Sunday, September 23, 2012

Resepi Campak Kari Kepala Ikan versi Bidan Terjun Suami Ku

ok..weekend lepas masa cuti malaysia Day,
Tah hape yg merasuk kedalam jiwa sanubari watashi nak makan sangat Kari Kepala Ikan
so pepagi terus terjah Pasar Borong Selayang
Beli seekor ikan jenahak+ kepala jenahak

balik rumah terus keluarkan bahan untuk :

kari Kepala Ikan jenahak Mamak Style 


  • Ikan Jenahak/kepala Ikan 
  • Bahan Mesin (cili besar 1 labu/bawah putih 4 ulas and halia lebih kurang 2cm)
  • Serbuk kari (dua sudu besar+bancuh dengan air )
  • serbuk kari/bendi/tomato bulat
  • garam secukup rasa


cara nak buat,
Blender bahan Mesin sampai naik bau,
masukkan tomato+daun kari
masukkan pes serbuk kari ,kacau sampai naik bau
masukkan air,ikan dan sayur and rasakan garam
perlahankan api and done!

ok,,.ini versi watashi
dan disebabkan watashi sgtlah popular pada arissa skang ni,smpai nak berenggang 5cm pun dah melalak.

watahsi terpaksa bg instruction dari ruang tamu(smbil BF arissa)  pada king yg sedang belajar buat kari.

Suami: bawang mesin ni dgn tomato dah ok,masukkan serbuk kari kan?
Isteri :yes,, hubby guna sudu makan tau..bukan sudu teh
Suami:ok boss,
 
seminit dua..watashi dah rasa pelik..apahal tade bau kari pun 
Isteri : hubby, dah letak ke serbuk kari tu?
Suami:dah dah dah..
Isteri :ok masukkan air dua cawan kecik and ikan sayur semua..garam nanti hunny masukkan
sumpah watahsi dah rasa tak sedap hati..cepat cepat dodoikan arissa,terus meluru ke dapur..

Isteri : amboiiii cantiknyaaaa kari hubby...serbuk kari mana hubby guna?
Suami:serbuk kari yg ni yang.DUA SUDU BESAR!

.
.
.
.
.
.
..
..


.
.
.

.


oh pitammm...
takpe kanda,kanda tetap pujaan hati adinda
biarpun dua sudu besar kunyit kanda letak dalam kari kita
asalkan bukan belacan sudah la ye
arissa,sila tuntut ilmu memasak dari ibu nnt ya! 

Saturday, September 22, 2012

Jenis wanita yg lelaki akan hindari -lari dari korang ala watson nyambek gitu

Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi.

1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.


Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.




3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.


Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.


Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.
Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.


Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

Friday, September 21, 2012

Pesanan Rasullah kepada Lelaki "Jgn Kahwini Wanita-Wanita Ini"

baiklah isteri semua..
lagi citer yang watashi dapat daripada blog ilmu yang menarik utk dikongsikan bersama.

"JANGAN KAHWINI WANITA INI"

ok..terover plak font tu.ahahahah..


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : " Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah
wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


4.Wanita Hadaqah
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.



5. Wanita Basaqah 

Pertama - Wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua - Dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.




6.Wanita Syadaqah
banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


So memana isteri tu,sila check balik,adakah kita terlontar dalam golongan yg Rasullulah sebutkan tadi ya.
Hana doakan takde la ekk
;)

Thursday, September 20, 2012

Main Pusing Smpai Pening

sapolah ngajo.ahhahaha

Bawal LV-Dua Corak(depan belakang boleh pakai taww))

Sehelai RM 13.
Berminat sila email hana ok! 




dark blue


coklat

hitam/dark blue

grey/blue

grey/maroon

pure choclate

Wednesday, September 19, 2012

Oppa Gangnam STyle! yeahh Whatever

Baiklah,
watahsi tau skang ni ledakan lagu and dance step Gangnam Style ni satu dunia orang beria ria nak ikut kan?
sampai  tetiba cakao hina gama la
lyric ikut yahudi bagai

to be honest
i dont give a damn for that super catchy or intrend or whatsoever people nak label.

tapi sejujur jujurnya jugak, watahsi sangat menyampah dengan org yg suka meniru ni
ok fine,yg ajuk ala menari sopan santun ko nak ajuk smpai tunggang terbalik titi pun lantak la
but sungguh getik meluat bila tarian tu sengaja di sexykan/separa lusyah oleh korean singer and beria ria plak semua nak ikut sext walhal tak sesuai dgn norma kita sebagai budaya rakyat Malaysia

ada beza tarian separa lucah,cute dan banggang ok

adios
#minta dijauhkanlah menda camni kt anak anak watashi,aminn

Ohh jgnlah buat saya hilang sabar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer