Thursday, April 5, 2012

Amanat Arwah Mak kepada watashi


Arwah mak watashi,Rokiah Binti Baharom
adalah insan yang paling kurang berkata kata

selalunya bila arwah mak buka mulut semua yg keluar hanyalah dalam bentuk nasihat,teguran yg halus,memuji dan bertanyakan tentang homework,

watashi still ingat..masa tu watahsi di tingkatan 2 atau tiga
watashi sedang memasak didapur,teratak ibarat syuga kami 6adik beradik

sedang watahsi mencuci beras arwah mak menegur

"dah selawat masa cuci beras tu Na?"

"dah mak.." "berapa kali?,amalkan setiap kali basuhan tu baca selawat"

watashi diam..turut perintah..
masa nak masukkan dalam rie cooker..

"na, bawak beras tu ke sini.."

arwah mak cuci tgn dia bersih bersih..gaul beras dalam periuk nasik..amik segenggam and genggam beras kuat kuat..

"lainkali buat macam ni nak..niat dalam hati minta pada allah semoga berkati rezeki kita pada hari ini..satu padukan hati dan kasih sayang kita sekeluarga,..ingat pesan mak ye?"

watashi angguk.to be honest masa tu ala ala..masuk kiri kuar kanan telinga..

tapi skang tah macamana semua tu datang scara spontan.teringat and praktiskan secara spontan.mungkin sebab rindu?atau sebab niat yg telah arwah mak bisikan setiap kali dia meamasak utk kami sekeluarga?

selalu percaya pada kuasa doa ibu..
selalu percaya pada niat semua perkara kerana ALLAh Taala
selalu sayangi orang tua kamu selagi mereka masih ada~

korang akan rindukan setiap nasihat mereka
setiap senyuman mereka
setiap pengorbanan mereka

Al Ftihah buat bonda Rokiah Baharom
*rindu~

1 comment:

adie said...

nice sharing...lepas ni nak amalkan aa..

Tik Tok Tik Tok

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Muahahah...Super Hana the writer