Masa sentiasa tidak cukup untuk diri sendiri kerana keutamaan adalah pada suami dan anak
Sejak saya bergelar Ibu..
Saya sentiasa berusaha untuk membahagiakan keluarga
Sejak saya bergelar Ibu..
Saya sentiasa memikirkan cara yang terbaik untuk mendidik anak dan malayani suami dgn terbaik
Sejak saya bergelar Ibu..
Hari hari saya sentiasa dipenuhi dengan doa mendokan suami,anak anak dan keluarga keluarga saya
Sejak saya bergelar Ibu..
Airmata saya seakan murah apabila memikirkan adakah saya telah membahagiakan dan menyayangi suami dan anak anak saya dengan baik ,
Sejak saya bergelar Ibu..
Saya akan memastikan anak anak saya akan mempunyai IBU lebih baik dari saya sekiranya ditakdirkan saya adalah pinjaman yg singkat olehNYA..
Sejak saya bergelar Ibu..
Saya akan pastikan saya berbakti dan menjadi kesayangan suami dan anak anak dengan harapan akan bekalan saya di sana nanti.
Apa pula harapan kamu semenjak bergelar Ibu..
No comments:
Post a Comment