiew tiew eh koew tiew..
- pic dlm kamera king,then the only pic yg watahsi dapat adalah bersama anak buah king,Ilman.tu pun muka ilman cam takot je kt mak ngah dia.huhuhu...


owh...watahsi baru tau ekk..rerupanya, org dulu2 suka simpan duit dlm belanga, dalam teko..bawah tikar ekkk...and makjang watasni still wat camtu dulu k...teko dlm rumah simpan duit beribu wowwwww ($_$)

















