Monday, November 4, 2013

Keharmonian rumahtangga..Tips elakkan perceraian


wahh gitu ko..
ni watashi dapat dr newspaper arini.
4.11.2013..baiklah..moh kita check

1.Komunikasi 2 hala
kena berbual dengan pasangan walaupun hehari ko tgk muka aku..aku tgk muka ko ye..ye la ,,skang ni husband and wife modern..duk serumah tpi memasing bz ngadap gadget.habis tu acaner?so pendekkata kena kongsi apa jua masalah.ye la..ko nak hidup dgn org tu sampai ke jannah kan,kalo rasa takmo berkomunikasi mohon jahit saja mulut ituuu..akakakakak

2. Keterbukaan tentang masalah seks.
wahh tetiba open gila gitu .malas nak ulas.pandai korang cari sendri.kata teror.akakakaka

3. menerima pasangan seadanya
haa..ni penting..selalu ada bidalan mak salleh cakap..lepas kawen.. wife harap suaminya akan berubah..tp sebenarnya dorang mmg SUSAH nak di ubah dan Suami mengharapkan isteri dorang takkan berubah..tp MEREKA berubah.,.apa yg watashi nampak kt situ..wanita harapkan lelaki berubah dari segi perangai..atititude..tp mereka susah nak ubah..dan suami plak harapkan isteri mereka tak berubah dari segi rupa parasssss body melentikkk..tp kita hanya merancang..tuhan menetukan..dah isteri korang lahirkan 3 anak utk korang.bersengkang mata jaga tetiap malam and wat kerja rumah bagai..what do you expect man?????lempang nak???memasing berusaha la terima kelemahan dan kelebihan pasangan memasing.jgn nak compare husband or wife korang dgn org lain.ko terima akad dari sape sebenarnya pada mula??

4.Jangan biasakan berbohong.
bidalan melayu..siakap senohong gelama ikan duri
bercakap bohong lelama ada 2isteri.

akakakaka leh terima?

5.jgn cemburu berlebihan
ok.cemburu tanda sayang,tapi takkan suami ko bercakap dgn receptionist pompuan ko nak majuk kan?unless ko nampak receptionist tu melentok lentok.meliuk liuk badan kiri kana tu harus ko kasi starlight kt dahinya.tapi pada watashi sesekali rasa cemburu harus di utarakan sebagai reminder kepada pasangan memasing.haa gituu

6.hindari kecurangan
nak rasa sneakers size 9?dah kawen tu buat cara kawen.

7.cari orang tengah
kao erkonflik sila cari org tengah yg dipercayai.jgn cari org yang berpot pet and gossip plak di belakang korang.tips nak tau org tengah yg berkuaiti adalah..bila korang bermasalah dia takkan bercakap menda buruk psl suami or isteri korang hingga bawak kepada masalah bertambah spicy.orang tengah sepatutnya menenangkan..mendamaikan.dan pastikan juga org tengah korang ni kao ko wife..cari la pompuan.kalo ko suami..carila jantan.kang tak pasal2 berskandal tak sedar.dah satu hal cinta tanpa rela.lempang kang

8.tetap mesra
yang ni mmg susah nak di apply dalam masyarakat melayu.sebab lelaki melayu tak romantik akakakak..so kurang pamerkan rasa mesra tu walaupun tade orang kt rumah.setuju?heh..
lelaki selalu lupa..wife ni perlukan pujian ,perlukan perhatian dan setuhan.tp tetap benggong gitu smpai tua,ceh

9.Pasrah pada yang Esa
banyakkan berdoa..pasrah jika doa anda masih tidak terpilih sisiNYA..wah tetiba syahdu disitu.

sekian, 

Tuesday, October 22, 2013

Hijablista Arissa

Kemain kan..ibu beli turban tapi tak reti nak pakai.
so arissa pakai siap minta suh letak kerongsang bunga

Friday, September 13, 2013

perkembangan anak 2-3 tahun ke atas..emosi,mental dan fizikal. oh my arissa!!

Mengenali Anak Anda (Umur 2-3 Tahun)

 Artikel dari  dari www.bicaramuslim.com. watashi terpaksa byk membaca skit lepas rasa mcm 
nak angkat bendera putih handle arissa yg aktif.#urut dadaaaa

A. PERKEMBANGAN FIZIKAL 
1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan, 
perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak- anak bergerak
 tanpa rasa bimbang. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. 

2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga
 mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama. 
, sia-sia saja kita meminta mereka duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan 
mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi mereka. 

B. PERKEMBANGAN MENTAL 
1. Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu.. 

2. Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini sangat tinggi. Ibubapa perlu mengambil 
kira jenis alat permainan yang hendak dibeli. Permainan yang sesuai ialah permainan
 yang merangsang kreativiti anak-anak selain harus menarik dan tidak mudah rosak
Ajar anak menggunakan pancaindera (mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa).
Libatkan sebanyak mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya:
 mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman untuk meliha
berbagai jenis haiwan dan sebagainya. 

3. Perbendaharaan kata mereka masih terbatas di tahap ini. 
Gunakanlah kata-kata yang sederhana dan konkrit, baik ketika bercerita ataupun
ketika bercakap dengan anak-anak. Jangan menggunakan perkataan yang abstrak 
misalnya: tanggungjawab, keselamatan, kebenaran, keadilan dll.
 Adalah lebih baik menggunakan perkataan yang disertai dengan contoh-contoh kehidupan seharian. 

4. Pemikiran anak-anak di tahap ini sebenarnya lebih cepat berkembang
berbanding dengan kemampuan untuk bertutur. Sebab itulah anak-anak sering
 didapati tergagap-gagap ketika bercakap. Ibubapa harus peka terhadap situasi ini dengan 
menunjukkan perhatian dan kesabaran. Bersedia untuk menjadi pendengar tanpa 
tergesa-gesa ataupun memaksa anak bercakap dengan lebih cepat. 

C. PERKEMBANGAN EMOSI 
Menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut pada suasana baru atau orang asing.
 Sekiranya anak sentiasa dibawa bergaul dengan orang sekeliling, perasaan takut lama
 kelamaan akan hilang. 

D. PERKEMBANGAN SOSIAL 

1. Sifat dependent masih tinggi, namun kadang-kadang
 anak juga ingin menonjolkan sifat kemandirian. Biarkan anak melakukan 
sesuatu yang mampu ia lakukan sendiri. 

2. Egocentric. Anak-anak di tahap ini cenderung memperlakukan 
kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan 
bukan sebagai individu. Ia belum boleh bermain "dengan" kanak-kanak 
dalam arti kata yang sebenarnya. Oleh itu, ketika bermain dengan 
kanak-kanak lain, perlu ada pengawasan dari orang dewasa 
supaya tidak terjadi keadaan di mana anak kita akan menyakiti
 anak-anak lain. 

3. Suka mengatakan "tidak" dan memang dalam usia ini anak bersikap "menentang".
Selain itu anak juga seringkali "menguji" persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya.
Anak-anak perlu mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya.
 Tingkah laku mereka itu pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk mengetahui apa 
yang boleh atau tidak boleh dilakukannya. Oleh karena itu ibubapa harus tegas, jika perlu, 
berikan hukuman yang sesuai dengan tahap umur mereka bagi kesalahan yang dilakukan supaya
 mereka tahu bahwa yang dilakukannya adalah salah. 

E. PERKEMBANGAN ROHANI (SPIRITUAL) 
1. Meniru tingkah laku orang dewasa, Sikap dan tingkah laku ibubapa
 harus membuat mereka memahami tentang ajaran Islam. Bermakna setiap
 perbuatan kita harus dikaitkan dengan ajaran Islam, seperti solat, berdo’a
 sebelum makan, membaca bismillah sebelum membuat sesuatu dll. 

2. Anak juga berkembang dari segi rohani. Oleh itu, ibubapa perlu 
menolong mereka untuk menyedari tentang kewujudan Allah dalam setiap 
aspek kehidupan. Dengan demikian mereka akan belajar bahwa sekalipun 
Allah tidak dapat dilihat tapi Allah ada. Bermakna dalam setiap aktiviti kita 
seharian, ibubapa perlu mengaitkannya dengan kewujudan Allah. 


AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK DI TAHAP INI 
Secara fizikal, anak-anak yang berumur antara 2-3 tahun adalah anak yang suka bergerak, 
berlari, melompat, memanjat dan tidak boleh duduk diam untuk jangkamasa yang
 lama. Namun mereka cepat letih karena otot-otot belum berkembang dengan sempurna.
Mereka belum dapat melakukan pekerjaan yang rumit. Ibubapa perlu menyediakan aktiviti
 dan permainan sederhana yang dapat anak-anak lakukan. Beberapa aktiviti yang sesuai
 untuk anak-anak di tahap ini ialah: 

1. PERMAINAN BLOK 
Gunakanlah blok-blok kayu/plastik, dan ajaklah anak-anak untuk menyusun blok-blok
 tersebut menurut imajinasi mereka sendiri. Biarkan mereka membuat bentuk menurut
 keinginan mereka, Permainan ini selain dapat merangsang perkembangan otot-ototnya,
 juga dapat membantu meningkatkan daya imajinasi mereka. 

2. PUZZLE 
Puzzle adalah permainan yang menyusun suatu gambar atau benda yang telah 
dipecah dalam beberapa bahagian. Jangan menggunakan puzzle yang terlalu rumit, 
gunalah yang sederhana yang terdiri dari 5-10 keping, sehingga anak-anak dapat menyusun 
dengan mudah. 

3. MELUKIS 
Sediakan kertas dan crayon dan biarkan anak-anak membuat gambar dan 
contengan menurut imajinasi mereka, walaupun pada tahap umur ini biasanya anak-anak
 masih belum melukis dengan sempurna. 

4. MENAMPAL 
Gunakan gambar-gambar sederhana yang telah dikenali 
oleh anak, misalnya meminta anak menampal "mata ikan" pada
 tempat yang sesuai. Boleh juga diberikan beberapa keping gambar 
dan minta anak menampalkan mengikut keinginan mereka sendiri,
 misalnya gambar seorang gembala, seekor anjing, dan 3 ekor anak
 lembu serta sekeping kertas hijau berbentuk padang rumput yang luas. 
Aktiviti ini boleh juga disertai dengan aktiviti mengira. Selesai menampal
 gambar ajaklah anak mengira jumlah anak lembu, anjing dsbnya. 

5. MEWARNA 
Sediakan kertas dengan gambar di atasnya, pensil warna, atau 
crayon. Mintalah anak-anak mewarnakan gambar tersebut. 
Walaupun mereka belum dapat mewarna dengan sempurna, tapi aktiviti ini dapat melatih
 kepekaan mereka terhadap warna. 

Itulah di antara beberapa aktiviti yang dapat dilakukan oleh anak-anak yang berumur 2-3 tahun.
 Semoga idea ini dapat membantu ibubapa sedikit sebanyak dalam melayani dan merangsang
 perkembangan anak-anak.


nota kaki: semoga watashi dan king dapat konsisten.Aminn~

Wednesday, September 11, 2013

Wordless Wednesday

Cupcake yg terkorban
creative beno arissa makan cupcake guna dua sudu

BERSEPAI!

Tuesday, September 10, 2013

Happy 2 years Birthday Arissa~~






 Ibu, Daddy, Adik adra sayang kamu

#baguih dak??lama tak update tepek gambo je,
mauakakakak


Friday, July 19, 2013

Dekat di Mata, Jauh diHati

Diam adalah terapi terbaik utk menenggelamkan semua perasaan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 16, 2013

Kisah yang tak sempurna

Lagu samsons kan?
Watashi suka lagu nih

Ibarat lagu hati wataShi
Wah gitukan..

#ayat pengaruh dr lambakan novel di hospital aritu la nih

Korang pernah alami situasi camni?
Korang tak boleh nak smpaikan isi hati korang yg lara

Kalau dh smpaikan sekali mesej tu seakan hanya bersifat sementara

Niat korang utk bahagiakan sesorang akhirnya memakan diri.

Apa yg watashi tulis ni
Ahahhahaha

Duhai hati,bertahanlah kamu disana demi Arash Allah


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer