Wednesday, August 1, 2012

Beruntungnya wanita punya rahim.... (^^)

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semuawanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA... ... .

nota buat lelaki bakal atau sudah bergelar suami-Maafkanlah ISterimu

Dear Suami Seluruh Dunia ,

Maafkanlah Isterimu yg bila nanti  mengambil masa untuk mengenal hati budimu pada awal perkahwinan dulu

Maafkanlah Isterimu yang  bila nanti akan  beremosi semasa awal kehamilannya dan adakalanya dia menangis bersendirian kerana rintihan tidak kau fahami

Maafkanlah Isterimu yang  bila nanti  adakala tidak mampu menahan rasa alah dan kelesuan semasa membawa satu nyawa yg Allah amanahkan buat kamu berdua

Maafkanlah Isterimu yang  bila nanti tenaganya amatlah terhad ketika dia dalam berpantang

Maafkanlah Isterimu yang  bila nanti  memohon bantuanmu ketika anakmu tidak dapat tidur malam

Maafkanlah Isterimu yang  bila nanti  terpaksa meminta bantuanmu dalam urusan rumah

 Maafkanlah Isterimu yang  bila nanti  kerap tidak sihat dan perlukan urutan darimu

 Maafkanlah Isterimu yang  bila nanti  terpaksa pergi meninggalkanmu tanpa sebarang pesan


Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.

Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. 



Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer