Saturday, March 31, 2012

Resepi Kiew Tiew ehhh koew tiaw goreng secepat angin lalu~

hellos,

arini watashi nak bg menu koew tiew goreng cepat dan pantas angin lalu ye.

resepi ini paling sesuai utk dibuat utk tetamu yg tak bajet nak datang tetiba and mereka lapar..

celah mana la korang nak blender cili la bagai kannn...

mcm watashi satu kepantangan dalam hidup kalau masak guna cili pest yg segera tu.

oh..nehi nehi....nota untk bakal menantu watashi yg perempuan ye.(jauh ke bulan berangan!)


RESEPI- Koew Tiaw Goreng Secepat Angin Lalu~

Bahan-Bahan

  • 1 bungkus koew tiaw(KT)
  • 1 biji telur
  • 3ulas bawang putih yg dicincang/karate.ditumbuk
  • 5 tangkai cili api yang dihiris(ikut korang la nak pedas mana)
  • sos cili 3 besar
  • kicap manis atau masin 3 sudu
  • taugeh dan kucai
  • fishcake/fishball/crabstick/sosej segala mak nenak yg hade dlm frozen fridge to
  • lada putih
  • garam/gula/perasa kalau s uka.kalau malas nak anggarkan sila guna CUKUP Rasa.habis cerita.

Cara2..

1. pukul telur hingga kembang, panaskan sedikit minyak,masukkan telur and kacau laju laju sampai jadi ala scramble egg tu ha

2. ketepikan telur dlm satu bekas.tamba

h minyak skit lagi,tumis bawang putih sehingga naik bau

3. masukkan segera cili api tadi seketika dan terus campakkan KT ala ala renang beirama dan kacau seminit.

4.then masukkan sos cili/kicap tadi.sila tambah kalau korang nak hitamkan lebih ke..ikut suka hati korang lah\

5.then masukkan garam/gula /perasa /lada putih secukup rasa.kacau seketika

6.masukkan segala fish ball yg watashi bg list td tu ha..

7.masukkan sayur sayuran..masak sampai tahap yg kor

ang suka...ala mentah ke..layu terkulai ke ...

8.dah masak..tutup api..baru masukkan telur goreng ala scramble egg td hingga sebati.

9.sila bismillah dan makan dgn nikmat sekali

makasey!

Chef express Nigella Hana (uwek!)


Friday, March 30, 2012

Tricky Trick Menu Memaksa Suami Makan Sayur

ni namanya resepi "sayur goreng makan dalam"
ahahahaha..suka hati je ekk..

bagi isteri yg ada suami susah nak makan sayur,
silalah cuba buat macam ni..

-potong kecikk sayur tu..
-goreng bersama fish ball or fish cake
-pecahkan telur-letak sesame oil skit

nak taknak en suami kena makan
kalo tak, sila asingkan sendiri ye
mcm ala ala citer musang berjanggut tu
ahaks,,

Itadakimasu!

Thursday, March 29, 2012

My Dear Arissa 6 Months



Video Arissa 6 Months
Suara and aksi pun makin lincah
malam ni watashi nak rakam dia suka buat bunyi tiger

memula kelakar
pastu rasa seram plak.hahahahah

Wednesday, March 28, 2012

Mamakpliey!! Believe it Or Not!

sayur kacang,isi ikan goreng minum teh panas
RM10.
Speechless,worthless,
wordless WEDNESDAY!

Tuesday, March 27, 2012

Sang dara skema

Gmbar passport yang kununnya nak buat kad nikah

Smpai kesudah tak buat and ada sijil nikah je
Janganla dibuatnya arissa koyak ala uwais lifesaver
Nangis ala zapin johor kang!ahahahha

Monday, March 26, 2012

Makanan Yang Tersedap Di Dunia Angker Watashi

Nasi goreng!nasi goreng!
nampak sedap kann???
kenapa ianya sangat sedap??


sebab ianya dimasak oleh KING!'
muahahhaha..bravo!bravo suamiku..

lately watashi sangat sangat sangat happy and bersyukur

saper yang tak happy kalau encik suami lepas mkn terus angkat pinggan and cuci
lepas tu dia nampak periuk kuali tak brendam tak dicuci,dicuci nya lagi

habis satu ditanya pada isteir,ada apa lg nak tolong??

giler la..terasa ayat disyurga gitu

ahahha..over ko..
bukannya apa..as wife yg bekerja and ada anak kecik,
korang yg pegang title atas mesti faham kan keletihan berganda-ganda dalam kehidupan seharian

so bila ada tangan membantu terasa nikmat yg tak terkata dan hati berbunga bunga stargazers gitu haaaa........


thank you ekk sayang..
looking forward hubby terjaga and jaga arissa pula bila asyik terjaga malam.
eheheheh~

Saturday, March 24, 2012

Ho Ho Ho Balik Kampung!!!! Entry Super Tunggak!

Sebagai perantau-uwekkksss..
perkara paling best,paling syok,paling yang dinantikan adalah BALIK KAMPUNG KAN?
walaupun kampung skang tadelah kehijauan manapun
tapi kalo namanya balik kampung, semangat berkobar mengalahkan bendera malaysia berkibar di dataran merdeka.

Yoshhh..layan gambau udah.
kang kalu tunggu watashi merepek confirm smpai kemalam never ending story ini entry

:: otw back to kampung::
-during this time, jammed sangat dahsyat ok!almost 8hours kl-kedah.kerass bontot jgn cakap
dengan arissa yg makin bosan and thank god masa ni arisa tak pandai melasak lagi.ahhaha


::subuh di Kedah..bangun pun rasa sengal satu badan::
arissa kejutkan daddy..ahakss

::selamat datang ke syurga yanghtelah membesarkan saya::
ini rumah baru la..terbayang kepayahan kami adik beradik cangkul tanah setiap hari, cat,cuci rumah bagai..nak nangis pun tapi berbaloi walaupun byk kali jatuh sakit.ehehhe

::aktiviti membakar adalah rutin wajib kalu watashi balik sana::
geram ok,king boleh wat cam memalu plak kan..pastu duk nyakat aufa..eheheh

::bahan pembakaran terbuka::

::menus sampingan lain::

::cara bakar amount yg banyak..ahaahaha::

:: Berasap belakang rumah..king punpegi berasap gak..tah bila asap tu nak ilang tah::ahaksss

::aufa yang makin cantik..menang di taski Pelajar Mithali::

::Arissa with Aliyah-cucu sulung dlm family watashi::

::arissa with achik..tgh lentok tetiba muka mata plak.aahah::
::tengok king buli aufa,aufa muka pasrah je.ahahaha::

::baju putih tu adik bongsu watashi ..tinggi kan?org cakap muka mcm farid kamil
sumpah MUNTAH DARAH!::
::watashi with arissa::
minta mahap buka belemoih sebab tudung tangkap muat.ahahaha

::otw k rumah atok nenek daddy king plak::

::pagi yg segar di laman rumah nenek dgn atok::
::arissa with nenek di tesco Taman Ria::
ramai ingat baby boy (TT)
::next day je dah smpai KL balik::
sungguh syahdu Arissa hug daddy

dulu watashi kasi chance,sekarang watashi pun nak menempek gak
TAK KIRA!ahahahha



Friday, March 23, 2012

Resepi Asam Pedas Johor 3S (Simple/Sempoi/Sapu je apa ada kt dapur) ahahah

sumpah rasa segan nak bagi resepi pada orang bila watashi masak.
antara faktor keseganan adalah :
- amboi..sedap ke ko masak hana?ahahaha
-bahan apa yg kt dapur je disebatnya.akakakak..

tp memandangkan buah hati ku lifesaver nak jugak tahu,oklah..ku tepek disini tanda sayang ku pada mu.ewahhh..ahahaha..

bahan bahan yg biasa watashi buat camni ha..
1. ikan pari/ikan isi merah/tenggiri-sukahatila ikan apa yg korang nak buat kan.ehehehe

2.cili blender (usually watashi blender siap siap cili kering,bawang besar,halia,bawang putih)

3. daun kari skit/daun kesum/bunga kantan kalo ada.

4. secubit belacan

5.garam/gula /perasa

6.air asam atau nak canggih macamwatashi guna asam keping.ahahahha

7.sayur timun atau bendi atau terung

8.lada hitam

CAra Memasak,
-tumis cili blender dgn bahan tadi sampai pecah minyak
-masukkan gula/garam/perasa/
-tambah air la kan...agak byk mana nak buat kuah
-letak lada hitam,segala jenis daun 3K(kesum/kantan /kari)sayur ...ikan..eh pendek kata campak la semua sekali dengan air asam jawa (ikut suka semasam mana korang suka)
-masak agak didih kuah and ikan tu ready tu bismillahh and ngapp..

note penting:asam pedas johor mmg rasa dia kuat dari segi masam pedas tu arr..kuah mesti pekat!


selamat mencuba!

Chef sempoi, Nigella HAna
Arigato!

Thursday, March 22, 2012

Something TO Share ABout



Apa yang korang fikirkan sekarang?
Ibu bapa korang?
Anak korang?
atau suami/Isteri korang..

hargailah & sayangi selagi ada..HINGGA UJUNG WAKTU ;)

Friday, March 16, 2012

Opocot kantoi

Sesi berkemas babycot jam 3am
Jarang tgk arissa terbeliak mata camni
Ahaahahahaha

Wednesday, March 14, 2012

Jangan!Jangan!Ko Paham Tak???


Perkara yang JANGAN DI BUAT dalam pandangan ISLAM:-

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

Tuesday, March 13, 2012

wishlist Material mengikut nafsu seorang Ibu~wahahaha


dulu masa bujang,jgn harap ko nak terjah menda camnih
skang dah aa anak.amboii every month ada je nak online shopping barang utk anak kan..

setakat ni mendalah ni yg wat watashi cam ala..nak la..nak la nak la.
muahahhaa...

yg kelakar nya semua barang arisa.

ni siap buat list lagi ha...
mauauuaua-->gelak cara baru


1. play mate tekan kuar music
-haaa ...amik men belasah je watashi letak nama sendiri..tingin sebab arissa dah mula merangkak and kalau leh semua menda dia nak karate nak masuk mulut.

2. Islamic Soft Book
-perlukah watashi terangkan lagi kenapaaaa???anak yg soleh dan solehah adalah idaman kita semua bukan?yg penting usaha doa dan tawakal.ehehehehe

3.menatang ni org pangil apa ekk?
-Ipad?notepad?padayappa?ok..saya suka and saya nak-->tamak!

4..Sit me up..
ehehhehhe..cute kan?besh kan????besh kalau anakkorang jenis duk diam..Arissa?dua minit paling lama..pastu start nak explore bawah sofa la rasa carpet la hape la..


5.Playpen
sebab babycot arissa makin mengecil dan tak cukup besar utk aksi aktif arissa

6.play tent
over okeyh..mcm la rumah besar sgt !ahahahha



ps-tunggu ipad spirit arissa tak sampai lagi (TT)

Friday, March 9, 2012

Cukup Tertekan

watashi bebetul letih
watashi perlukan rehat.
taknak buat kerja rumah
taknak buat kerja pejabat
taknak taknak tak nak

super down,super letih,
tolong jgn beratkan lagi beban kt bahu ni buleh
rasa ingin terus menangis

tapi hanya mampu dalam hati

*hujan~

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer