Tuesday, February 28, 2012

Bagaimana Menjadi Suami Kesayangan/Memikat Isteri-Cewah!


daddy and Arissa 1bulan

watashi dapat dari blog kegemaran watahsi

ok..lelaki,suami dan bakal suami sekelian,disertakan tips utk menjadi suami kesayangan dan idaman isteri.Kena ingat ye. Allah telah kurniakan wanita yang mempunyai tekad perasaan yang sangat luarbiasa kuat.demikian,jgn sesekali membuat hati seorang wanita (ibu/isteri) terluka

Sebagai suri rumah tangga, isteri juga mahu lelaki tahu bagaimana untuk menawan hati isteri. Jangan hanya mesra ketika mahu memikat dulu tetapi lelaki sepatutnya melakukan perkara sama selepas berkahwin.

Beberapa panduan mudah yang boleh digunakan suami untuk menghargai isteri dan melayan mereka seperti kekasih untuk selama-lamanya.


Isteri bukan amah

Guna budi bicara ketika meminta pertolongan isteri, jangan asyik mengarah sebaliknya suami berehat dengan membaca akhbar atau menonton televisyen saja. Jika isteri bekerja, suami patut lebih bertimbang rasa kerana isteri bukan robot, mereka juga penat dan perlu berehat selepas seharian di pejabat.


Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai, apatah lagi jika insan itu isteri kita. Bayangkan bagaimana gembira hati isteri anda jika suami sentiasa mengingati tarikh perkahwinan dan hari jadi isteri.

Namun, kebanyakan lelaki hanya ingat tarikh hari jadi isteri ketika berkasih malah tidak sanggup untuk menghantar bunga walaupun tarikhnya masih jauh.

Kebanyakan isteri tidak terlalu mengharapkan hadiah yang mahal untuk kenangan malah jika anda ikhlas, sekeping kad dan sedikit catatan sudah memadai untuk menyatakan rasa sayang kepada isteri.


Bantu ringankan tugas isteri

Jika isteri sibuk dan bertungkus-lumus menguruskan rumah tangga, apa kata anda meringankan tulang dengan membantu sama ada membancuh susu untuk anak atau membasuh pinggan. Buatlah kerja dengan ikhlas, pasti isteri akan gembira.


Bawa isteri berehat

Ada suami ketika menjadi kekasih, setiap minggu membawa pasangannya ke tempat menarik malah sanggup berhutang untuk menggembirakan kekasihnya.

Tetapi, selepas berkahwin, jarang pula berbuat demikian.

Walaupun membawa isteri berehat mungkin remeh-temeh tetapi wanita akan mengingati dan menghargai perkara itu, bukan asyik terperap di rumah walaupun cuti hari minggu.

Ciuman khas untuk isteri

Bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri? Tahukah ciuman di dahi atau di bibir isteri dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan dilaluinya pada hari itu. Begitulah kuat kuasa ciuman suami.

Beri pujian kepada isteri

Anda masih ingat bagaimana taktik untuk memikat. Tentu sekali anda memuji kekasih anda cantik, malah pantang berjumpa itulah perkataan pertama yang keluar.

Tetapi selepas berkahwin, susah pula untuk mengeluarkan perkataan itu, seperti terkunci. Naluri manusia memang suka dipuji, begitu juga isteri anda.


Dengar pendapat isteri

Jika ada masalah, selesaikan dengan berbincang. Jika isteri mempunyai pendapat mengenai pendidikan anak atau kerjaya, dengar dengan penuh minat, bukan membuat kerja lain. Ada suami tidak boleh menerima pendapat isteri, jadi tanya diri sendiri, bagaimana pula jika isteri tidak dapat mendengar pendapat lelaki.

Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi tetapi sesekali apa salahnya untuk menghargai mereka selepas apa yang dilakukan untuk mengemas rumah dan menjaga anak-anak.

Mungkin suami tidak pernah memberikan isteri pakaian yang cantik walaupun isteri cuba menyindir. Jadi, apa salahnya berbuat demikian dengan menghadiahkan isteri baju kurung sempena Aidilfitri.


Credit to Blog HAmil

No comments:

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer