Showing posts with label pelik tapi benar nih. Show all posts
Showing posts with label pelik tapi benar nih. Show all posts

Thursday, March 27, 2014

Bab paling watashi nyampah kalo jadi receptionist

ok..keja watashi skang sangat multi tasking
dengan kerja hakiki
campur receptionist campur yg sambut tamu .
office watashi 3 tingkat .so kalo pick call harus tanya dulu ko nak cakap dengan sape kan??

tp lately tah nape orang kita ni makin balas nak beradap kappe
dia expect col memana tempat orang yg dia nak cakap tu angkat phone tu.

macam la 1 rumah tu  Ali saja yg tinggal
macam la 1 stadium ah meng je ada
macamla 1 mall tu muthu je ada

ok watashi dah ngarut

giler bengkekkk arini...

watashi : morning ABC company..
Caller : ehh... mei ling.tong ceng ceng ceng ceng ceng ceng`~skipping chinese

watashi : sorry miss you looking for mei ling isnt it?
Caller : yala! who are u!? (boleh??bapak rude!)

watashi : im hana here.please hold on the line....
Caller : I dont want to talk with you

waatshi terus pass line

kalo sekali je dapat yg bongok tahap gaban takpeee
kalo berkali2 boleh didih gak darah

yg caller racist pun ada.tanya nama kita.then cakap "so u malay??? ask anybody else pick up my call." terusdia hang up phone.

ok foineeeeeeee.ko dah meroyan kenapaaaa

sabo jela kenss.jgn emo emo.bersangka baikk 

tp....

nak je masa dia tanya
"Who Are You.."

watahsi nak jawab





















.
.
.
.
.
.
.
..

:"IM HANTU.muahahahahha "#sambil gelak mengekek

ok sekian bebelan tengahri


Friday, May 18, 2012

cantik ker?

 sumpah watashi pelik..
pelik sungguh pelik...
macam trend orang pakai tudung and sanggul tinggi tu kan?

personally korang rasa cun sangat ker?
watashi rasa mcm tengok alien ok..
buat plak bonggol belakang tu tinggi ala nampak cam bonggol unta
eh..cam gunung jerai megah berdiri pun ada..

watashi akuui la watashi bukan obsess sgt dgn dunia fashion and kejar sangat aliran fashion semasa
-sejak kawen nak beli baju baru pun susah woh .mau tak nya..perabih duit beli baju anak..ahahaha
tp bg watashi cam PELIK GILER NENGOK MENDA ASING ATAIH KEPALA KORANG
wuwuwuwuwwu

yang lagi memualkan ada plak anak tudung jual bonggol tu as inner..
WHAT??ko pikir aku gurau..ini bener bukan cobaan ok//

watashi nampak ala padded bra gitu la fungsi anak tudung bonggol ni.
haihh..

yg watashi bebel ni paham idok?
tak paham refer gambar anak panah bawah ni..
ni la bonggol unta yg watahsi maksudkan
tengsbai!



Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. 
Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).

Wednesday, November 30, 2011

Saya memang ibu yang tak sporting




Watashi mengaku la watashi memang bukannya pembersih tahap dewa and sporting sgt

Watashi panas bontot and telinga bila ada kawan kawan or sedara watashi

1.Tgh hembus rokok kt depan sambil capai nak dukung arissa dari tangan binidia..


2. Angkat arissa tinggi tinggi lelama(sakit la ketiak anak aku bingai oiii) sambil cakap...


"KO MENANGISG AKU TUMBUK MUKA NANTI!!" "HAA...TAKMO KENA TUMBUK JGN NANGIS DENGAN AKU!" cakap kuat kuat sambil merenung arissa..


tu kelakar ke korang?bergurau ke?watashi rasa mcm dah sakit mental je.suka hati ko nak tumbuk anak aku...aku lututkan anu ko nanti..


3. disebabkan arissa dah mula tak selesa dengan dia,arissa mula merengek mcam minta lepaskan..then mamat ni pass arissa kt watashi balik and cakap "AMIK BALIK LA, MENGADA NGADA BUDAK NI!!"

persoalannya, dah tau anak watashi mengada,apa motif ko yg 'bergurau' nak tumbuk anak watashi and beria sangat nak dukung anak watashi?sialan lho!




masa dia bg arissa kat watahsi

watashi sempat sound la "ANAK SAYA TAK BIASA ORG CAKAP KASAR AND SAYA TAK AJAR ANAK SAYA CAKAP MCM TU!"


mamat tu jeling je kt watahsi.



mamposss laaaa..suka hati ko je nak cakap bhs kesat kt anak watashi..

telinga and mulut arissa watahsi sentiasa basahi dengan zikir memuji Allah,


KO SAPE NAK JELING WATAHSI MACAMTU ?sentap sgt ke watashi cakap camtu...ko tak pikir kaki watashi dah nak melayang je kat muka dia biarpun sopan berbaju kurung.


Ajar dulu anak ko beradab dgn orang.come on la...arissa baru 2bulan, yg anak ko bijak sgt main kilas kilas tgn arissa pahal?sib baik watashi ni bukan jenis kalo marah kt bapak tak effect anak.


pas kena tegur dengan watashi,mmg dia asyik menjeling je kalau watashi lalu-pangai macam pompuan!


lantakla..tak rugila tak ada sedara macam ko!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, March 28, 2011

yeahhh nak wat cane•watashi mmg pelik

Alkisahhhhh Maka tersebutlah kisah B ila kawan lama bertemu dlm fb musti smbg smbg tanya khabar kan Maybe watashi ni bru kawen. And baru je nk mula melangkah dunia baru and watashi tau la byk menda yg watashi kna belajar Tp ada satu statement last yg wat watashi tergelak sendiri la ”BOSANLA SEMBANG DGN KO NI HANA” ahahhaahha menyembur gelak watahsi rasanya nak kata sentap tu sentap la jugak kan tapi rasanya watashi tak perlu sentap kut sebab dia yg panas hati dgn watahsi bukannya watashi panas bontot pun kes simple la sembang pompuan bukan ngumpat lerrrr.. wacha kang dia tanay life watahsi pas kawen cane berceritalah dia dari barang prabot smpailah ke pinggan mangkok bagai sembag ala ala ibu ibu mesyuarat tingkap gitu maklumlah.. watashi ni kan jiwa muda lagi *uwekkk mak tak pandai nokss nak bercerita nasi tambah over over nih bg watahsi cukup le dengan Allah bagi utk watashi kalau ada alhamdulilah kalo takde maybe bukan rezeki lg la tp satu kawan watashi ni cam nak berceritalah kebestan dirinya ada online business jual bebarang memacam,ada anak,rumah yg beli yg dah duduk sewa and husband yang senang lenang logiknya la kan\ kalo kawan bercerita tentang keseronokkan hidup dia gitu patut ke korang nak ada hasad dengki kappe?\ mmg tak patut kan? kalo jadikan dia sebagai pendorong utk lebih maju itu takpe itu pendapat watashi sendiri la kan kalo korang ada opinion lain itu maybe korang nampak dari persepsi yg berbeza. so...disebabkan bila watahsi asyik tumpang gembira and cerita watashi dengan dia tak best mana maka bley terkeluar la ayat mcm watashi bold kt ats. watahsi mcm biasa la dah kawan bercerita and watahsi jadi pendengar yg baik just tumpang happy dgn dia and family la memula ok la.. t hen dah start compare life waatshi dgn dia watashi dah rasa mcm "ehhhh..apekahhhh???" watashi takde la nk bg response berbaur mengecikkan hati dia kappe walaupun masa tu rasa cam kecik ati la jugak kan -ahahahaha dasar pompuan skit skit kecik ati watashi bg komen yg baik baik and keep telling her beruntung dia Allah bg rezeki camtu then dia cerita lain plak yg dahulu kala bagai cerita barang hantaran kawen dia yg maha best tu dan compare dgn majlis watashi alamakkk.. watashi citer yg biasa biasa je la takkan nak citer satu satu jenama dan harga barang hantaran watashi kut cam bebudak plak ye la yela anda mmg hebat watashi mmg tak best pun biar tak best di mata ko janji watashi best di hati King watashi E HHH??? tetiba... ahahahhaa

Sunday, September 19, 2010

Conteng-conteng Aidilfitri 2010-Kemusnahan Kuih Raya

berikut adalah kemusnahan kuih raya utk aidilfitri 2010

bahan-bahan
kuih2 yg tatau namanya
giler kelakar ini kuih!
kuih cornflake yg rasanya cam bukan jek
ahahahhaa
Kuih cawan la sgt,tp fail ok!

fail pun tetap nak feeling cam artis
siap lukis bunga atas adunan tepung.
pigidah hana!ahahaha
ok..kesimpulannya,tahun depan bila dah bergelar isteri watashi buat kuih siput je..
tu pun musti king tolong wat sekali.

Wednesday, August 18, 2010

Kenapa Ekk...?


watashi tertanya-tanya nih...
perihal makanan la..
korang pernah makan bubu chacha kan?
biasanya kuah santan dia kaler putih kan?
so sbb santan dia putih.so isi chacha yg dalam bubur tu nampak berseri la dgn keputihan santan tuh..
**ayaq masak, bubur caca ke chacha?kang kena lagi nih.kui kui kui..
lain plak jadinya dgn watashi
last week watashi buat bubur..
dah rendam..nmpak merah,watashi salin air,
air tukar merah,tukar air lagi..sampai lah masak punnnnnn
dah merah..watashi buang lagi..letak air baru..then dah ok ok..
masuk santan gula garam bagai..
hasilnyaaaa..??

ye..totap begitu ye kanak-kanak..
nape ekk?
pewarna dia merah sgt ke?
hishh...atau watashi yg tak pandai masak?
atau watashi tak layak kawen lagi
or..masak lama sgt?
*celah mana lama masak sgt...tepung chacha pun tak kembang lagi..
korang ada petua utk watashi?

*bila tgk balik pic ni..rasa cantik pulak kuah bubur ni kaler pink!hikkssss

Tuesday, August 10, 2010

Tade maknanya


Sila buktikan kegagahan kamu di Bulan Ramadhan ini wahai lelaki...
*heharap tahun ni tak jd lagi la kan.jd contoh utk anak2 la ye

Dan yg perempuan, sila puasa kalau boleh puasa, jgn anggap org nampak ko macam anak cina and ko boleh selamba dek je beli makan kt luar waktu lunch time ye..

kalau org yg tertengok tu tak tahu or saja-saja wat taktahu,TUHAN TAHU ok...!

ok..entry emo dari super nia hana.

Salam Ramadhan
*watashi macam nak minta maaf pada seseorang.

Friday, July 16, 2010

Rampaian Sejarah-cerita darjah 1 watashi

Tahun: 1 Kuning
Umur : 7 Tahun...

Masa tuh semua semua kawan sekelas waatshi cikgu bagi kertas .

Tajuk Besar : CITA CITA SAYA

ada 3 pilihan.

so..watashi pun cam biasa kan..anak nak kecil yg naif lagi super comel pun berkecohanlah dgn kawan2 sekelas besar nnt nak jadi hape...

pilihan watashi?
1. BOMBA-ahahaha..sebab masa tu berangan leh pakai baju merah..naik fire engine pastu padamkan api dgn gaya seorang pahlawan..masa tu watashi siap berangan la..lepas dapat padam api..org ramai yg tgk kebakaran siap tepuk tgn la kt bomba,adohhh..ahahahahahah.

2. Nurse-ni kes sebab berangan nak jadi hero gak la kan..bayangkan lahhhhh..org yg sakit teruk nak mati tuhhh..watashi ubat dia then dia boleh hidup dan sihat..ha...begitulah seadanya. Masa tu mana nak pk semua ni sebab izin Allah kan...-cedaaa tetiba stok ustazah plak.

3.Cikgu-ha...ingat lagi tak sebab watashi nk balas dendam kt cikgu Ahmad yg bagi kerja rumah yg banyak tuh?kes nk balas dendam kt anak cucu dia satu hal..hal yg kedua,kenapa watashi pilih jadi cikgu sebab boleh pegang rotan..pastu kalo cikgu marah..semua org takot kan?tp tu zaman dulu la..zaman skang?cikgu pukul niat mengajar pun leh saman woo...


so..bila semua dah hantar..cikgu pun announce la cita-cita memasing utk pengesahan (nak masukkan dlm report card kan)

so tengah senyum-senyum cikgu watashi belek kertas tuh..tetiba muka cikgu berubah..

"Tarmidzi! bangun!" cikgu menjerit marah
*tarmidzi bkn nama sebenar,sebab watashi dah tk ingat nama mamat tuh..
"cita-cita kamu yg pertama ni apa?kamu faham tak apa yg kamu tulis nih?mana kamu dapat kerja nih?"

tarmidzi diam..muka pucat lesi. "dalam suratkhabar cikgu!"
"amik balik kertas kamu ni,tukar semua cita-cita kamu!Ingat, PELACUR TU BUKAN PEKERJAAN YG BAIK, cita cita kamu yg no2 tu pulak..PENOREH GETAH? tukar!" bebel cikgu..

watashi dgn kengkawan gelak ..ada ke nak keja penoreh getah-cea..padahal masa tuh mmg tak faham pun pelacur tu hape.
" yang no 3 pun sama..tukar! Kamu nak KERJA KILANG PAPAN??"
tarmidzi bgn amik kertas dari cikgu..

tetiba muka cikgu berubah lagi

" Astafirullahhh.....ROSMAN BGN!!"

rosman bgn mcm bangga jek..rosman ni satu jiran sebelah rumah Tarmidzi
"kamu pun sama! tukar semua cita-cita kamu!"
"kenapa cikgu??cita-cita saya lagi tinggi dari tarmidzi!" tanya rosman mcm marah kecewa..dada siap kepak lg haaaa...

"kamu dengan tarmidzi sama je..apa cita cita kamu nih?? 1. TOKEY PELACUR 2. TOKEY GETAH 3. TOKEY KILANG PAPAN??!! TUKARRRRRR!!!!!"

ahahahahaha....sabar je lah.....

yah..begitu seadanya....salute betul pada cikgu2 malaysia nih..
musti penuh kesabaran dalam mendidik anak bangsa kan.

Wednesday, July 14, 2010

tade la baik sgt watashi nih

watashi ni agak harmoni orgnya
watashi tak suka nk bermasam muka waktu kerja
dan watahsi tak suka nak buli or menindas sesapa waktu or luar waktu kerja

TAPI, jgn sesekali cuba nak tunjuk power la kan depan org
waatshi tak kisah kalo yg cuba nk tunjuk power tu mmg ada power waktu kerja
tapi kalo ko setakat ala-ala, and buat kerja pun suh org je memanjang

siap la kena ayat best dari watashi
bukan nk kurang hajar,
waatshi hanya ada niat utk korang tahu
adab kita berbicara, perlu ada budi bahasa ok?

tak susah utk minta tolong dengan cara baik kan?
senyum..tak susah..

watashi rasa perlu ada kursus la utk attitude dan kelas budi bahasa
makin hari,makin dahsyat je mulut memasing
termasuk jugak watashi,
ahahahahha
*sedar diri ok

Tuesday, July 13, 2010

Dunia oh Dunia..Eh.. Malaysia oh Malaysia..

ok,watashi sebenarnya bukannya pedulik sgt hal artis-artis kt malaysia nih..

tapi lately macam makin hari makin teruk plak
kontroversi sana sini..

yg kes tade malu nak berbogel dalam filem la..
yg propa je lebih nk lariskan filem pun hade..

yg skandal suami org,
yg kantoi sana sini
tu tak kira dadah dedah bagai..

tapi..bukan nak cakap la kan..
skang ni dadah dan dedah yg super singkat dan sendat
makin boleh diterima oleh masyarakat kita
kita mcam dah lali and jadi cam
"ala..biasalah tu.."

kt newspaper korang leh tgk kan?
super singkat,super sendat dari segi segala-galanya
kalo zaman sekolah dulu watashi just labelkan MAJALAH MANGGA tu
majalah tayang dada dalam kebasahan.
*posing musti panas dan basah ditepi kolam.

pastu statement artis yg jadi headline cerita plak tak tahannn

"artis M di pikat datuk"
"saya tak pernah disponsor VIP"
"saya suka artis K"
"seksi itu subjektif"


tp itu dulu
tapi sekarang?
kt memana newspaper /majalah pun dah byk,

tak kisah la org cakap :

"pe ko kisah hana?ko ke yg kasi dorang mkn?ada kesan hidup ko ke? ko baik sangat?tah-tah org yg dedah2 tu lebih baik ari ko.kenkadang org yg pakai tutup-tutup tu lagi teruk dari org yg ada fashion sense nih.jgn salahkan org sexy je penyumbang menda tak elok,org yg bertudung pun ada yg dirogol"


:) believe me,watashi pernah kena statement camnih

memang la lantak le diorang nk pakai camne..
watashi pun tadelah baik mana pun.
cuma kenkadang sikap keterbukaan kita ni menyumbang kepada perkara yg tidak sihat.

entahlah..skang ni watashi dah ada naluri keibuan kappe..
asyik risau je tgk 'artis-artis remaja ' yg ada dijalanan
risau diapa-apakan.

oh..lupa,ini adalah blog peribadi watashi ok.dan apa yg watashi tulis adalah pendapat peribadi watashi.watashi takkan bertanggungjawap memana komen yang korang bg okeh.tq jard sebab bg panduan.

cea..cam la blog watashi popular sgt.ahakss

Monday, July 5, 2010

Org itu Gilak!



ok..watashi ada satu tabiat pelik
*tetiba jek..


kalo watashi bersiap-siap nak ke tempat kerja..
watashi berbedak bereye shadow ,berblusher bagai...
watashi takkan berlipstick dulu..

sebab?
watashi akan ke dapur lepas tu utk minum kopi..
so jadinya..bila dah dalam kereta la watashi akan berlipstik
*perghhh!! kata nama yang hebat!

tu pun bila watashi panaskan enjin...and dah terasa aircond dalam kereta watashi..
barulah watashi menyapu lipstick dan lip gloss..
nk dijadikan cerita,pagi ni as usual,
watashi melakukan tabiat yg watahsi kt atas la kan..
ye la..dah jadi rutin meh....
cuma bezanya harini..ada pakcik jiran dari rumah sebelah mana tah..
*sebab jarang tgk dia ma..
duduk kt kerusi batu bersebelahan dgn kereta watashi..
bila dh siap pkai lipstick,,
watashi TERPANDANG pakcik tu..
korang tau apa pakcik yg berumur dalam ala-ala 60an tu buat?
dia jilat mulut dia cam....cam..cam..cam GATAL OK!
ala-ala gini la dia buat..
kalo pompuan muda cun,waatshi pun syok gak tgk..::
terus rasa cam gelik gilakkk weyh...
sebelum watashi masuk kereta bukan main lagii...
"Assalamualaikum pakcikkk" tegur watashi senyum
"Waalaikumsalamwarohmatullahiwabarokatuh.." jawap pakcik penuh...
hilang rasa sejuk hati watashi memula td.
huhuhu.....

Wednesday, June 30, 2010

Petai?

ni nama apa ekk?
petai belalang kappe tah..
kecik..tapi bau mmg sama giler dgn bau petai.
aritu waatshi balik dari keja je..nampak obasan tgh kait petai kecik nih..
obasan dah tu terinjat injat amik kan..
::close up isi petai belalang::
so dgn lagak perwiranya watashi dgn berbaju kebaya hijau sama kaler dgn petai mengoffer diri utk jadi munyet penolong yg baik la kan..
kumpul2...then watashi igtkan obasan nk wat hape..
rupanya2 dia mintak tolong kopek kan petai tu..
malas nk salin baju..alang2 baju yg watashi nk pakai pun dah nk basuh kan..
layan kopek dlm keadaan bersimpuh..
*giler ko nak duduk bersila pakai kebaya..
::hasil tuaian watashi akakaka..::
eh..kalo korang kan..
petai ni mkn camtu saja kan?
obasan watashi cakap..leh masak ok!
wat cam sambal petai yg kita selalu mkn dgn ikan bilis and udang tu..
betul ke?
tapi..isi kan dia kecik giler..leh ke?

::see..isi dia kecik giler!::

Thursday, June 17, 2010

ada sape otai nuffnang sini?

watashi ada prob neh..

dah 3 MINGGU watashi gagal log in masuk akaun nuffnang watashi!!

giler tensionnnnn!!

ni semua sebab tah mcmana password yg selama ni watashi masuk tu katanya salah!
pastu watashi request utk reset password kan..

bila dah antar ke gmail..watashi cubala masukkan pwd yg nuffnang kasi,,
bila buleh bukak..watashi cuba la utk tukar password yg baru..
godek2 tak jumpa2 gak kt mana.
sabar lagi...godek sampai pecah peluh dan uji tahap kesabaran..watashi stop la dulu..

then..igtkan esok je la watashi wat blk kan..
rupanyaaaaa.....office waatshi plak ada masalah dgn internet connection
sampailah harini..
then bila request lg sekali..dapat password baru dah tak boleh login dah password yg nuffnang kasi
aduhhh rasa nk nangis ok!

haritu waatshi ada submit ticket kt nuffnang
tp still tade reply..
sampai la sekarang watashi mencubaaaa....
tapi tetap hampa ok
*amik ko..tgh frust ayat pun kuar bunga-bunga

so korang yg baik jelita..hensem cam anuar zain nihhh
kalau yang boleh tulun watashi...
watashi sgt berbesar hati okkk...
ye arr..walaupun tade la beratus and beribu mcm org lain..waatshi pun teringin gak nk rasa ada cek nuffnang kan

ahahahaha...

eh..gelak-gelak gakk..
tapi waatshi serius niii..
tolong ekk sape otai!

Monday, May 31, 2010

mata mencuram..kelopak besar..mata besar



kalau dia lelaki..
dia adalah seorang yg panas baran!

ini adalah kajian watashi sendiri setelah mengenali lelaki2 panas baran nih..
mata mereka sama arr...

semalam kt depan kedai runcit ada sepasang suaami isteri berbual bersamaa anak kecil kira2 3-4tahun..

suami layan baik punya atas motor bersama rokok..
si isteri terkedek-kedek bawa plastik beli barang dapur..
satu tgn membawa beras 10 atau 5 kilo..satu tgn sarat dgn barang dapur yg lain dan memegang anak lelaki menuju ke arah suami.

tersenget2 bawa barang-barang..si suami leka memandang isteri yg sarat dgn barang tanpa membantu.
*bodoh punya lelaki.

sampai kt motor..lelaki tu angkat kepala mcm bertanya kan sesuatu.

"tak cukup bang, saya beli barang pun yg penting dulu"
lelaki tu beliakkan mata

"ko ni bodoh ke?!kan aku dah cakap.beli rokok aku dulu.baru beli barang dapur ko tuh!"

isteri tu diam tak berani angkat muka

"beras tu ko tak payah beli lagi,pegi kedai tu minta duit balik,beli rokok aku dulu,baki tu beli beras timbang!"

"mana ada beras timbang dah sekarang bang.."

"aku cakap beli rokok aku dulu!!!" kaki sebelah tu dia sepak beras yg wife dia pegang ok!

giler biadap nak mamposss.....muka ada rupa boleh tahan.tp dayus nak mamposssss!!!
siyes watashi menyampah giler!
dari riak muka tu memang menunjukkan dia bangga sesangat la wat camtu kt depan org ramai tepi jalan.-banggang nak mamposssssss...

dan watashi cuba tgk muka ni..
mata dia mmg macam seseorang yg pernah watashi kenal.
sama..

-sorang mcm org kt pejabat
-sorang pernah jadi teman rapat
-sorang adalah kawan kampung
-sorang ada suami kepada kawan watashi
-dan sorang lagi adalah dikalangan saudara watashi.

kebetulan?
mungkin juga..
tp itu kajian watashi.
dan watashi percaya sifat2 persamaan yg ada tu menguatkan lagi justifikasi watashi lelaki yg bermata macam tu adalah panas baran

Thursday, May 27, 2010

Mentaliti dan Perlakuan yg perlu kita buang

shhh...ni cerita cam tak senonoh skit la bg watashi kan-maybe sbb watashi penggeli kappe..

semalam..watashi masuk toilet awam ofis watashi ni..
so terdengarla dua org hamba allah ni di toilet memasing sebelah menyebelah
haruslah perempuan kan..celah mana plak watashi masuk toilet lelaki..

disebabkan diorang dua ni bergitu gembira di kamar kecik memasing...diorang bersembang punya la kuat..sampai bergema2 toilet tuh..

dan ini watashi nk korang nilaikan sendiri

A- ko dah sudah belum
B- kejap2 aku dah nk sudah
A- aku kuar dulu,aku tunggu kt luar *luar pintu kamar memasing but still dlm toilet

pintu dimuka,waatshi wat wat tak nampak la kan..padahal sakit je hati dengar dorang sembang kuat2 mcm bilik pengumuman jek.

B- eh..ko tak flush ke? *apa masalah ko tanya member ko flush ke tak?cool ekk tiru org?

si A sdg tempek bedak kt muka

A- aku buang kecik je..buat apa nk flush..*ko igt ni rumah ko?yg kecik tu pun still najis sederhana ok.ada bau
B- ye ke..ok la...nasib la sape dapat toilet nnt.pepandai la flush kalau nk guna.bknnya tak pandai *leh pk camtu?

B pun kuar dari toilet. join si A betulkan baju depan cermin..
watashi kt sebelah still sebelah wat hal sendiri..

dorang sembang2 sesama sendiri and bergelak tawa.selesai kerja waatshi..watashi pegi ke toilet diorang guna tadi purposely..

watashi flushkan sisa2 toksik depan2 diorang ..

lepas flush watashi senyum and watashi blah.

sayangkan..muka cantik.tapi pengotor.cara pemikiran pun dangkal.agak2 la korang nak jimat air kappe.tp kalo ada bau yg tak menyenangkan tu..pepandai la kan..biasanya..toksin kita ni..kita je bau tak berapa busuk..org lain bau hazab giler ok..

amik ko..pepagi cerita pelik2 dah watashi nih..
ekekekeke

Thursday, May 13, 2010

masalah pelik


ada satu masalah.
waatashi lately...

watashi tgh tgk gambar king.
-kes teringat kt dia la kan..

tetiba watashi leh cam tersedar plak..
then watashi cam asyik soal diri sendri..

"kenapa King??Kenapa mesti king??"watashi cakap sambil tarik2 rambut

satu part plak watashi rasa mcm confuse yg hammat sgt..
satu perasaan utk membenci king tetiba..

Serius watashi pelik...!!!

kenapa arrr..???

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer