Raksaksa Comel dari langit biru yang Peramah Tapi Pemalu. -sumpah watashi tulis ni pun watashi rasa geli :P
Friday, February 10, 2012
Cantik & Anggun Dalam Islam
Dari Anas bin Malik, katanya: “Rasulullah SAW menentukan waktu kepada kami tentang menggunting kumis, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur ari-ari supaya jangan dibiarkan lebih dari empat puluh hari.”
Huraiannya
Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia termasuk semua aturan-aturannya. Justeru kebersihan diri adalah antara ciri-ciri utama yang mesti ada bagi sesiapapun yang ingin kelihatan cantik dan anggun. Sedangkan menarik tidak semestinya yang cantik tetapi yang pasti ialah bersih dan kemas. Maka sesuai dengan kejadian kita yang telah disempurnakan oleh Allah SWT hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin. Kebersihan menjamin kesihatan. Islam mementingkan personaliti yang baik, kemas dan bersih. Janganlah kita mencontohi watak, penampilan, pakaian mahupun gaya orang-orang yang pengotor kerana orang yang pengotor itu adalah saudara kepada syaitan.
Sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment