Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Friday, September 18, 2015

APAM TEDDY Bear cute sangat - ehsan dari FB



 30-35pcs 
penuhkan paper cup dan tinggalkan sedikit ruang untuk deko di permukaan apam..masuk tepung selang seli dgn susu dan akhirkan juga dgn tpg...lepas masuk ovallate pukul dgn kelajuan maksimum 7-8 minit..balut tutup periuk dan kukus dgn api kecil selama 10 - 15 mnt...kesian ada yg x brp nk jadi rasa penat buat...

Zarina AlitoMasak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Assalamualaikum.. sini sy share cara saya 'memberuang' ye.. Boleh guna mana2 resipi apam polkadot yg korg suka utk buat apam ni. Senang je, in sha Allah suma org blh buat. Boleh share ye. Slmt mencuba!
~ boleh skip part garis pakai lidi n buh warna krim dlm mata tu ye.. x buat yg tu pun tetap comel dan kemas.

Coklat muda ~ coklat emulco
Coklat gelap ~ coklat emulco + pewarna

guna telur suhu bilik je.. yg penting ovalet tu bubuh last 1x n putar smpai gebu. Pukul 7-8 mnt selepas masuk ovallate..permukaan berlubang2 tu sebab angin dalam adunan..
sy suka resepi ni sbb permukaan apam tu gebu, x berlubang2

lps bubuh ovalet sy guna kelajuan max lbh kurang 1 min


Bahan yg diperlukan:
Dr kiri ke kanan, lidi sate, cwn kertas, baking paper, adunan apam yg bewarna coklat gelap, krim (warna asal) dan coklat muda.



Coklat muda ~ coklat emulco
Coklat gelap ~ coklat emulco + pewarna

 ni step1-4 tu utk tinge bear tu....nti dia xde tinge hi3

1.Ambik adunan coklat muda, potong hujung plastik dan paipkan adunan bentuk bulat ats kertas. Buat kecik2 je. Agk2 padan dgn muka bear yg nk dibuat nanti. (Bentuk lonjong sikit2 pun boleh)
2. Kemudian titikkan warna krim plk di tgh bulatan coklat muda.
3-4. Buat sampai habis, dan kukus 3 min. Ketepikan.
(Telinga ini akn digunakan dlm langkah akhir, rujuk gambar no 15)


5 hingga 8
Isikan adunan coklat muda ke dlm cup. Bubuh inti/ filling dan isi lg sampai nk penuh cup. Lepas tu picitkan warna krim kat bhgn bawah cup. Bg yg x reti nk buat bentuk bulat cantik2, korang boleh benamkan sikit hujung piping bag tu dlm adunan coklat (rujuk gambar) lps tu picit perlahan2.. nanti akn terhasil bulatan yg cantik


9. Untuk hidung, picitkan sikit warna coklat gelap kat bhgn ats bulatan krim tu.
10. Kemudian buat mata plk.
11. Lps tu titikkan sikit warna krim dlm mata tu supaya mata bear nmpak mcm bersinar2.
12.Kemaskan hidung bear. Guna lidi sate utk buat garisan halus. Letak lidi sate kat tengah2 hidung tu n tarik ke bawah mcm tulis no 1


13. Kita cuba buat mulut plk. Titik sikit warna coklat kat bhgn bawah, agk2 yg sesuai kedudukan mulut.
14. Guna lidi sate utk buat garisan halus dari hidung ke mulut. Lps tu buat garisan ke kiri dan kanan mulut (sikit je, agk2 ada bentuk mulut). 
15. Ambik telinga yg kita kukus tadi n letak di bhgn ats kepala bear. Sengetkan sikit. Jgn tekan, letak je.. n dah boleh kukus. (15 min)
16. Taraaa.. siap dah..(mmm nmpaknya mulut bear tu x brp comey)

Actually watashi nak cuba buat cupcake  . saksikan la nnt ehhehe

LABEL: resepi,  apam kukus, cupcake, teddy, apam teddy, masak

Wednesday, February 13, 2013

Resepi Mee Rebus Johor Sempoi aka tak menyempat nak makan

 Holaaa semua..,.eceh..dah baik alahan terus je update makanan kennnsss..ahahahah

alhamdulilah..alahan kali ni tak lah sehebat penangan Arissa dulu
masuk 4 months dah baik skit..boleh masuk dapur...cuma tak syok dia ada mood swing
kenkadang boleh masak,kadang kadang takleh

yg takleh blah, sakit gigi..uwaaa.....asyik wat drama neng yatimah nangis nangis ok..
nak, kamu kena baca nih..ok!

ok..balk pada resepi tak menyempat mak buyong yg naaakkkk sgt mkn mee rebus..ahahaha
ni watashi anggaran makan dua orang la kan..

ok..bahan sgtla sempoi..

1. 1 paket mee kuning-harusla ko celur..takkan bakar
2. separuh genggam udang kering-rendam  **blender bersama
3. 3 ulas bawang putih/bawang besar 1 ulas/halia skit **blender bersama
4. udang/ayam/daging-kalau ada salah satu pun takpe..(kalo daging pepandai la ko rebus smoai empuk dulu kan...
5. fish cake/fish ball kalo suka/asam keping kalo suka jugak 
6. 1sudu cili kisar-watashi tak masukkan sebabnya kongsi kuah mee kuah ni dgn arissa (arissa punya mee kuning ganti macaroni or spagethhi-kelaass ko nakk)
7. 2-3 biji keledek oren sederhana besar...rebus,lecek halus
8. sayur mayur seperti sawi/carrot..kalo korang karnivor takyah la letak
9. serbuk kari daging 1 1/2 sudu makan 


cara buat ala campak penuh gaya:
1. panaskan minyak,(agak agak la kan minyak tu) masukkan bahan tumis tadi lepas naik bau.masukkan cili blender and serbuk kari daging
2. lepas naik bau baru masukkan segala udang/ayam and daging (kalo ikut cara watashi,campak sekali stok daging, udang rebus awal dulu masuk lasttt sekali..ahahaha)
3.dah agak empuk /mendidih,masukkan keledek oren
4. garam gula sesuka hatimu, asam keping -sbb tak berapa suka masam
5. campak fish ball fish cake and udang, sayur mayur ala renang berirama gitu
6. siap di hidangkan dgn taugeh celur , hirisan daun bawang (king tak mkn, so watashi tade letak,) and telur rebus



Friday, April 13, 2012

Fakta yang patut korang tahu bila bayi masuk 5 bulan

hye.Assalamualaikum semua!! .nama saya arissa
masa gambar ni diambil oleh ibu saya yg comel,penyayang dan terhebat..
umur saya baru menjangkau 5 bulan..

bila masuk 5 bulan,
saya akan demand lebih banyak susu..
saya sentiasa lapar

jadi, saya akan sentiasa terjaga malam and menangis
saya menangis menjerit sekuat hati
rekaod terbaik yg pernah saya buat adalah 3 malam berturut turut saya perhatikan ibu saya tidak tidur

ibu saya kuat,dia masih sihat and senyum setiap kali saya memandang dia

pada usia saya juga,saya suak mengigit semua barang
saya suka masukkan semua barang dalam mulut saya

antaranya;

dan kayu baby cot saya
semua soft toys saya sehingga bau sangat masham!

pesanan saya pada ibu ibu baru diluar sana
*tiada pesanan utk bapa sebab saya tahu bapa nyenyak tidur semasa kawan seusia saya menangis pada waktu malam.hiksss

jgn bimbang tentang tangisan kami pada waktu malam..
kami hanya akan nyenyak tidur selepas kami mula makan solid food pada seawal usia 6 bulan

solid food pertama saya adalah puree carrot! ibu saya buat semuanya sedap(berani tak cakap sedap??ibu zikir doa pengasih dalam tu.muahaha)

ibu saya cakap, ibu saya kedekut
ibu saya taknak bagi saya makan nestum
kata ibu,saya sudah cukup comel
orang comel macam saya hanya makan dari hasil tangan ibu saja

ok..watashi dah merepek bagai.
pendek kata..
bersabarlah dengan karenah anak
kita akan rindukan semua saat -saat dia membesar.

oh..home made solid food adalah makanan terbaik utk anak anak kita.
adios~

Saturday, March 31, 2012

Resepi Kiew Tiew ehhh koew tiaw goreng secepat angin lalu~

hellos,

arini watashi nak bg menu koew tiew goreng cepat dan pantas angin lalu ye.

resepi ini paling sesuai utk dibuat utk tetamu yg tak bajet nak datang tetiba and mereka lapar..

celah mana la korang nak blender cili la bagai kannn...

mcm watashi satu kepantangan dalam hidup kalau masak guna cili pest yg segera tu.

oh..nehi nehi....nota untk bakal menantu watashi yg perempuan ye.(jauh ke bulan berangan!)


RESEPI- Koew Tiaw Goreng Secepat Angin Lalu~

Bahan-Bahan

  • 1 bungkus koew tiaw(KT)
  • 1 biji telur
  • 3ulas bawang putih yg dicincang/karate.ditumbuk
  • 5 tangkai cili api yang dihiris(ikut korang la nak pedas mana)
  • sos cili 3 besar
  • kicap manis atau masin 3 sudu
  • taugeh dan kucai
  • fishcake/fishball/crabstick/sosej segala mak nenak yg hade dlm frozen fridge to
  • lada putih
  • garam/gula/perasa kalau s uka.kalau malas nak anggarkan sila guna CUKUP Rasa.habis cerita.

Cara2..

1. pukul telur hingga kembang, panaskan sedikit minyak,masukkan telur and kacau laju laju sampai jadi ala scramble egg tu ha

2. ketepikan telur dlm satu bekas.tamba

h minyak skit lagi,tumis bawang putih sehingga naik bau

3. masukkan segera cili api tadi seketika dan terus campakkan KT ala ala renang beirama dan kacau seminit.

4.then masukkan sos cili/kicap tadi.sila tambah kalau korang nak hitamkan lebih ke..ikut suka hati korang lah\

5.then masukkan garam/gula /perasa /lada putih secukup rasa.kacau seketika

6.masukkan segala fish ball yg watashi bg list td tu ha..

7.masukkan sayur sayuran..masak sampai tahap yg kor

ang suka...ala mentah ke..layu terkulai ke ...

8.dah masak..tutup api..baru masukkan telur goreng ala scramble egg td hingga sebati.

9.sila bismillah dan makan dgn nikmat sekali

makasey!

Chef express Nigella Hana (uwek!)


Friday, March 30, 2012

Tricky Trick Menu Memaksa Suami Makan Sayur

ni namanya resepi "sayur goreng makan dalam"
ahahahaha..suka hati je ekk..

bagi isteri yg ada suami susah nak makan sayur,
silalah cuba buat macam ni..

-potong kecikk sayur tu..
-goreng bersama fish ball or fish cake
-pecahkan telur-letak sesame oil skit

nak taknak en suami kena makan
kalo tak, sila asingkan sendiri ye
mcm ala ala citer musang berjanggut tu
ahaks,,

Itadakimasu!

Friday, March 23, 2012

Resepi Asam Pedas Johor 3S (Simple/Sempoi/Sapu je apa ada kt dapur) ahahah

sumpah rasa segan nak bagi resepi pada orang bila watashi masak.
antara faktor keseganan adalah :
- amboi..sedap ke ko masak hana?ahahaha
-bahan apa yg kt dapur je disebatnya.akakakak..

tp memandangkan buah hati ku lifesaver nak jugak tahu,oklah..ku tepek disini tanda sayang ku pada mu.ewahhh..ahahaha..

bahan bahan yg biasa watashi buat camni ha..
1. ikan pari/ikan isi merah/tenggiri-sukahatila ikan apa yg korang nak buat kan.ehehehe

2.cili blender (usually watashi blender siap siap cili kering,bawang besar,halia,bawang putih)

3. daun kari skit/daun kesum/bunga kantan kalo ada.

4. secubit belacan

5.garam/gula /perasa

6.air asam atau nak canggih macamwatashi guna asam keping.ahahahha

7.sayur timun atau bendi atau terung

8.lada hitam

CAra Memasak,
-tumis cili blender dgn bahan tadi sampai pecah minyak
-masukkan gula/garam/perasa/
-tambah air la kan...agak byk mana nak buat kuah
-letak lada hitam,segala jenis daun 3K(kesum/kantan /kari)sayur ...ikan..eh pendek kata campak la semua sekali dengan air asam jawa (ikut suka semasam mana korang suka)
-masak agak didih kuah and ikan tu ready tu bismillahh and ngapp..

note penting:asam pedas johor mmg rasa dia kuat dari segi masam pedas tu arr..kuah mesti pekat!


selamat mencuba!

Chef sempoi, Nigella HAna
Arigato!

Tuesday, March 29, 2011

Gara-Gara Ikan Siakap kukus


Ini cerita sebelum 3 minggu watahsi disahkan mengandung.

ahahahahah
Aritu kannn..watashi masuk ofc.. perut dh kenyang mkan nasi lemak pagi tu akak-akak kt pejabat ni buley plak bercerita pasal makanan-makanan besh kat donia ni.. tipu-tipu..ahahahaha makanan besh kt malaysia la kan.. memacam la dorang citer.. smpai la satu citer menu ikan siakap kukus.. tah mcm mana.. watashi boleh kecur air liur ni ha.... siap telan-telan lagi.. dorang bercerita punya cerita.. watashi plak makin dekat dan dekat lagi dengan dorang yg ghairah bercerita..


"ikan siakap kukus mmg beshh tapi takleh lawan dengan ikan siakap tiga rasa"kata akak 1


"ha'ah..betul laaaa...tiga rasa lagi beshhhh!!sweet sour pun boleh tahan gak" sampuk akak 2.


"ala..jgn arr citer lain..cerita ikan siakap kukus.hana nak cerita ikan siakap kukus" balas watashi .


mengekek akak ofc gelak. ye arr...

watashibaru baik daripada food poisoning.

mmg la teringin nak mkn macam2 ok!

so...watashi nekad hari jumaat bila balik kampung watashi cari bahan utk siakap kukus versi watashi yg sgt jarang buat. ahahahah..

watashi wat ikan siakap steam/kukus sempoi jek.

sape yg agak malas tu boleh la tiru mcm watashi yg meroyan nk mkn sgt.ahahahah..


bahan- bahan


-ikan siakap la kan.. -

cili api/3 or dua bawang putih di tumbuk lumat.

-air asam jawa skit

-black pepper skit jek

-kicap cair/perasa skit/garam

-sayur -sayur yg korang suka la


KAedahnya...

Campak semuabahan sekali miahahahaha

ini rupanya sebelum di kukus yeee...


rupa setelah selamat dikukus

nampak sgt watahsi tamak beli ikan siakap besar gila ms nih

semasa mengukus tu

watashi tak abes abes tunngu depan periuk kukus

then mama king asyik minta watashi sabar sebab tak masak lg


sumpah korang

watashi rasa mcm kecur liur bila terbayang ikan kukus yg watashi wat nih

ahahahaha

*nasib baik MIL and FIL sporting.lalalal~


ok..masa mkn lunch..

mmg watashi tak jamah yg lain

watashi makan sebelah ikan siakap tu sorang ok!


bkn setakat tu je.licin abes watashi mkn dengan kuah kuahya sekali

mama king mmg dah suspect watashi preggy


tapi bila check mmg negative woohhhh

sebulan lebih baru nak tunjuk positif


tu pun bila watahsi dah selamat smpai KL nk pegi memanjat berlari utk teambuilding

ms tu plak watashi pegi interview ofc sekarang ni

dengan pakai heels bagai

patutla rasa sengal sengal kt bawah perut

watashi tekan kuat kuat..

ingatkan angin


tapi makin sakit plak

gerak ati king suh watashi pegi klinik periksa mmg bagoss ok..

ikikiki


sib baik la jugak kann

takleh bayangkan watashi berflying fox dan panjat gunung padahal masa tu dh preggy sebulan lebih..


nakal ekkk anak ibu ni

confirm ikut daddy nih

wahahahaa

Thursday, October 21, 2010

Sengkuang Masak Lemak-bagus utk org yang panas baran badan

ok dik non..arini adalah menu org yang mengalami panas badan ye..tak pun demam cinta panas.
menu sgt senang.

Bahan-bahan
  1. sengkuang

  2. lobak merah skit

  3. cili merah skit

  4. bawang besar atau merah

  5. skitttt je bwg putih

  6. udang kering/ikang bilis tumbuk/crabstick dipotong(jgn ko tumbuk..watashi tumbuk kang)

  7. santan (watashi guna susu zhulian sebab umi watahsi kan tkleh mkn santan)

  8. secukup geram garam/gula dan perasa jika suka

Cara2 watashi membuatnya dgn susah payah (wahahaha)

  1. potong kesemua bahan mcm gambar kt bawah nih.sengkuang tu kena sagat nipis..macam kes watashi ni..sadis skit..sebab penyagat tade..soo....dgn gigihnyaaaa.....!!

  2. watashi guna fruit peeler ok!wahahaha..terlajak kalu..dgn kuku2 watashi di sagat.

  3. dan hasil tak seberapa

  4. Didihkan kesemua bahan(kecuali crabstick +cili potong)
  5. bila dah agak sebati, masukkan santan,cili dan crabstick.
  6. perlahan kan api.
  7. rasa kan gula and garam skit
  8. masak sampai didih ala2 manja marilyn monroe dan siap dihidangkan


nota besh- watashi suka makan sayur ni dengan ikan goreng panas and sambal belacan.gerenti nanges!

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer